Tuesday, October 18, 2011

convo, puas ker?



Salam.
Baru-baru ini berlangsungnya satu majlis convocation dekat U BK (tiba-tiba terasa kekok nak tulis ni, dah lama tak mengupdate since busy FYP2). Masa tengah sibuk-sibuk tolong jual dekat gerai-gerai tu, BK tengok ramai keletah para graduasi( seyes skema) after habis event, ada yang meloncat-loncat keriangan, ada yang peluk-peluk member, ada yang menitiskan air mata, ada yang menggunakan perkhidmatan photographer, ada yang baling-baling topi dan macam-macam lagi. Tetapi, persoalannya, puas ke convo ni???


Bersama warga Uniten, ~
Pernah satu hari, masa tengah bersembang-sembang dengan ma and ayah masa minum-minum petang dekat luar rumah, ma pernah tanya ayah, lebih kurang macamnilah ayatnya " Bang, perasan tak, kita rasa sangat terharu kan bila anak-anak kita naik ke pentas ambil ijazah, rasa persaan lain kan, rasa puas bela anak " ayah tersenyum dan mengiyakan kata-kata ma. Nampak tak, bila kita dah banggakan ibu bapa, ibu bapa rasa puas besarkan anak-anak..



ada bakat jual-jual tak? ;)

Adik-beradik pun for sure bangga dengan anda-anda. Apa lagi yang mampu membahagiakan orang selain kita yang berusaha membahagiakan mereka. Kita jugalah yang akan menjadi sumber inspirasi kepada adik-adik or relative . Namun, haruslah ingat membahagiakan orang tak semestinya dengan menghadiahkan segulung ijazah, membahagiakan boleh jadi menjaga hati, mengorbankan sedikit masa, jiwa untuk memberi manfaat kepada orang lain. Bukankah memberi itu lebih mulia dari yang menerima( ewahhh)


akhirnya ~~
Kawan-kawan??? Haruslah bangga dengan kejayaan kita, ibarat berkongsi perasaan gembira melihat rakan-rakan yang berjaya. Tiada hasad dengki namun doa dipanjatkan semoga rakan-rakan berjaya. Sedarkah kita apabila kita mendoakan rakan-rakan untuk berjaya, para malaikat akan mendokan untuk kita pula? Jadi banyak-banyakkanlah berdoa. Jika ada rakan-rakan yang lebih berjaya, janganlah iri hati sebaliknya haruslah berdoa kejayaan mereka dan anggaplah itu adalah kurniaan/ pinjaman dari Tuhan ;)

.
Ok, di kesempatan ini B.K nak ucapkan congratz kepada semua warga uniten yang menerima ijazah baru-baru ini, terutama kepada kak Nana, Nipa, kak Emi, Mr. R, Mr. Nik , dan semua yang kenal lah senang.. Hee okeyh.


So, jawapan bagi soalan di atas????


PUASSS KOWT!!! gila tak puas???

Sumber gambar:
Ahli PRS ;)


Hee
Papai

TAMMAT




Friday, September 9, 2011

Thanks to these people that light up my life ;)


Salam.
Kadang-kadang orang yang kita dah kenal lama once they leave kita rasa macam biasa-biasa ja, dan ada juga kadang-kadang orang tu baru je kita kenal, tak sempat nak bergurau-gurau, gaduh-gaduh manja tapi bila suddenly they wanna leave, kita akan rasa rindu, rasa macam sedih sangat(pergh rasa jiwang sangat pula)..Tu la yang tengah akkak (suara sengau-sengau kak nita) rasa sekarang.


this picture was taken during d month of Ramadhan ;)
moment-moment sweet katanya

Kenal tak sampai sebulan tapi macam dah setahun kenal. What a strange feelin' kan? . Hurm, malam ni since BK tulis ni at 3.57am kan dia,Chana dah nak fly shanghai dah(kalau sempat nanti ak singgah klia jap jumpa after hantar my bro kat lcct keyh?) , nanti susah nak jumpa. Yang lagi sorang Faris fly UK 15 ni if m not mistaken. hurm ;(


Apadahal lah perasaan gua ni, ai ternyata feeling seorang perempuan ni walau disembunyi macamna pun akhirnya nampak juga. Aishh..


Akkak suka pic ni.& again kak nita~

Koranggg, 1stly, aku nak minta maaf banyak-banyak 4 all my wrongdoings ( lupa nak minta maaf time raya haritu..) my "nakal"ness , terlebih or terkurang sana sini. Ha, nanti aku ada duit lebih, aku jenguk-jenguk korang dekat sana eh..;)


Akhir sekali, chana, I miss ur laugh and faris : tolong kaji tajul muluk page 15 perenggan 9.7 ok, ingat dalam hati ada taman.hee.. ;)

Thanks for being a meaningful chapter in my life ;'(

p/s: sumber gambar: fb syana
TAMMAT

Thursday, September 8, 2011

Lawak tapi berinformative ~

Salam ..
Al kisah ada rancangan raya baru-baru ni yang selitkan advices dari SAM, dan semua advices tu bermula dari ayat "kalau" dan dalam banyak-banyak advice tu ada satu yang BK rasa tak boleh bla iaitu "kalau makan kuih raya, jangan lupa tutup balik cover balang tu, kalau tak kuih tu lemau, masuk angin" ha lebih kurang macamtulah.

Dengan muka slumber Sam , memang style la sampai buat BK tahan-tahan gelak depan parents time tu..Bagi BK, cara dia cakap tu lawaklah, tapi maybe tu bagi BK je kowt, maybe bagi orang lain tak sangat..Cer la try tengok balik maybe ada dekat dalam youtube.



Tapi apaun, nampak macam lawak tapi betul la very informative especially for kids. Kadang-kadang terlupa nak tutup balik, last-last lemau dah kuih tu.


Selamat Hari Raya semua ;)

Ok baiklah, pesanannya kadang lawak-lawak yang orang buat tu berinformative, kira betul la apa yang mereka cakap tu. Nak dengar lawak berinformtive??? pergi dengar lawak-lawak yang Nabil Raja Lawak buat tu.

p/s: ruginya Nabil , ema lawa dah sekarang ;)

Wednesday, September 7, 2011

Saya dah pergi daftar mengundi. Anda bila lagi ??? :)

Salam.
Al kisah mejangkau umur 21 ni, parents and member-member ramai tanya " ey, dah pergi daftar mengundi belum??" . After pergi scaling gigi dekat hospital ngan member terus ke pejabat pos. Gitulah. Sebagai rakyat Malaysia, apalah salahnya pinjamkan sedikit masa kita ke pejabat pos yang berdekatan untuk mendaftar sebagai pengundi. Dengan 3 langkah yang mudah:

We proud to be Malaysian!!! ;)

1. Cakap dekat person in charge bahagian counter tu " Salam and hi, saya nak daftar mengundi then bagi IC"
2. Tunggu dalam 1-2 untuk memproses maklumat
3. Buat last check dekat borang yang telah siap diproses seperti name, address, phone no etc then sign kan kat bawah.

Mudahkan..Btw, tadi baca paper cakap sekarang dah boleh dapatkan di www.spr.gov.my. Ok2 tu saja. Walau apa pun fahaman politik, yang penting kita rakyat Malaysia kena bersatu, hargailah kemerdekaan yang kita lalui sekarang ;) ceh dah macam wakil rakyat pula kan ;)


Janganlah gaduh-gaduh, tuduh menuduh cari kesalahan orang lain, dan macam-macam lagilah yang negatif, cuba bersatu fikir macamna nak memajukan negara dan mengekalkan kesejahteraan negara kita ni. ;)



TAMMAT




Tuesday, September 6, 2011

lame bebeno dah =it's been a while ;)

Salam.
Rasanya last update time bulan puasa haritu.So, di kesempatan ini BK mengucapkan Selamat Hari Raya and Maaf Zahir Batin pada semua yang mengenali.. Okeyh . Time bulan puasa haritu adalah berbuka sama-sama, photoshoot sukasukaraya dan banyak lagilah. Seronok bulan puasa ini sebenarnya. Jiwa tu tenang je...;)



Ok, time BK balik raya haritu macam biasalah drive sensorang layan lagu raya, then sebelum sampai je exit Seremban tengok-tengok ada 1 accident. Cuak tak cuak . Baru nak seronok-seronok raya tiba-tiba nampak pula accident macamtu. Hopefully mangsa-mangsa tu still alive . BK tak berhenti tengok accident time tu sebab kereta banyak sangat. After nak masuk Jelebu je ada lagi 1 accident. Hurmm, menggigil jugalah tengok accident tu. Harap-harap ok semuanya.


Selepas je balik, macam biasa persediaan sini sana macam orang lain. Tapi one thing yang BK minat ialah benda-benda yang related dengan bunga-bungaan ni. Ai minat betul BK. Ok lah, time chill chill ngan my mom dekat luar rumah, tiba-tiba terkeluarlah cerita pasal blogging-bogging ni. Jadi , my mom pun suggest" why not adik cerita tentang herba, nanti boleh tanya ayah pasal pokok-pokok herba ni" and tiba-tiba rasa macam dapat full support dari parents sendiri since sebelum ni, macam tak pernah pun cerita-cerita pasal blog BK ni kat parents.

wid my sis n her son :)

Then, BK pun setuju. Jadi selepas tu, BK banyak belajar tentang pokok-pokok herba ni, banyak jugalah khasiat yang tak pernah terfikir pun sebelum ni. Indahnya cintaanNya. ;) Sesunnguhnya setiap yang dicipta ada kebaikan tersendiri.

wid k.Aiza n DatinIya raya baru-baru ni ;)


Ok, semperna dengan cadangan parents BK tu, selepas ni BK akan selitkan segmen petua-petua ma and ayah BK yang mungkin diilhamkan oleh orang dulu-dulu dalam blog BK nanti. Mogadapat dimanfaatkan bersama. ;)

TAMMAT

Saturday, August 20, 2011

Sembang malam: kurangkan kelajuan tingkatkan senyuman dalam pemanduan~


A'kum...
Rupanya-rupanya banyak respond yang positive dari warga facebook dekat fb bila BK post "kurangkan kelajuan tingkatkan senyuman dalam pemanduan~" . Baguslah nampak sangat rakyat-rakyat Malaysia masih mampu berfikir dalam dan menyokong pemanduan berhemah. Ok ok dah macam PM dah aku cakap.


Ok, lagu satu isu sebenarnya tentang satu lagi behavior pemandu jalan raya. Cuba tengok apa yang salah dekat gambar bawah ni.??? Cer teka cer teka???


Oklah stop. gonna give d answer.

Ha, jawapan dia memotong barisan... kesian kat pemandu-pamandu yang lain yang dah beratur lama then tiba-tiba senang-senang segolongan pemandu memotong barisan. Tak baik punya taw( aww zifii)... Beratur jelah, kan senang ;)...orang lain pun nak cepat juga tapi still boleh beratur. Kenapa tidak anda kan3??? Walau sehebat mana pun kereta kita, tapi suka potong barisan, pedehal bro??( pergh rasa sangat brutal)


bersembang sambil melihat aksi-aksi pemuda vios yang menekan-nekan minyak macam pakai kereta ferarri.. Mungkin tengah buat klip video KL menjerit katanya. ( siapa yang faham tu baguslah, yang tak faham tu sudah ;))

Anda pemandu yang sangat cool bila anda tidak memotong barisan!!! Ingat ni!!

Ok, situasi ini diambil ketika BK balik otw balik Bangi from N9. BK tak kisah sangat cuma kesian kat pemandu lain yang duk beratur panjang tu. Kepada sesiapa yang pernah terbuat or nak mencuba cuba tu, belajar-belajarlah bersabar n beratur sikit okeyh??? Senangkan??? ;) Kalau ada emergency tu and bg emergency light leh consider lagi, ni ramai yang beratur nak potong line.. Tak baik punyaaaa~~~ Renung-renungkan~~ ;)


Kalau kita memudahkan orang, kita akan dipermudahkan kelak, kalau kita menyusahkan orang,lain kali kalau kita disusahkan jangan marah pula okeyh??
hee, okeyh, pesanan ini untuk kebaikan semua juga.. Bukan nak salahkan siapa-siapa cuma nak memperbetulkan keadaan .. Harap semua ambil entry kali ini sebagai sesuatu yang positif ;) Sekian.

Selamat Berpuasa ;)

TAMMAT.

Friday, August 12, 2011

Would you please help me to like these links?



Salam...'
Hi and salam. Harap-harap semua sihat.. Rasa-rasanya ni 1st time BK post untuk bulan puasa ni (sorila pada yang duk usha-usha blog ni tengok-tengok tiada entry baru, tertamanya kepada tett ;) ) ..Ok lah, berbalik pada topic..
BK ada masuk peraduan dalam TudungPeople and......

Would you please help me to like these links????? It will takes less than 5 minutes.
How to vote?
1st step:
like this TudungPeople link : http://www.facebook.com/Tudung​People

2nd step :

Pic BK yang ni ;)
Thanx 4 those who wish to help..Really Appreciate!!!!

BTW, selamat berpuasa semua!!!

Salam.