Monday, March 12, 2012

Doa pendekat jodoh =)

Salam.
Couple bagai nak rak, tapi tak berdoa kepada Tuhan untuk kekalkan jodoh, ibarat tidak lengkap. Jadi harini jom kita sama-sama berdoa supaya jodoh kita dengan pasangan semakin dekat. Mungkin antara sebab tidak kekal mungkin kerana kita lupa atau alpa untuk berdoa kepadaNya.

Firman Allah

"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk ke Neraka Jahannan keadaan hina dina"

(Ghafir, ayat 60)





Rupa-rupanya ada juga doa pendekat jodoh. Semoga dengan doa ini, semoga hubungan kita lebih berkat dan dapat kekal selamanya. Kita cuma hanya merancang dan Tuhan yang menentukannya.

Waktu/Tempat yang mustajab untuk berdoa.

  • Malam Lailatul Qadar
  • Pada sepertiga malam yang terakhir (3-6 pagi)
  • Selepas setiap fardhu yang lima
  • Masa di antara azan dan iqamah
  • Beberapa saat di setiap malam
  • Ketika azan untuk solat fardhu
  • Ketika hujan sedang turun
  • Ketika mempersiapkan barisan menuju ke medan jihad fi sabilillah
  • Beberapa saat pada hari Jumaat. Menurut pendapat yang kuat, waktu yang dimaksud adalah akhir waktu solat Asar di hari Jumaat, saat khatib berkhutbah, atau saat berlangsungnya solat Jumaat
  • Ketika munum air zam-zam beserta niat yang baik
  • Ketika sujud dalam solat
  • Ketika terbangun di tengah malam, maka berdoa menggunakan doa yang ma'sur(berasal dari Nabi S.A.W)
  • Ketika tidur dalam keadaan suci kemudian bangun di malam hari untuk berdoa
  • Doa di Hari Arafah
  • Doa ketika seseorang dalam keadaan nazak
  • Doa sesudah pujian terhadap Allah dan selawat ke atas nabi ketika tahiyyat akhir
  • Ketika berdoa dengan menggunakan nama Allah Yang Maha Agong
  • Doa sepanjang bulan Ramadhan
  • Ketika perhimpunan umat Islam dalam majlis "zikrullah"
  • Doa ketika ditimpa musibah dengan Allah dan penuh keikhlasan
  • Doa orang terzalim terhadap orang yang menzaliminya
  • Doa ibu dan ayah untuk anaknya
  • Doa anak yang soleh untuk kedua ibubapanya
  • Doa orang yang bermusafir
  • Doa orang yang berpuasa sehingga dia berbuka
  • Doa orang yang terdesak atau terpaksa (dalam kesempitan)
  • Doa pemimpin yang adil (yang melaksanakan syariah Allah dalam pemerintahanya)
  • Doa ketika berwudhu dengan doa yang matsur(berasal dari Nabi S.A.W)
  • Doa selepas melontar Jumrah as-Sughra
  • Doa ketika melonta Jumrah al-Wusta
  • Doa ketika berada di dalam ka'abah, perlu diketahui bahawa hijir Isma'il termasuk Ka'bah.
  • Doa ketika berada di Safa
  • Doa ketika berada di Marwah36
  • Doa ketika di Masy'aril Haram

Selamat beramal.

Sumber

TAMMAT





4 comments:

Ikan_Pari@@ said...

hah bagus ni. kamu jangan lupe doa jugak

hucsna-B.K said...

sy tade calon lagila parii.aha..tett

Sam Banjamin said...

elok la tu.. mcm faham je yg sam ni bujang trang tang tang... elok2 lah diperbanyakkan doa tu... agar lekas mendapat jodoh yg baik2.... aminn...

######

terima kasih sudi menjadi ahli GPK. Sokongan anda amat kami hargai... Buat pengetahuan tuan/puan, GPK sedang giat menjalankan segmen blog rakan-rakan Gerila Penulisan Kreatif. 3 blog bertuah akan dipilih secara rawak untuk diiklankan stp minggu.

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/blog-rakan-gerila-penulisan-kreatif.html

Insyaallah, sama-samalah kita mendorong dan menyokong. jemputlah ke blog saya. sudilah komen atau tinggal jejak di mana-mana.

iklas dari,
pengasas gerila penulisan kreatif

rahimah abdul rahman rahimah said...
This comment has been removed by the author.