Monday, August 6, 2012

Blog BK dalam Apa Kata Wanita, TV1 TV2 =)

Salam
Semalam dengan rasa rendah dirinya blog aku telah masuk dalam rancangan Apa Kata Wanita, TV1 dalam segmen blog pilihan. Aku pun macam tak sangka la pula sebab blog-blog terpencil aku ni boleh terpilih. Aha. Entah ada orang baca ke tidak aku main tulis je. Kalau ada tu Alhamdulillah lah.


Btw, semalam aku agak happy, tipulah aku tak happy. Kadang-kadang ada juga rasa puas dengan apa yang aku buat ni walaupun tak sebesar blog lain, tapi bila dah tengok hasil tersiar dekat TV, and tengok parents aku happy semalam, aku rasa best. Mungkin sekarang aku tak mampu lagi beri dalam bentuk wang, dan mungkin ini adalah salah satu cara aku nak buat parents aku tersenyum begitu juga dengan family and rakan-rakan aku dan sesiapa yang sokong aku walaupun mungkin ada separuh yang aku macam tak beberapa kenal sangat dekat FB Page blog ni.


Al-Kisah bermula bila aku tengah sibuk-sibuk mengupdate blog, aku tengok siaran Apa Kata Wanita ni, so dekat situ ada segmen blog pilihan. So aku just hantar jela email dekat rancangan tu, Tup Tup seminggu lepas tu aku dapat email dari rancangan ni cakap aku terpilih untuk segmen Blog Pilihan tu.  Ada yang pernah bagitahu aku, mereka ada juga hantar tapi macam tak terpilih. So, mungkin orang kata rezeki bulan Ramadhan. Syukur Alhamdulillah lah . Rezeki Tuhan nak bagi. =) 


Btw, dalam review tu mereka juga telah meng'riview agak ramai jugala kawan-kawan aku yang aku telah uploaded untuk beberapa entry. Aha. Gambar-gambar tersebut adalah di antaranya. Mereka juga ada cakap " apa yang lebih menarik lagi apabila Husna sendiri telah membuat tutorial pakaian selendang dengan memuat turun gambar di blognya" macam tu lah lebih kurang dan selepas tu segedabak banyak gambar tutorial aku keluar.Aha


Mereka juga telah me'mentioned kan link blog di akhir siaran segmen ini. Sekali lagi terima kasih Apa Kata Wanita kerana sudi memilih blog saya untuk blog pilihan. 

p/s : Sebenarya aku ade record segmen ni, tapi aku macam rasa tak perlu je upload sebab ada background sound suara aku dalam tu. Aha. Btw, kalau ada sesiapa yang rasa nak tengok balik tu, tak silap aku ada siaran ulangan dekat TV2 hari Jumaat pukul 1pm. Kbai =)


TAMMAT








2 comments:

Unknown said...

Wah.. tahniah la .. blog masuk tibi .. heh! :)

hucsna-B.K said...

azuan: aha thank =)