Sunday, February 5, 2012

Penjimatan semasa bekerja


Salam.

Harini bercerita tentang penjimatan semasa bekerja dimana BK pun sedang alaminya sekarang. Jadi berikut adalah apa yang BK cuba praktikkan dalam kehidupan BK. Maybe kebanyakan penjimatan ini banyak tertuju kepada perempuan.
Penjimatan adalah dari segi =


1. Makan
Ada beberapa tempat kerja yang diberi subsidi untuk makanan. Macam tempat BK bekerja, breakfast, lunch percuma. So, better kita makan benda yang telah disediakan dan elakkan pembaziran makan di tempat berbayar. So, kita dah dapat berjimat dari segi makanan.

2. Minyak
a) Pada waktu pagi BK rasa tak salah jika membuka tingkap semasa kita ke kerja kerana cuaca masih sejuk. Hal ini boleh mengurangkan pengunaan minyak.

b) Ok, let say pada waktu malam, kita lapar dan kita hendak membeli makanan melalui 'drive thru' . Apa kata sementara menunggu kereta di hadapan. Kita berhentikan enjin. Ini dapat mengurangkan penggunaan minyak kereta. Nampak macam tak masuk akal tapi itulah sebetulnya. Sedarkah kita yang kita boleh membazirkan minyak dengan jumlah yang kita tidak sangka-sangka sementara menuggu kereta di hadapan? Ataupun, lagi bagus pergi park kereta, then bungkus makanan.




3. Kurangkan sms, kurangkan call
Gunalah medium yang ada. Kalau kita dah ada internet, better kita guna sahaja internet untuk berinteraksi contoh ym, skype, fb, twitter ol else dari topup selalu yang kadang-kadang kita tidak sedar sebenarnya kita telah habiskan banyak duit untuk topup sahaja.

4. Alat solek
Make up sinonim dengan wanita. Waktu belajar dulu BK ada la juga beli barang make up sikit-sikit tapi sejak start bekerja ini. BK tak pakai make up sangat pun. Just moisturizer sebab duduk dalam aircond , kulit muka pun cepat kering.

5. Fixed account
Ataupun bagi istilah BK iaitu " put aside money". Means, bila kita dapat duit tu, kita simpan 10% or 20 % dekat tempat lain, dalam tabung ke. So, jangan guna duit itu unless bila ada benda yang betul-betul penting or kritikal.

6. Bijak membeli
Hendak membeli barang berjenama? Tiada masalah. Tapi kita perlu beli time sale yang turun sampai 50% or 70 % sahaja. Kita juga boleh beli time ada jualan gudang. Biarlah kita agak ketinggalan zaman dari segi berfesyen or tak up to date, ataupun tidak memiliki limited edition punya barangan, tapi bersyukurlah dengan diri anda kerana anda sebenarnya berjaya membantu dan mencipta masa hadapan yang cerah.

7. Sabar
Jika kita ingin berjimat. Kita haruslah mempunyai kesabaran yang tinggi. Kejayaan mengawal nafsu untuk shopping, nafsu makan sebenarnya kunci kejayaan pada masa hadapan.

Itu sahaja.
Segala tips-tips yang dinyatakan hanyalah pandangan dan apa yang diptaktikkan oleh owner blog ini. Terpulang kerana masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk berjimat cermat. Janji kita pandai uruskan wang sendiri

TAMMAT

=)


4 comments:

Sam Banjamin said...

bagus tips ni.. baik sesangat untuk sy yg nak berjimat ni... tq ye...

hucsna-B.K said...

no prob =)
thnx sem sudi bca =)

Ikan_Pari@@ said...

macam mane nak jimat minyak, kalau motor kite tu dah memang kuat 'membakar' minyak?

hucsna-B.K said...

tukar motor lain~