Tuesday, March 22, 2011

Sembang pagi, nasi goreng, kopi aish.Keadaan rumah bujang time final~

Salam.
disebabkan minggu ni minggu exam or dalam kata ringkasnya final fever. Jadi mestilah banyak benda macam kita kadang-kadang lupa apa sebenarnya bekalan- bekalan yang perlu ada time study-study di waktu pagi.

Bagi kehidupan sekumpulan pelajar dari Bangi ini misalnya, bekalan hidup untuk final fever menjadi semacam satu lumrah yang diamalkan semenjak turun-temurun.

Bekalan seperti biskut, air kopi , milo, roti adalah suatu benda yang wajib yang mesti ada. Hai ini disebabkan bagi mengekalkan kesegaran mata ketika study di waktu pagi.

Bekalan internet juga tidak kurang pentingnya. Sesetengah pelajar mungkin deactivate fb nya, tapi tidak pula kehidupan sekumpulan pelajar dari Bangi ini. Fb digunakan untuk bertukar-tukar soalan, untuk mendapatkan tips dan tidak kurang pula ada yang meng'post-post soalan past year di fb untuk dibincangkan bersama... sweet bukan???
err :)

Jadi, itu sahaja entry kali ini. sehingga bertemu lagi di hari dan waktu yang sama...
Papai
p/s: diambil 1.37am
TAMMAT

No comments: