Friday, July 26, 2013

23 yo on 23rd July (=

Salam
Oh no, da masuk 23. =_='. Rasa baru semalam lepas SPM, gitew. Over nyah. Oklah, first of all, BK nak ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi wish birthday BK, ada yang kenal ada yang ta berapa kenal, tapi BK tetap layan der. Aha, ada yang bagi message sebab lagi sweet katanyer, ada yang sanggup decorate card chomel-chomel, sedangkan BK ni orang biasa ja. Ta sangka pula ada yang sudi buat, asal semua orang na sweet-sweet sangat ni. Nampak ta stress. Aha.



This pic was captured by Tasha. Credit to her. Hee





And tada, edited version. Nak dapatkan service edit? email me at lilhucsna@gmail.com

So, da masuk 23 ni, ceh cakap macam orang da besar, ramai orang suruh tukar nama FB BK kepada Budak Besar. BK cakap ta boleh, No3x. Aha. Nama tu cukup bermakna buat BK okeyhz. Btw, Terima kasih juga kepada kumpulan songkok patah, bagi pavlova, pastu nyanyi lagu HB, segan siot gua. Macam-macam rasa ada, terharu pun ada. Tapi takkan gua nak nangis pula kat restoran tu der. Aha, terpaksalah gua sembunyikan perasaan gua yang sebenarnya nak meloncat-loncat kegimbiraan lagi kesukaan. Ha, nampak ta. Tiba-tiba gangster.

Yang ta boleh bla, dapat msg dari parents BK. Ayat akhir '' Semoga mudah mengingati pelajaran'' . Woah, nampak tak harapan yang tinggi itu. Aha, kena struggle la habis la gua. Aha

So, sebenarnyakan, BK selalu fikir, sepatutnya kita juga kena sambut and ucap terima kasih kepada kedua ibu bapa kita especially our mom sebab dia yang lahirkan kita. Kita yang kena celebrate dia. Gitew. 

Umur 23 ni, BK berharap sangat dapat jadi orang lebih produktif proaktif dan gaya mutu keunggulan. Kepada yang selalu tanya pasal BF tu, sampai masanya BK akan bagitahu. Tapi buat masa sekarang ni, memang BK ta fikir lagi into serious R sebab rasa diri masih perlukan ibu bapa n ta puas lagi berbakti and masih banyak kekurangan dalam diri BK yang kena diperbaiki especially bab masak-memasak ni. Lol.

K lah, papai.

Salam Nuzul Quran =)

TAMMAT




Friday, July 19, 2013

Loss 4kg on the 7th of Ramadhan... Alhamdulillah (= Tips ?

Salam
Helew olz, okay seperti tajuk di atas. Last wednesday, after class BK terus balik rumah dengan niat berbuka sekali dengan family.So, BK gerak dari Bangi pukul 6 dan sampai Jelebu pukul 7.15pm macamtu. So, sampai-sampai da salam parents semua,tetiba BK macam rasa nak timbang berat.


Aktiviti time degree dolu-dolu. Chomel konon-konon. Not so chomel. 

So, first timbang tu macam tak percaya, then BK timbang 2-3 kali. Uit. Loss 4 kg? Sungguh ke ni?. Then I told my mom, minta my mom test sekali mana tau salah timbang. Then my mom cakap ya ada reduce sikit. Then, BK tanya my sister, dia cakap kalau berat along sama means betul la ni alat penimbang ni. Then my sis pun timbanglah, ya betul berat dia. 

Tetiba rasa na loncat kegembiraankan, over sangat taw. Aha. BK pun ucaplah syukur banyak-banyak. Tipula ta happy kan. So, mungkin ada yang tertanya-tanya mugkin ada amalan or tips yang dibuat. Not so called tips la. aha

Erm, macam na cakap eh. Sebenarnya tiadalah tips sangat cuma. Lately, BK perasan BK ta selera sangat makan nasi. Kalau berbuka tu, mesti habis setengah or suku je habis. Mungkin sebab letih kot or banyak driving, so rasa macam ta selera sangat. Tapi, baguslah kan, banyak bekerja, kurang makan. Yang penting balance. Walaupun kita banyak bekerja, ta semestinya makanan pun kena ambil amount yang banyak.



Oh, lupa ni gathering iftar baru-baru ni di wong solo. Hee

Then, BK pun kurangkan minuman yang berais. Sebab, BK pernah baca, kalau kita minum ais, sebenarnya dia membuatkan kita semakin lapar. Sebab tu kalau kita boleh perasan, kalau kita ambil minuman yang berais, kita akan keep order air, tapi kalau beli air panas/suam mesti segelas pun cukup.

Lagi 1, cuba try tengok orang yang fit, or macam not too skinny. So, kadang-kadang motivate juga tanak makan banyak and keep healthy. Then, kalau FB tu BK selalu review page-page medical, health semua-semua tu.

Ok, itu sahajalah kot, na tips lain, see kalau berat makin menurun. Cuma, BK ta galakkan semua la ambil pil-pil yang ta pasti kebersanannya, lagipun benda tu semua kena consistent. If not, berat kita akan senang naik. Kalau boleh, biar kita turun secara neutral, istiqamah and slumber rock. Hee . Play it cool yawll. aha

K Bye

Credit : Yani

Ramadhan kareem everyone =)

TAMMAT



Saturday, July 13, 2013

Transformasi Ramadhan Day 3

Salam
Ramadhan kareem.


Taken by Aisyah, my niece. Jemput mereka balik siang tadi time kerja

Ate, harini dah puasa ke-3, nampaknya makin dekat kita na menghampiri akhir Ramadhan. Sedihnya. Ok, walau apapun, kita sebenarnya patut rasa bersyukur dengan segala ketentuan Tuhan. Baiklah, harini, basically tiada perubahan dalam berat badan, cuma perut tu rasa ada ringan sikitlah and I am sure that semua orang pun rasa begitu. 


Harini sempat juga BK mengapplykan apa yang resepi yang BK tengok kat internet lately. Tadaaa...


So, basically harini kita berbuka pun dengan jumlah yang separuh, tu pun ta habis, and mulakan berbuka dengan air suam supaya perut tu kasi bersih dahulu barulah makan.



Latest nephew 6 months and half. Hiii =)

Smile everyone and jangan lupa niat puasa.

TAMMAT









Friday, July 12, 2013

Transformasi Ramadhan Day 2 =)

Salam
Tup-tup dah second day kita berpuasa, Alhamdulillah but yet sedih la juga sebenarnya sebab rasa macam tanak habis Ramadhan lagi. Sebab time ni lah, penggoda syaitan kena kurung. Hati pun rasa tenang je bulan ni. Nak buat apa-apapun senang sebab siang ta payah fikir pasal nak makan apa and all that. 


Baiklah, untuk second day harini, BK berbuka dimulakan dengan kurma Yusuf Taiyob dan air kosong, lepas tu barulah dengan nasi. Nasi tu macam biasalah kena maintain walaupun dalam hati ni kalau boleh nak perabih semua, tapi disebabkan duk fikirkan masa panjang and fikir esok boleh makan lagi, bertahan itu lagu bagus gamaknya. Ta gitew dek non.

Btw, petang tadi, BK pun pergilah lawat-lawat pasar ramadhan kot-kot ada benda pelik ke yang boleh dimasukkan dalam paper, or kenaikan harga barang ke but unfortunately tiada la puloks. Meronda-rondalah juga BK tawaf satu Jelebu tadi kot ada event yang boleh di cover, tapi tiada pula. Mungkin sebab awal-awal Ramadhan kot, orang nak berbuka dengan family dulu. Nampak ta 'Husnuzon'' di situ. Tape-tape cuba cari lagi esok.  Siapa tak tahu maksud tu pergi google. 


Btw, BK baru sahaja timbang tadi, berat still maintain. Yela, baru dua hari, susah la sikit nak tengok perubahan positive negative tu. Cuma tadi, BK ada ambil supplement sebab badan lemah sikit sebab musim demam ni. So bila makan tu, rasa bertenaga cergas sihat dan kuat (please say it dalam intonasi advert milo).

Ok lo, rakan-rakan, BK kena sambung buat case study on Louis Vuitton ni. Kbye.
Jangan lupa niat olz. Love u

TAMMAT

Thursday, July 11, 2013

Transformasi Ramadhan Day 1 =)

Salam
Gitew ye.
Harini, puasa pertama BK banyak minum air suam, dan tadi waktu berbuka bersama, kuantiti hanya separuh pingan nasi macam biasa, banyak pengambilan protein and air suam sebelum tidur. Disebabkan BK demam sekarang, so pengambilan air suam tu diambil lebih banyak dari biasa.



Time class pagi tadi, nampak ta muka puasa tu. Lolz

So far, berat BK 54kg, even ada kawan BK like lagi kurus 40 something, but bak kata pepatah lecturer BK, who cares. Lulz, berat sekarang pun BK tak kisah sangat just nak rasa fit je sekarang so that boleh lakukan aktiviti yang extreme lagi mutu keunggulan. Nway, puasa tahun ni BK juga target nak jaga kesihatan lebih, sebab masa kita puasa di siang hari tu kan actually sistem dalam badan kita like di rearrange, so kalau tiba-tiba rasa lapar tu, mesti fikir owh perut kita tengah process, so rasa macam sihat and ta kisah pun kalau lapar, then alang-alang dia tengah process tu why not kita pun ambil inisiatif menyihatkan lagi tubuh badan kita dengan makanan dan minuman yang berkhasiat dan tidak terlalu manis. 


Btw, tadi after class and on my way to hometown, ada yellow ferrari lalu sebelah. Terus semangat nak bawa kereta. Ha, Nampk ta yang dekat first lane tu. Lulz

Ok, transformasi yang BK katakan ni hanyalah transformasi fizikal yang tangible(mengapplykan term-term accounting and economics) lulz, kalau dalaman or in terms of spiritual tu kita sendiri sahaja yang dapat rasa dan BK rasa tak perlulah kita kongsikan. Nanti kang jadi tak ikhlas pula amal ibadat kita sebab setiap perkara yang baik kita buat tak perlulah rasa na kena tunjuk-tunjuk. Enough Tuhan sahaja yang tahu. Tak gituew der =)

So, first day, 54 kg, tunggu sampai habis Ramadhan, tengok makin naik ke makin turun. Tett.

Kla
Jangan lupa niat puasa and sahur
Bubye Salam

TAMMAT




Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan. Azam =)

Salam

Alhamdulillah, akhirnya tiba juga bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia iaitu bulan Ramadhan. Yeayyy!!! Kalau ada yang tak happy dengan ketibaan bulan Ramadhan ni tak taw na cakap apa. Excited wey, orang yang berpuasa je tahu perasaan teruja puasa ni, serius rasa lain kalau time bulan ni. Mungkin satu sebab syaitan dah kena kuarentin. Mungkin juga sebab kita akan rasa lebih menghargai sesuatu dan mendidik hati supaya lebih bersyukur dan of course segala amal ibadat yang kita lakukan akan dilipat kali gandakan pahalanya. Siapa tanak der? 

Walaubagaimanapun, mari kita sama-sama berdoa kepada Umat Islam di Mesir yang menyambut kedatangan Ramadhan dengan tragedi berdarah.Doa supaya mereka dikuatkan hati dan mohon supaya masalah mereka dapat ditangani segera. Mohon supaya Malaysia dijauhkan dari malapetaka sebegitu. 

Baiklah, so bulan Ramadhan ni, BK berazam nak banyakkan bersedekah semampu boleh walaupun pendapatan BK sekarang taklah sebesar mana, tapi syukurlah sebab rezeki tu sentiasa ada walaupun hanya sekeping maggi potong dua untuk makan ditambah dengan keadaan BK sebagai seorang student juga. But I am ok with it, as long as halal, asal boleh makan, leh wat amal ibadat, settle, tadahal.


Kenangan time photoshoot time 2011.

Lagi satu azam adalah untuk buat yang sunat banyak-banyak, cuz timenilah kita berkesempatan nak perbanyakkan amalan sunat sebab time berpuasa di siang hari kita macam tade intention untuk makan and we doing nothing, so time sepatutnya waktu makan itu kita isikan dengan solat sunat.

Last but not least, seperti kebiasaan Ramadhan, of course kita nak khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan ni, sebab kalau time raya nanti, bagi BK rasa puas berpuasa, lebih rasa excited Raya sebab amalan-amalan kita time puasa tu dah complete. So, malam raya tu, dah boleh bakar mercun papan 3 meter. K itu jangan buat. Ahaha. 

Selamat berpuasa uolz, mohon maafkan jika ada salah dan silap, terkasar bahasa, terguris rasa, or yang sekutu dengannya. Sesungguhnya, semua yang baik datang dari Allah S.W.T, dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri BK sendiri. Salam Ramdhan. Love uolz

P/S Jangan lupa buat banyak majlis rumah terbuka banyak-banyak dengan niat bersedekah, dan kemudian disusuli sembahyang terawih. Bukan hari raya sahaja rumah terbuka, sebab pahala time raya ta sebanyak macam bulan Ramadhan. Lagi bertambah-tambah rezeki orang yang bersedekah nanti. Serta tak lupa kepada yang tidak berkemampuan, banyakkan bersedekah. Kbye =)

TAMMAT