Friday, January 14, 2011

apa!! pisang boleh hilangkan stress???betol!




Salam.
Anda mungkin mengalami tekanan akibat masalah di tempat kerja, masalah study or masalah dengan kredit handphone anda yang selalu habis, ???Ye, pisang adalah penyelesaiannya!!!

betul3.Sumber ini BK dapat dari buku Munie . Macamana BK boleh terbaca buku ni pun sebab time kelas(sorry Madam) BK duk sibuk tulis something dalam little diary BK, then ternampak diary Munie yang chantik dan terus belek-belek. Bagus betul diari tu sebab ada info info yang menarik yang mungkin boleh di kongsi pada semua.

Wid Munie. bleh la usha blog dia tekantekankibod.blogspot.com

Pisang.
Dilema pisang emas...

Menurut fakta dari diary yang BK baca tu , jom kita tengok kajian kajian yang membuktikan topik kita kali ini.

Berdasarkan kepada survey terbaru yang telah dijalankan oleh MIND(leh google sendiri la kan) terhadap pesakit tekana jiwa, kebanyakan mereka kembali pulih selepas makan pisang. wow.Subhanallah.hebat betul ciptaan Tuhan...

Secara asasnya, pisang mengandungi trypyophan , sejenis protein yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh kita yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood. (serius aku rasa aku macam pakar kesihatan HUKM sekarang,perghh, bangga cikgu bio aku)....Secara amnya membuatkan kita gembira.
Jadi kita kena faham-faham sendiri la kalau kita jumpa dengan orang yang suka senyum tu atau gembira semacam, mungkin dia makan pisang haritu.. tett...


Munie...thnx 4 da' diary .loik!!!
Selain itu(PMS):
Pisang juga boleh membantu masalah PMS anda.Vitamin B6 dalam pisang dapat meneutralkan paras glukosa dalam darah dimana boleh mengembalikan mood "mereka"semua.

Dan selain itu (SARAF)"
Vitamin B yang tinggi dapat membantu menenangkan sistem saraf.

Sebenarnya banyak lagi khasiat disabalik pisang ni tetapi BK highlight kan yang ini je sebab macam selalu terjadi kat kita.

Baiklah, itu saja deh.



TAMMAT...




No comments: