Monday, November 14, 2011

It's cool to find out that you don't need a special one to be happy



Salam.

Kalau ada yang sedar, status ini ada dipost kan di wall fb B.K dulu-dulu. Mungkin ada yang kurang selesa dengan status ini. Tapi korang tak kisahkan???.Hee.. dan mungkin ada sesetengah yang kurang setuju . Tapi, bagi aku ok jer as long as tak libat soal agama. I mean yang melibatkan soal hukum hakam yang tinggi-tinggi.


Btw, bila B.K tengok ada seorang umat ni, punyalah bagus, still student ,orang cakap ada "class" gitu. Kalau kita-kita yang tengok especially B.K pasti tak percaya yang dia tiada siapa-siapa lagi( kira couple la) Tapi apa yang bagusnya, bila ditanya. Dia memang cakap, err "aku lebih suka macamni, lagipun macam muda lagi, belum masanya lagi kot, biarlah saya spend time ngan family dulu" Perghh terus menikam tusuk laju, tak taula kenapa. Honestly, memang aku kagum la. Sweet la bila dia cakap pasal family first ni. Mungkin salah satu ayat umat ni menjadi satu peluru yang tertusuk kat aku kowt. Ewah, berbunga-bunga pula ayat aku ni...



Kawan biar berbillion, bercinta biar 1 ;)

Memangla kalau sekali dengar mungkin sounds agak poyo tapi bila-bila difikir-fikir balik , ada betulnya die cakap tu. Tapi benda ni macam bercanggah pula kan aku rasa dengan ada sesetengah golongan yang berfikir bahawa kahwin awal lagi bagus... Tapi itu pandangan masing-masing , ada betulnya juga kahwin awal bagus tapi maybe orang-orang macam aku ni merasa kahwin lambat (maksudnya before 30) better sebab aku belum puas nak jaga parents. Even, sekarang time belajar ni pun susah nak jumpa ma and ayah , ni kan klau aku ada family nanti. (Better guna "aku" bolehkan? Hee.. kata housemate ku lebih mesra gitu. ) Tapi aku tak cakap kahwin awal tu tak bagus ok? Hee...

Apapaun, Hurmmm aku rasa agak setuju dengan pandangan umat ni. Betul juga, kalau nak fikir-fikir balik, better kumpul duit dulu, beli rumah semua baru fikir nak mencari, or whatsoever la. Al maklumlah sekarang ni semua kena guna duit. Tapi orang lain mungkin sebaliknya. Bagi sesetengah orang, nak bahagia pun kena ada duit (ok, ni aku tak berapa setuju la). Tak guna juga kalau bahagia atas dasar harta ni, orang cakap tak lama. Tapi apa-apapun, aku rasa agak cool la umat ni. Wa caya sama lu. Ai, brutal pula aku tengah malam-malam buta ni.

Rasanya, takda apa lagi yang tertanya dalam fikiran aku ni, Tengoklah lah nanti. Soal hidup mati, jodoh semua di tangan Tuhan. Kita sebagai Umat hanya mampu berusaha, doa dan tawakal. Cewahhh, macam ustazah pula aku ni. Hee..

TAMMAT