Salam
Emperor Hotel, Melaka
Percutian kali ini berkisar tentang tiga tempat menarik yang kini sedang popular di kalangan para pelancong ke Melaka iaitu The Shore Sky Tower, The Shore Oceanarium Melaka dan Melaka River Cruise. BK akan review sejujurnya mengenai tiga tempat ini dan adakah patut anda datang ke tempat tersebut dan adakah ia berpatutan denga kadar harga yang ditawarkan?
Dah sampai Melaka, kena perkena asam podeh dulu
Disebabkan waktu petang kami tergendala dek sebab hujan, maka kami menghabiskan masa belajar teknik make up bersama Isya
1. The Shore Sky Tower (3/5 bintang)
Dekat atas tu anda boleh melihat ikan-ikan yang sedang berenang. Sis cuba memahami perasaan ikan-ikan tersebut yang tersekat di skala 43 dan panasnya nauzubillah dekat atas tu.
Difahamkan, The Shore Sky Tower adalah bangunan tertinggi di Melaka setakat ini dan mempunyai ruang "dek pemerhatian" di tingkat 43 dan anda boleh menikmati pemandangan 360 darjah. Sejujurnya kawasan ini agak limited untuk dek so called "berdiri di atas cermin"(ruangan agak kecil) dan anda tidak dibenarkan untuk mengambil gambar menggunakan kemera sendiri apabila berada di atas cermin sebaliknya menggunakan camera mereka dan harga bagi sekeping gambar adalah RM35? . Bagi BK agak tidak muhasabah dengan kadar harga tersebut. Hmm... Untuk ke ruangan berdiri atas cermin ini anda kenalah menunggu giliran. Kami membayangkan dek untuk "berdiri atas cermin" ini boleh dibuat sedikit besar. Secara keseluruhanya, ia menarik bagi mereka yang ingin melihat hampir keseluruhan bandar Melaka. Tiada banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini selain melihat panorama bandar Melaka. Namun, pihak pengurusan diharap perlu dikaji semula tentang kadar harga gambar dan ruangan dek "berdiri atas cermin"
Tips :
- Waktu operasi : 10.30am-10pm
- Harga : RM25/dewasa | RM18/kanak-kanak (2-12tahun)
- Parking : The shore Shopping Complex( Parking masih free ketika artikel ini ditulis)
- Tempat : Terus ke level 2 > Tukar lagi satu lift untuk ke tingkat 43 (lift berdekatan dengan The Shore Oceanarium Melaka)
- Tips : Better pergi waktu pagi atau malam sebab sejuk sikit
Fefeeling padahal matahari tegak atas kepala
Nampaknya objek yang sis nak cari masih jauh.
Sesisthors
Pemandangan 360 darjah bandar Melaka
2. The Shore Oceanarium Melaka(1/5 bintang)
Lokasi kedua ini sesuai untuk dikunjungi oleh kanak-kanak untuk melihat hidupan laut dengan lebih dekat. Mereka juga akan memberi anda kuiz untuk dijawab. Jika anda menjawab dengan betul, anda akan menerima cenderahati dari pihak pengurusan. Namun, kepada pembaca yang sudah berkunjung ke Aquaria KLCC misalnya, mungkin anda akan berasa sedikit kekurangan tentang tempat ini dan jangan berharap terlalu tinggi dengan apa yang akan anda lihat. Kawasan aquarium agak kecil dan tidak banyak jenis hidupan laut yang dapat dilihat(Mungkin disebabkan baru operasi). Mungkin anda boleh habiskan lawatan dikawasan ini hanya dalam masa 30 minit dengan harga RM35. Bagi golongan dewasa pula yang suka aktiviti laut, pasti anda akan berasa sedikit biasa dengan pemandangan yang ditawarkan. Ruangan 3D theater juga agak kecil dan skrin hanya menggunakan TV/monitor yang bersaiz agak kecil.
Tips :
- Waktu operasi : 10.30am-9pm
- Harga : RM35/dewasa | RM25/kanak-kanak
- Parking : The shore Shopping Complex( Parking masih free ketika artikel ini ditulis)
- Tempat : Terus ke level 2
Antara pemandangan yang dapat dilihat sepanjang perjalanan
Di sini, pengunjung akan dibawa menyelusuri Sungai Melaka sejauh 9 kilometer selama lebih kurang 45 minit. Waktu yang paling sesuai untuk anda ke sini adalah pada waktu malam kerana anda akan disajikan dengan mural dan lampu-lampu yang menarik berbanding siang. Anda juga akan dapat melihat keindahan deretan kampung tradisional iaitu Kampung Morten, beberapa jambatan yang mempunyai nilai sejarah tersendiri, bangunan lama dan hotel yang sangat menarik. Dengan harga yang berpatutan ini bagi BK ia amatlah berbaloi untuk anda kunjungi.
- Waktu operasi : 9.00am-11.30pm
- Harga(waktu malam) : RM15/dewasa | RM7/kanak-kanak
- Kaunter tiket : 1. Muara Sungai Melaka 2. Taman Rempah Ratus
- Tips : Jika anda ke sini, sila beli di kaunter bayaran terus dan jangan beli dengan orang yang sedang menjaga di pintu masuk untuk mengelakkan penipuan harga.
No comments:
Post a Comment