Monday, November 29, 2010

~cerita terusik raya~


Perasaan ni muncul time hari raya haji aritu. aishh.. pagi tu cuaca begitu hening skali seperti hening yang ku tunggu tunggu selama ni..wa.seyes weiy rasa macam gramatis betul ayat gua nie.


OK2 husna.seyes..

Macam biasa, mandi pastu salam2 , minta duit raya dan yang sekutu dengannya.. Pagi tu ma ayah, abang- abangku akak ipar da pergi masjid dulu .kerana..kerana kelambatan aku mandi. ye2. aku mandi memang lambat... Nasib baik ada geng nak pergi masjid iaitu along aku..

Lepas siap-siap suma, start kereta terus ke masjid. Dekat masjid aku duduk tempat baik punya sebelah pintu ..Pintu tu jenis slide .So aku dapat la cuci mata tengok manusia yang sibuk menghadirkan diri ke masjid.

Sedang para-para jemaah kusyuk bertakbir, tetiba masjid itu didatangi oleh seorang lelaki. Tak tau la aku je ke yang perasan kehadiran lelaki ni.Pakaian? dia hanya memakai t shirt dan sehelai kain pelekat yang lusuh. Dia msuk dan terus duduk di saf belakang sekali. Mungkin dia rasa rendah diri sebab dia sorang sahaja yang memakai t shirt sedang para jemaah lain kaya dengan baju raya lengkap bersampin yang bewarna warni.

Tetiba ada air- air jernih aku rasa mngalir di sekitar pipi aku .aku menagis ke?? ye .aku menangis. sedih. ..

Gila.. Aku tak pernah menangis pun sebelum ni kalau ke masjid. Time tu hanya Tuhan yang tau macamna aku cover muka aku yang dah merah2 dan penuh muka dibanjiri air yang tak diundang.

Aku perhatikan lelaki ni.sedih sangat bila tgk dia bertakbir.Aku tau dia berasa rendah diri dengan orang sekelilingnya.Aku dapat lihat mata dia berair melihat umat umat yang berpusu pusu masuk ke masjid dengan berpakaian indah.

After solat semua, aku tengok lelaki tu dah hilang.Tak tau mana hilangnya. Aku pun balik. Masa aku drive. Hati aku masih teringat dekat lelaki tu. Aku nak kalau aku da kaya nanti. Aku nak cari balik orang tu and aku nak bagi kat dia pakaian yang indah-indah kat dia. Aku nak dia rasa pakai pakaian baru. . . Seyes, muka orang tu masih aku terbayang -bayang lagi sampai sekarang. T_T

No comments: