Thursday, July 19, 2012

Pengalaman di Highway Lekas

Salam
Waktu tu betul-betul time Maghrib once aku masuk highway lekas, sebenarnya benda ni dah jadi lama, time Lekas baru buka macamtu dan sebelum incident aku dekat Karak lagi( tu pun kalau korang baca la entry aku dekat sana). Ni pun aku terniat nak cerita balik sebab aku tengok kecoh kat fb sekarang cerita pasal sorang lelaki yang dikejar penculik kat RnR Lekas tu. Aku memang takkan benarkan parents aku lalu dekat situ (Highway Lekas)kalau diorang nak pergi KL dua orang. Aku prefer parents aku lalu Highway Plus walaupun sedikit jam.

Aha, memang gemar betul-betul benda ni nak kacau orang terutama kalau jenis macam aku ni yang selalu drive alone. Aha, cerita bermula bila aku konvoi dengan akak aku dan time tu kereta akak aku di hadapan bersama suaminya dan aku pula drive sorang dekat belakang. 

 Ju onnn~
Sekadar hiasan. Boleh skipp

Mungkin sebab highway tu baru lagi, dan aku tahu memang standard highway baru-baru ni selalu la jadi benda-benda yang tak patut. Maybe aku je yang fikir macam tu kot. Hee... Dan aku pun realize that memang banyak incidents berlaku dekat highway Lekas ni. Namun, haritu sebab aku nak balik Bangi berkonvoi so aku macam tak fikir sangatlah pasal tu semua cuma masa nak gerak tu memang macam-macam doalah aku baca kan. Masuk je Highway lekas dalam pukul 7 lebih macamtu azan pun berkumandang dan macam biasa, radio aku akan kuatkan. So, dah habis je azan tu, aku slow kan semula.
Jadi aku pun drivelah macam biasa, kadang-kadang aku terjauh kadang-kadang aku terdekat sangat dengan kereta akak aku dekat depan. 

So, dah dalam 15 minit macam tu lepas azan dengan tiba-tibanya, zuppp darah aku ternaik, ntahlah, hai time-time ni pula nak lalu, aku nampak ada benda hitam lalu dekat cermin depan aku. &^%$#@ ... Aku try chill je lah time tu memandangkan kereta tak banyak dan aku rasa aku selamat sebab akak aku ada dekat depan. Agak jauh jugalah tapi aku still boleh nampak kereta akak aku. So, aku anggap maybe burung gagak kot sebab time-time senja ni memang selalu burung akan pulang ke sarang. (Tu macam ayat nak sedap hati jelah sebenarnya)

Then aku drive lah lagi, macam biasalah aku pun bacalah apa-apa yang patut, bukan apa bahaya juga kalau aku terpandang benda tu kereta aku akan lari. Mana tau kan.

Jadi lepas tu aku drive la macam biasa. Nak sedapkan hati lagi, aku nyanyi nasyid pula sensorang. Time tu, habis lagu-lagu nasyid time aku sekolah rendah dulu pun aku nyanyi juga. Tak kiralah kan time tu.

Then time aku drive depan , zupppp dia lalu lagi... *&^%$#@.. Pffttttt... Terstop sekejap aku karok lagu nasyid tadi. Kereta aku pun aku terslow kan. Aku macam dah rasa nak call je akak aku time tu, hati dah berdebar-debar, darah aku pula dah macam sampai tahap max. Kali ini macam makin besar pula benda ni. Time tu aku memang dan tak toleh dah dekat cermin belakang. Namun, aku fikir time tu aku bawa je kereta, kejar kereta akak aku dan aku follow rapat-rapat. Aku try macam nak actin' like nothing happen tapi macam badan aku pun dah rasa lemah macamtu.

Aku teruskan juga follow akak aku. Glad akak aku berhenti dekat RnR Lekas tu untuk sembahyang Maghrib. Namun, time tu aku tak boleh sembahyang. 
( Harap semua pembaca blog aku ni open sikitlah bab -bab ni )So, aku macam pergi ladies dan basuh muka. Niat time tu, lepas akak and abang ipar aku sembahyang, aku nak cerita tapi aku pernah dengar orang cakap, kalau kita dekat dalam kawasan yang terjadi benda tu, better jangan cerita, nanti lagi dia suka. So, aku batalkan niat aku. Dah, selesai semua, kami meneruskan perjalanan dengan harapan bila semua dah solat apa yang aku lalui tadi dah selesai.


Hai, mungkin memang dugaan bangat time tu, elok je lepas keluar RnR dalam 10 minit macamtu, aku dah macam redha je. Benda hitam tu lalu lagi, kali ini memang mengalihkan pandangan aku dan time tu memang mata aku terikut dekat benda tu dan secara automatic nye kereta aku pun ikut sama. Nasib baiklah, time tu aku sedar kereta aku macam dah lari sikit cepat-cepat aku control balik. Hai sabar je lah.Aku dah tidak boleh buat apa-apa dan time tu aku memang tawakal sahajalah. 

Nasib time tu dah nak sampai simpang ke Bangi. Akak aku terus straight ke rumah dia dan aku pula terus ke simpang rumah aku. Sampai je aku dekat rumah, aku terus basuh kaki dan untuk mengurangkan beban yang aku terpaksa diam atas apa yang berlaku time aku dekat lekas tadi aku ceritakan dekat housemate aku.

Aku rasa, mungkin dengan dalam kondisi aku time tu dan aku drive alone yang membuatkan power keberanian aku di test banyak kali. ( Takdelah power sangat) Memang cukuplah tiga kali dalam satu perjalanan aku kena. Abang ipar and akak aku tak kena langsung. Cuma aku macam nak bagi advice sikitlah, kalau ada yang dekat luar sana yang selalu drive alone macam aku, aku rasa better pulanglah mengikut Highway Plus untuk lebih pemanduan yang selamat. Kalau nak lalu juga highway Lekas, better bawalah peneman. Bukan aku cakap Highway Lekas tu tak bagus, cuma lebih baik kalau nak lalu, lalulah ramai-ramai dan bacalah apa-apa yang patut.

Agak banyak jugalah pengalaman aku drive alone lebih-lebih lagi kalau perempuan sebab dia tahu kita ni agak lemah berbanding lelaki. Semoga pengalaman aku ni dapat menyelematkan insan-insan di luar sana dan jadi sebagai langkah lebih berhati-hati.

p/s Aku dengar cerita RnR lekas pun bahaya sekarang. Tapi melibatkan manusia sesama manusia


Sekian

TAMMAT




6 comments:

Phat said...

mcm2 dgr pasal LEKAS ni

hucsna-B.K said...

phat yup2. =)

ezzaty said...

alhamdulillah kalo g nilai memang akan lalu lekas. tp tak penah kene ape-ape lagi lah :)

Boni Kacak said...

first time dengar pasal highway lekas ni

hucsna-B.K said...

ezzaty alhamdulillah.. gud2 =)
boni byk cerita lagi =)

Riichi Himura said...

Okok jer...