Tuesday, March 6, 2012

"Please review BK" blood donation,patut atau tak patut derma?

Salam


Entry pertama untuk segmen "Please review BK" dihantar oleh seorang junior di U BK, aktif orangnya dan sangat pandai mengedit video. Topik yang ingin di review adalah berkenaan blood donation , patut atau tak patut derma?Jawapannya adalah patut. Mari kita lihat mengapa derma darah ini sesuatu yang "patut" buat?

Derma darah menyihatkan badan!


promo derma darah Uniten

Tahukanh anda sel darah merah yang tekandung dalam badan kita hanya akan bertahan 115-120 hari. Selepas itu sel darah kita akan musnah dan akan digantikan. Jadi maksudnya, darah kita akan sering diganti dalam janka tempoh tertentu. So, kalau kita derma darah pun, darah tidak akan berkurang. Ha tahu atau baru tahu?. Kalau baru tahu itu bagus, kalau dah tahu lagi bagus. Derma atau tidak, darah tersebuat pasti akan musnah dalam tempoh tersebut dan amatlah lebih baik kita dermakan sahaja dari dibiarkan sel darah mati begitu sahaja.

Darah yang didermakan akan disimpan dalam peti dingin beku selama 42 hari dan darah ini biasanya akan digunakan sebaik mungkin kepada orang yang memerlukan.

Kita yang menderma pula sebenarnya telah meransang badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah baru, dan keupayaan sel baru tersebut adalah lebih baik untuk sel darah membawa oxygen ke seluruh badan di mana ia akan membuatkan badan kita lebih sihat dan bertenaga. Selain itu, penggunaan zat besi oleh badan akan lebih efficient dimana kecekapan ini sangat diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah yang baru dan secara tidak langsung dapat mengelakkan badan mengalami pengumpulan zat besi secara berlebihan. Tahukah anda pengumpulan zat besi yang berlebihan akan merosakkan jantung, hati dan kelenjar endokrin(untuk merembeskan hormon)?

Selain itu, kita boleh mengetahui status kesihatan kita di mana sebelum menderma, kita akan menjalani bebapa ujian seperti ujian tekanan dan ujian pengenalan jenis darah. Berapa banyahk darah yang akan diambil? Jangan risau kerana 1 unit sebanyak 300-400 ml sahaja bergantung kepada berat badan. Kebiasaanya, pil zat besi dan asid filik akan dibekalkan selepas anda menderma bagai meransang badan menghasilkan sel darah yang baru.

Menurut pengalaman BK sendiri apabila medermakan darah, hati akan rasa lebih tenang, selain badan yang sihat kerana penerima darah biasanya tidak akan tahu siapa yang menderma darah dan kita rasa akan lebih bahagia kerana dapat membantu orang yang dalam kesakitan.

Baiklah, secara kasarnya, kesedaran untuk mendema darah di negara ini masih kurang. Ramai antara kita yang masih takut menderma darah disebabkan kononnya prosesnya yang menakutkan, dan tak kurang pula ada yang takut berat badan akan mula naik selepas menderma darah dan badan akan lemah


"aku dah, korang bila lagi"

Masayarakat perlu menangkis sifat negatif ini dan kita patut meningkatkan kesedaran menderma darah memandangkan di luar sana masih ramai yang tidak dapat hidup sempurna disebabkan kekurangan darah dan kita sebagai manusia haruslah membantu mereka. Mungkin sekarang ini kita tidak mampu menderma dari segi wang ringgit, namun apa salahnya jika kita bantu dengan cara yang paling ikhlas iaitu dengan menderma darah. Janganlah pandang sebelah mata apabila kita melihat kempen-kempen darah yang diadakan.
Tahukah anda di Malaysia, kita masih memerlukan bekalan darah yang konsisten kerana bekalan sedia ada tidak boleh bertahan dalam jangkamasa yang lama. Selalunya, darah yang yang diambil hanya mampu bertahan dalam keadaan yang sempurna selama 35 hari- 42 hari.

Saranan supaya meluangkan masa melawat kanan-kanak yang menghadapi talasemia dan leukemia. Mungkin kita boleh faham perasaan ibu bapa pesakit yang tidak berkelayakan menderma darah yang sesuai dengan anak mereka. Berikut adalah sedikit fakta yang kita semua kena tahu berkenaan dengan derma darah supaya kita mempunyai pengetahuan tentang kepentingan derma darah ini.


Darah yang telah diderma boleh dibahagikan kepada 3 komponen iaitu sel darh merah, platelet dan plasma. Mari kita lihat kegunaan ketiga-tiga komponen darah ini

1. SEL DARAH MERAH
Sel darah merah: merupakan komponen sel darah yang terbesar (>90%), sel darah merah mengandung Hb yang fungsinya mengalirkan O2 keseluruh tubuh sehingga jika kita Hb kita rendah tubuh kita akan lemas. Apabila disebut menderma darah, secara umumnya merujuk kepada pendermaan keseluruhan komponen darah (merangkumi sel darah merah, sel darah putih, platelet dan plasma).

Kegunaan
Darah merah digunakan untuk merawat kes-kes berikut :-
  • Pesakit Thalasemia
  • Pesakit Leukemia dan Kanser
  • Kes Anemia (kekurangan darah merah)
  • Pesakit yang kehilangan darah semasa pembedahan dan akibat kemalangan jalanraya
  • Kes tumpah darah selepas bersalin

2. PLASMA

Plasma ialah cecair darah yang mengandungi protein, antibodi dan bahan untuk pembekuan darah yang boleh menghalang serta merawat pelbagai penyakit.

Kegunaan
Plasma digunakan untuk merawat kes-kes berikut :-
  • Mangsa melecur akibat kebakaran
  • Kes pendarahan teruk (DIVC)
  • Pesakit demam denggi berdarah
  • Kes kegagalan Hepar (Liver Failure)

3 PLATELET

Platelet pula diperlukan untuk membekukan darah atau mengelakkan pendarahan berterusan, terutama bagi pesakit leukemia atau yang menjalani rawatan kanser, kerana sumsum tulang mereka tidak berupaya menghasilkan platelet sendiri.

Kegunaan
Platelet digunakan untuk merawat kes-kes berikut :-
  • Pesakit demam denggi dan demam denggi berdarah
  • Pesakit Leukemia dan Kanser
  • Kes pendarahan teruk (DIVC)

Rasanya semua tahu kan, kita masa di secondary school belajar semua pasal darah ni. Walaubagaimanapun cara penyimpanannya berbeza. Misalnya

1. Darah yang telah melalui ujinan saringan dan yang telah diproses kepada 3 komponen di atas akan disimpan mengikut jenis darah, kumpulan darah ABO dan expired date.
2. Sel darah merah perlu disimpan dalam suhu 2-6 celcius dan bertahan selama 35 hari
3. Plasma perlu disimpan pada suhu -30 celcius, tahan selam 2 tahun
4. Platelet pula perlu disimpan pada suhu 20-24 celcius perlu sentiasa digerakkan, tahan selam 5 hari.

Jadi, sudahkah anda sudah bersedia untuk mederma?
Jika sudah, mari kita lihat kriteria jika anda berniat untuk menderma. Bukan semua individu yang layak menderma, harus ingat.


control macho brother ni ye ~

1. SIHAT TUBUH BADAN PADA HARI PENDERMAAN
2. BERUMUR DI ANTARA 18-60 TAHUN
  • Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga.
  • Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.
3. MEMPUNYAI BERAT BADAN YANG MELEBIHI 45 KG
4. TIDUR MELEBIHI 5 JAM PADA MALAM SEBELUM PENDERMAAN
5. TIADA MASALAH KESIHATAN
  • Tidak mengambil sebarang ubat-ubatab
  • Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan
  • Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan.
6. TELAH MENGAMBIL MAKANAN SEBELUM MENDERMA DARAH (TIDA BERPUASA)
7. PENDERMA TERAKHIR
  • Sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood)
  • 2 minggu untuk penderma aferesis
8. TIDAK TERLIBAT DI DALAM SEBARANG KEGIATAN BERISIKO TINGGI SEPERTI BERIKUT
  • Hubungan sejenis(homoseksual)
  • Hubungan jenis kedua-dua jenis jantina (biseksual)
  • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial/ pelacur
  • Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
  • Menganbil dadah secara suntikan
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
9. UNTUK PENDERMA WANITA
  • Tidak mengandung
  • Tidak datang haid
  • Tidak menyusukan anak.
10. JANGAN MENDERMA DARAH JIKA ANDA
  • Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northen Ireland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
  • Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.
Jadi, BK harap kita sama-sama menderma darah untuk membatu orang yang memerlukan, mungkin kita masih belum mampu dari sengi wang ringgit tetapi kita mampu memberi yang kita ada iaitu darah kepada mereka. Mungkin mereka yang sakit sedang mengerang kesakitan sekarang dan mungkin suatu hari nanti kita pula insan yang memerlukan darah dan ketika itu kita berharap untuk someone menghulurkan darah kepada kita


Jom derma darah =)

Diharap kepada adik yang mengutarakan topik ini berpuas hati dengan review kali ini. =)

Sekian

TAMMAT


Laporan asal/
Sumber gambar





4 comments:

Sam Banjamin said...

ade segelintir masyarakat kita ni kurang kesedaran sebenarnya. ade yg takut dekat jarum tu. sebenarnya kempen2 mcm yang awak buat ni antara langkah yang baik. informasi tentang keperluan darah tu sendiri baik untuk pengetahuan semua. bagus2... teruskan berkempen... saya, masuk minggu lepas, dah 6 kali menderma darah.... tak sakit pun... cuma lepas tu, syok tidur... hehehe

jom kunjung blog saya. harap ade hubungan dua hala dari gang-gang gerila penulisan kreatif ni... tak follow tak pe, coz update masing-masing dapat dilihat dari ping di GPK. dengan rendah diri dan rendah hati, mengundang tuan/puan ke blog saya. tinggal2kan lag jejak atau komen di mana-mana
http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/tebiat.html

zul a.k.a sam banjamin
(pengasas gerila penulisan kreatif

hucsna-B.K said...

wa 6 kali dah derma darah? great!! gud 2 hear dat. yup,, will visit ur website after this.
For ur information, our university currently organising blood donation campaign under PRS society and I would like 2 invite for those who are interested to join it =)

BTW thanks for visiting my blog. =)
Appreciate =)

Ikan_Pari@@ said...

saye memerlukan lutut baru. ade sesape sudi derma?

hucsna-B.K said...

pon boley parii.. g pinjam lutut sos.. aha