Monday, February 6, 2012

Kenapa nak kutuk diri sendiri?


Salam
Kutuk orang itu kita dah selalu dengar dan memang tak patulah kan nak kutuk orang. Siapa kita nak judge orang. Tapi kenapa nak kena kutuk diri sendiri?. Mengutuk diri sendiri sebenarnya menjadikan kamu insan yang tidak bersyukur dan manusia yang mengutuk diri sendiri sebenarnya merancang untuk gagal. Tidakkah kamu terfikir yang semua yang diciptakan itu semuanya dari sumber yang terbaik. Cuma tinggal kita sahaja lagi yang menentukan corak hidup kita.


Gambar untuk dijadikan sebagai motivasi kepada semua dan kepada owner blog sendiri. Walaupun tiada dslr, tetapi camera phone ini juga mampu memberi kejayaan tempat pertama. Siapa kata tidak boleh berjaya dengan benda murah?


BK rasa tidak patut apabila disebabkan kekurangan diri, kita mencari dan mempebesarkannya dan end up dengan sesuatu yang negatif. Mengutuk diri sendiri ibarat kamu tahu kekurangan tapi kamu tidak memperbaikinya. Sepatutnya, bila kita tahu kita lemah, kita kena bersyukur sebab kita sekurang-kurangnya sedar kita ada kelemahan dan tugas kita sebagai manusia haruslah berubah. Ya berubah! bukan kutuk diri sendiri! Faham? tak boleh itu ini, sampai bila?

Contoh, saya tak cantik, saya kulit gelap, saya memang tak pandai nak buat macamna, saya ni memang dilahirkan dalam keluarga miskin. Siapa kamu nak cakap macamtu?, berani nak kutuk diri sendiri lagi? . Sedar tak siapa yang ciptakan kamu? Sedar tak rezeki itu siapa yang bagi? Berani nak salahkan ibu bapa sebab kamu dilahirkan dari keluarga yang miskin?

Bak kata pepatah Steve jobs, lahir dalam kehidupan yang miskin bukan satu kesalahan, tetapi mati dalam kemiskinan adalah kesalahan diri sendiri.

Berubah! jangan jadikan kelemahan satu sebab anda tidak boleh berjaya, tidak kelihatan menawan, tidak boleh jadi jutawan. Helllooo??? Orang felda pun boleh jadi jutawan ok?(rasanya semua tahu siapa). Tidak mustahil kita pun boleh jadi jutawan semuanya bergantung kepada usaha doa dan tawakal. Perancangan Tuhan itu hebat dan Tuhan Maha Mengetahui setiap apa yang terjadi. Jadi usaha gigh untuk berjaya. Usaha gigih untuk jadi lebih baik. Lagi banyak kegagalan sebenarnya lebih banyak dan berganda lagi kejayaan yang kita akan dapat. Jangan takut gagal sebab kegagalan memberi kita kekuatan.

Ingat, mengutuk diri sendiri akan menghasilkan aura yang negatif dan seterusnya menjurus ke tindakan-tindakan yang negatif. Tak patut tak patut. Mungkin kamu tidak berjaya dalam sesuatu bidang, cuba dan cuba lagi, kalau tak boleh juga, cuba cari bidang yang menjadi minat kamu. Hidup ini lagi seronok dan lagi ekstrem jika kita suka mencuba dan selalu bereksperimen. Jadi berubah. Kita boleh! Yakin boleh! Jangan ada perkataan 'MALAS' dalam hidup. Kamu malas sebab kamu terlalu selesa dengan kehidupan sekarang dan kamu tidak mahu berfikir untuk kehidupan lagi baik. Kalau bukan untuk kamu, untuk generation kamu nanti.

Segala cadangan hanyalah pandangan dari owner blog ini. Terpulang kepada individu untuk berubah kerana masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk berjaya =)

K Papai.

TAMMAT



No comments: