Sunday, December 18, 2016

Perkara yang perlu tahu sebelum ke Jepun #muslimguide #persediaan ( Osaka - Tokyo - Kyoto - Osaka )

Salam



Ameyoko Shopping Street, Tokyo

Sebulan selepas berkunjung ke India, BK diberi kesempatan untuk berkunjung ke sebuah lagi negara lokasi matahari terbit iaitu Jepun untuk menikmati serta mempelajari budaya dan gaya hidup masyarakat di sana. Sejujurnya, BK amat kagum dengan negara ini seolah-olah mengamalkan apa yang dianjurkan dalam agama Islam dari segi tatacara hidup sosio-budaya mereka. 


Bersama pelancong dari Russia yang sangat berminat untuk mempelajari cara memakai hijab.



Tidak hairanlah suatu ketika dahulu, negara kita pernah mengaplikasikan dasar ekonomi "Dasar Pandang ke Timur" yang telah dimumkan pada tahun 1982 bagi menghapuskan pemikiran rakyat kita yang terlalu memandang tinggi terhadap barat . BK ingat lagi masa belajar di sekolah menengah, BK pernah terbaca tentang intipati dasar ini dan terbukti ianya sangat bermanfaat untuk dicontohi dan dilaksanakan di negara kita. 



Selain itu, Jepun juga sememangnya terkenal dengan ketepatan masa dan kemegahan budaya masyarakat mereka. Jika anda ke sana, pengunaan bahasa Inggeris amatlah terhad kerana mereka sangat memperkasakan bahasa ibunda mereka. Jadi tidak hairanlah jika anda bertanya, mereka akan menerangkan di dalam bahasa Jepun sendiri. 





Malah penjagaan alam sekitar dan kebersihan amatlah dititiberatkan sehinggakan amatlah sukar sekali untuk melihat sekecil-kecil sampah kecuali tempat yang dikunjungi ramai pelancong. Mereka juga sangat mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. 



Osaka




Gula kapas

Kami pergi dan pulang menerusi Kansai International Airport. Untuk pengetahuan, airport ini berada di tengah-tengah laut yang ditambak. Jadi, apabila landing tu jangan lupa menikmati suasana di luar. Sangat cantik 





( Osaka - Tokyo - Kyoto - Osaka )



Cara pengiraan kasar duit :

100y   = RM4 (+/-) 
1000Y = RM40 

Jadi : 100Y/25


*** Bahagi 25

Contoh 1000Y/25 = RM40


1.   PENGANGKUTAN :

Di Jepun, ternyata penggunaan pengangkutan awam adalah cara terbaik untuk menjelajah ke negara matahari terbit ini. Perkhidmatan keretapi di sini begitu kompeten sehingga mampu menyelusuri beberapa kawasan kampung. 

  • Osaka :
Ketika di Osaka, kami menggunakan "Osaka 2 days Amazing Pass" yang boleh dibeli di Kansai International Airport ( Sila cari : Kansai Tourist Information Center). Malah, tiket ke Universal Studios Japan juga boleh dibeli di sini.   Penggunaan pass ini sangat digalakkan kerana anda dapat menikmati tempat serta  aktiviti menarik secara keseluruhan di bandar Osaka. 

Harga :

Osaka 2 days Amazing Pass : 3,000Y/25 = RM 120 Universal Studios Japan :  7,400Y/25 = RM 296


Tempozan Ferris Wheel, Osaka

Osaka 2 days Amazing Pass : 3,000Y/25 = RM120


Berikut adalah pakej yang ditawarkan oleh pass ini :

  1. Train access ke Osaka castle 
  2. Osaka castle
  3. Cruise Ship Santa Maria
  4. Tempozan Ferris Wheel
  5. Tempozan Marketplace
  6. Tonbori Cruise(Dotonbori) sebelum 9pm
  7. Floating Garden Observatory, Umeda Sky Building
  8. Tenjimbashi Shopping Street
  9. Osaka Museum of Housing and Living
  10. Shitennoji Temple
  11. Tsutenkaku Tower



Tempozan Ferris Wheel, Osaka




Osaka Museum of Housing and Living, Osaka




Umeda Sky Building 

  • Tokyo : Osaka ke Tokyo : 
Dari Osaka ke Tokyo, kami menaiki "Willer Express (Overnight) Bus" di Umeda Sky Building dan tiba di Shinjuku Bus Terminal. Di sini terdapat penyimpanan luggage jika anda ingin berjalan di tempat lain sebelum menaiki bas ke Tokyo. Perkhidmatan Willer Express bus ini sangat selesa dilengkapi plug/charging station, selimut, ruang kaki dan kerusi yang boleh dilaraskan, serta pelindung cahaya. 

Harga :

Willer Express(Overnight)  : 8,800Y/25 = RM 352
Penyimpanan luggage : 500Y/25    = RM 20




  • Kyoto : Tokyo ke Kyoto :

Dari Tokyo ke Kyoto, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan Willer Express (Overnight Bus : RM408/ JPY10,200yen ) yang sama di Shinjuku Bus Terminal dan tiba di Gion Shhijo Station. 

Harga : 

Willer Express(Overnight): JPY 10,200/25=RM 408




Kiyomizudera Temple, eastern Kyoto




Togetsukyo Bridge, Kyoto


  • Osaka : Kyoto ke Osaka 
Jika anda ke Osaka dari Kyoto, anda boleh menggunakan Train/ Bus. Namun, disebakan kami mahu merasai pengalaman menaiki Bullet Train/ JR Shinkansen, jadi kami menggunakan perkhidmatan keretapi laju ini iaitu dari Kyoto Station ke  Shin-Osaka Station yang mengambil masa kira-kira 12 minit. Kemudian, transfer di Shin-Osaka ke Osaka Station.

Harga :  

Shinkansen/ Bullet Train : 1,420Y/25 = RM 56.80


Shinkansen


2.  MAKANAN

Di Jepun, rata-rata makanan set berharga 1000Y/25 = RM40 ke atas. Terdapat banyak makanan halal yang boleh didapati di Jepun. Anda boleh membuat carian di internet. Apabila makan, cuba habiskan makanan yang telah dipesan bagi membuktikan makanan itu sedap dan semacam memberi penghargaan kepada tukang masak dan hormat kepada petani yang menuai padi. Sampai begitu sekali mereka menghormati antara satu sama lain. 




The Udon. Price : 1000Y/25 = RM40


Anda juga akan mendapati banyak produk green tea terutama ice cream. Jangan lupa untuk mencubanya dan sila pastikan anda memperoleh dari kedai yang mempunyai logo halal. Anda juga boleh mendapatkan air seperti gambar di bawah dan sandwich di convenience store seperti Family Mart dan 7eleven. 



Kudap-kudapan



Fuji TV Building, Odaiba, Tokyo,





Fushimi Inari Shrine, Kyoto


3. SURAU/MASJID

Terdapat banyak surau/masjid yang terdapat di sana. Di surau, anda boleh menggunakan kemudahan tersebut biasanya akan diberikan masa selama 15 minit. Manakala masjid, tiada had waktu yang ditetapkan.

  • Osaka : Surau/Prayer Room : First floor South Gate ,Osaka Station City : 15 minutes
  • Tokyo  : Tokyo Mosque




Tokyo Mosque 




Kemudahan di surau/prayer room di JR Osaka Train Station


4. PERKATAAN WAJIB KENA TAHU

Perkataan yang paling banyak BK gunakan di sana ialah : 

Sumimasen : Maaf/tumpang lalu/tumpang tanya /                         ucapkan sebelum bertanya sesuatu


Itadakimasu
Jemput makan, ucapkan sebelum makan                       

Gochisousamadeshita
Ucapan terima kasih/ ucapkan selepas makan                                           

Arigatou Gozaimasu : Terima kasih


5. ADAB DI TEMPAT AWAM 

Bak kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Gunakan suara yang perlahan ketika ingin berbual terutama di dalam train sebagai menghormati budaya mereka. Jika anda di dalam train, amat sukar sekali anda mendengar suara orang bercakap. Mereka selalunya akan menghabiskan masa dengan alat gajet atau membaca buku. 




Sedikit cerita mengenai gambar ini :


Ketika sedang sibuk mengambil gambar, tiba-tiba BK didatangi seorang pakcik dari belakang dan bertanyakan tentang camera yang BK gunakan. Jadi untuk menerangkan bagaimana ia berfungsi, BK ambil gambar ini yang tanpa disedari BK sudahpun dikelilingi oleh sekumpulan pelancong yang tidak tahu asal usulnya. Jadi selepas BK tunjukkan, mereka bertanya dari mana BK berasal. Setelah berborak agak panjang tentang negara kita. BK pula bertanya mereka, dan mereka berasal dari Israel. BK percaya jika anda berada di tempat BK, anda juga tidak sedikit sebanyak akan tersentak. Tipulah jika anda tidak memikirkan sesuatu. Jadi cepatlah jua BK buat muka slumber. Namun, bila kita memikirkan tentang apa yang diajarkan Rasulullah S.A.W kepada umatnya, berbuat baiklah kepada musuh dan orang yang menyakitimu... Mudah-mudahan ada hikmah yang baik akan terjadi. Ameen...



6. DOMPET SYILING/POUCH

Sila pastikan anda mempunyai dompet syiling kerana anda akan banyak menggunakan syiling ketika membuat pembayaran atau urusan jual beli di sana. Penting !  

7. PLASTIK SAMPAH KECIL

Jepun sangat popular dengan pengadabtasian program kitar semula. Di sana, amatlah sukar sekali untuk mencari tong sampah dan masyarakat mereka jarang sekali makan sambil berjalan. Jadi, anda digalakkan menyediakan plastik sampah kecil di dalam beg anda sebelum menjumpai tong sampah. Sila pastikan anda memasukkan sampah di dalam tong sampah yang betul. 


8. PAKAI PENUTUP MULUT/MASK JIKA TIDAK SIHAT

Jika anda kurang sihat (batuk/selsema), anda dinasihatkan untuk memakai penutup mulut sebagai tanda hormat kepada orang lain. Masyarakat mereka juga memakai penutup mulut bagi mengelakkan kesejukan dan bakteria luar. Anda boleh dapatkan penutup mulut ini di kedai-kedai seperti 7e atau Family Mart.




               Gundam Statue, Odaiba, Tokyo 


9. TUNDUK TANDA HORMAT

Bahasa tubuh sangat penting. Lazimkan tunduk ketika bertemu orang dan senyum seindah suria.



Arashiyama Bamboo Groove, Kyoto



10. TANDAS

Tandas di sini boleh dikatakan termaju dari negara lain. Namun tandas elektronik ini tidaklah digunakan di semua tempat. Ada yang masih mengamalkan tandas duduk/youshiki dan tandas cangkung/ oriental/washiki . Jadi untuk tandas bukan elektronik, lebih baik jika anda menggunakan tandas duduk kerana tandas cangkung tidak mempunyai air.

Tandas duduk mereka sedikit berbeza dimana terdapat saluran paip kecil di atas pam tandas. Selepas flush, air akan masuk semula melalui paip dan turun semula ke dalam pam melalui satu lubang kecil sebagai langkah menjimatkan air. Air ini juga anda boleh gunakan untuk membasuh tangan atau masukkan air untuk tujuan pembersihan. Better sediakan tisu lembab di dalam beg anda untuk kesan yang lebih bersih.


Mari kita lihat fungsi di setiap bebutang bagi tandas elektronik :

  • Stop : Berhenti
  • Shower : Pancuran air ke punggung (boleh dilaras)
  • Bidet : Untuk wanita (boleh dilaras)
  • Music/ Flushing sound : Sekiranya ingin privasi
  • Water pressure : Penyelarasan tekanan air

Fungsi panel di atas adalah yang paling asas. Terdapat fungsi yang lebih canggih seperti pemanas punggung, massage dan sebagainya .

Terdapat juga tempat menukar lampin di dalam tandas itu sendiri yang sangat efektif untuk 



Flush 


11. Escalator :

Seperti di Korea, Jepun juga mengamalkan etika menaiki escalator yang sama. Jika anda tidak berrniat untuk cepat, sila berdiri di laluan kiri. Namun, terdapat sesetengah tempat yang berdiri di laluan kanan bagi pengguna yang tidak berniat untuk cepat. 


12. Tips ke Universal Studios Japan :





  • Sila ke ruangan Harry Potter dahulu kerana ianya mengkehendaki anda beratur panjang untuk bermain kecuali anda mempunyai express pass

  • Sediakan makanan seperti roti, biskut, Brahim dan sebagainya di dalam beg kerana agak sukar untuk mencari makanan halal di dalam USJ

  • Jangan risau tentang penyimpanan beg kerana setiap permainan tersedia tempat simpanan masing-masing.



TAMAT





No comments: