Wednesday, August 21, 2013

Sepucuk surat...

Salam

Setiap apa yang ku lalui,
Kau sentiasa meluahkan semangat padaku,
Sukar benar hidup tanpa kata-kata penguat darimu,
Rasa sukar benar membuat keputusan tanpa idea dari mu,
Walaupun hanya sekali berjumpa,
Itupun sudah lama,
Bertahun-tahun,
Kesabaranmu,
Amatku hargai,
Terima kasih kamu...



Aku,
Walaupun mungkin tampak kuat di luar,
Kadangkala tidak dapat dinafikan diriku juga ada rasa sedih,
Macam orang lain jua,
Cuma aku tak suka orang tahu tentang perasaan ku,
Bagaimana aku menahan,
Tahan-setahannya,
Memujuk diri,
Jika akhirnya dia bukan jodohku,
Walau terpalit juga tekanan,
Siapalah aku untuk memaksa,
Akhirnya aku temui kekuatan,
Redhalah aku dalam ketenangan...
Menerima sedanya...
Terima kasih kamu untuk segalanya...

TAMMAT
p/s : Rocky






2 comments:

cherlecteur said...

ada org kasi surat ni? hehe

suwett je ayat.

hucsna-B.K said...

heee tett