Tuesday, February 21, 2012

Dulu baca blog, sekarang kerja sekali =)


Salam.
Kalau dulunya BK hanya membaca blog serius ini. Itupun bila ramai member-member yang suggest kan tengok blog sebab dulu BK bukanlah pembaca blog tegar ataupun suka usha-usha blog orang sebab bagi BK, suka lagi menulis. Then, apabila BK tengok ramai pula orang yang bagi link-link dari blog serius kat BK ni, and tak kurang pula ada yang share link. Jadi lama-lama BK pun bacalah blog ini.


Ketika di interview oleh 1tube.my ~

Pertama kali BK baca bila kawan BK bagi link blog serius ini pasal kereta. Itupun sebab member BK tau yang BK minat kereta-kereta ini. Jadi, BK pun terus macam suka baca blog ni. Masa itu macam tak kenal pun lagi owner blog ni. Just baca blog sahaja.

Jadi dah lama-lama itu, BK pun jarang lah buka blog-blog dah. Tapi BK still dengar orang selalu cakap tentang blog serius ni. Sehinggalah start intern. Macam biasa , start introduce company. Then tiba-tibe CEO tanya, kenal obe tak?. Then, BK cakaplah tak kenal.Then another question. Baca blog serius tak? . Start dari itulah BK kenal obe and accidentally BK kerja sekali dengan dia.

Boleh dikatakan Obe ni memang kuat membaca. Masa BK di PWTC, bila cari paper yang BK beli pagi tu, rupanya Obe sedang pinjam, baca paper tu. See. kena berusaha kalau berjaya, kena rajin. I mean, kalau kita blogger, kita kena berusaha untuk mencari artikel-artikel yang berkualiti. Kena selalu membaca artikel-artikel.

Isteri Obe sempoi and peramah taw. Aha sukeyh =)

Ok papai

p/s Minta-mintalah obe tak baca entry ni. Huu

TAMMAT


Saturday, February 18, 2012

Love to look good but health is my priority~

Salam.
Ada pelbagai jenis ragam manusia untuk kelihatan baik di atas muka bumi ini. Ada yang suka fashionnya simple , ada yang suka bergaya classy, elegant, loose, cute-cute. Ada juga walaupun kaya tetapi hanya memakai T-shirt club ataupun T-shirt free. Itupun sebenarnya boleh dikategorikan sebagai fashion. Walau apapun jenis fashion, BK rasa dan percaya semua orang hendak kelihatan cantik, look good. Semua orang akan memandang ke cermin jika ada di hadapan kita. BK rasa tipulah kalau manusia ini tiada keinginan untuk look good. Dan kita pun sebenarnya memang patut kelihatan baik sebab Tuhan pun sukakan kecantikan.

Cantik tak semestinya kena perlu pakaian mahal-mahal, ber make up,dan sebagainya. Cantik cukuplah sekadar orang yang melihat sedap mata memandang. Orang yang tak ber make up pun boleh jadi lagi cantik dari yang bermake up, orang yang memakai pakaian yang serdahana atapun hanya memakai t-shirt free boleh jadi lagi lebih cantik dan kelihatan baik dari orang yang memakai pakaian branded. Yang penting sedap mata memandang. Sejuk family and bakal mertua tengok. Eh tetiba pulakkan masuk mertua pula kan.=)


Motivasi kepada diri sendri melalui gambar-gambar. Anda pun boleh buat =) Trylah, it works. Credit to photographer =)

Apa yang dimaksudkan dengan "sedap mata memandang"?
Setiap apa yang kita pakai sebenarnya menggambarkan tahap ilmu yang kita ada. Jadi, BK rasa kita semua kena masing-masing faham dan nilai diri kita sendiri. Lihat apa yang kita pakai. Sedap mata memandang dalam konteks ini ialah, bila orang lihat kita, orang akan berasa senang dan tidak timbul syakwasangka. Yang penting still berada atas landasan. Biarlah kita kelihatan biasa-biasa sahaja ataupun lagi bagus kita soal diri kita dahulu sebelum keluar tu.Contohnya, eh, pakaian aku ini sesuai tak, over sangat tak. Tanya pada diri sendiri dan tengok dekat cermin. Yang penting, kita soal diri kita dahulu.

Ok, berbalik pada topik di atas. Janganlah sebab kita nak kelihatan cantik, kita sanggup cucuk sana sini yang melanggar syariat agama. BK rasa better, kita cari aktiviti yang boleh menyihatkan badan. Jika anda sukan dancing, go for it. At least boleh keluarkan peluh. Jika suka jog, go for it. Bukan apa. Kadang-kadang BK lihat, ada yang ghairah untuk mengejar kecantikan tetapi kesihatan letak ke tepi. Walhal kesihatan adalah perkara yang paling diutamakan unless kalau kita dah ada penyakit dari kecil. Jadi mari kita sama-sama bersihat-sihat dan jangan lupa untuk sentiasa menjaga penampilan supaya kemas dan look good. Kesihatan yang disusuli dengan personaliti yang hebat akan terpancar pada wajah kita. Jadi , mari kita semua amalkan gaya hidup sihat sepanjang zaman =)

p/s Segala kenyataan hanyalah pendapat dari owner blog ini, terpulanglah untuk menilai kerana masing-masing mempunyai pendapat tersendiri . =)

K Papai

TAMMAT



Friday, February 17, 2012

Amanz Network kini Amanz Media Sdn.Bhd. Tahniah!!!


Salam.
Kerja semalam dapat satu berita yang gembira dan secara tidak langsung lebih semangat untuk terus berusaha dengan lebih keras. Berita ini disampaikan oleh CEO Amanz sendiri semalam time BK kerja. Amanz Network kini bertukar kepada Amanz Media Sdn.Bhd.!!! Semoga dengan kelahiran baru dan nama baru ini dapat menaikkan lagi nama Amanz dan tahniah juga kepada warga Amanz Media.! =)



Amanz Media merupakan News Portal/techcrunch yang mengutarakan article atau informasi terkini dunia IT/ICT dan uniknya ianya disampakain dalam Bahasa. Jadi memudahkan rakyat Malaysia/Indonesia/ Singapore mengaccess tentang gadget-gadget, browser, software/hardware terbaru dan sebagainya melalui Amanz Media.

Dengan adanya Amanz Media, mereka yang bukan dalam berlatar belakangkan bidang IT tetapi berminat untuk mengetahui informasi terkini dunia IT/ICT , Amanz Media adalah jawapannya kerana segalanya telah di translate kan dalam Bahasa dan menggunakan perkataan yang mudah difahami.


Agak-agak ada tak readers blog ini kat wall di atas~ =)

Di samping itu Amanz juga menawarkan perkhidmatan lain seperti advertising dan Amanz Media juga kini lebih giat menggunakan video sebagai salah satu medium untuk berkongsi maklumat terbaru tentang dunia IT/ICT supaya ianya lebih interactive dan secara langsung dapat menarik lebih ramai penonton instead of reading.

Yang lebih menarik, article di tulis oleh penulis-penulis yang beribawa dan popular di alam maya iaitu Aman (founder Amanz Media) dan obe( blogserius)

Sekali lagi, BK ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Amanz Media dan semoga terus success!!!

p/s

1. Kini anda boleh bersembang dengan Amanz Crew dengan lebih mudah di Amanz.my and click social reader.. At the bottom of the website.

2. And thanks kepada pembaca blog ini yang datang ke Amanz booth di PWTC baru-baru ini=) Appreciate.

3. Tidak lama lagi Amanz akan muncul dengan nur.my. And, apa yang lebih menggembirakan dan mengejutkan BK , CEO Amanz nak gunakan tutorial BK untuk dimuatkan dalam website terbaru Amanz Media iaitu nur.my. Thanks bos =) Nur.my dijangka akan di launch pada akhir bulan ini. Sama-sama kita natikan =)


K Papai

TAMMAT

Wednesday, February 15, 2012

invincible~

Salam.
Gambar ini diambil oleh seorang photographer yang beribawa dan ketika ini sedang sibuk meng shoot Super Model terkenal Amber Chia. Jeles mak nyah~


Untuk kali ini, BK lebih suka gambar yang bertemakan hitam putih supaya gambar nampak lebih classy. Katanyaaa...


Pemilihan kata "invincible" adalah berdasarkan mood BK yang sedang berkobar-kobar membuat satu projek bersama-sama dengan sokongan rakan-rakan. Tudung bawal menjadi pilihan bagi sesi photoshoot kali ini bagi menimbulkan flow-flow yang menarik.

Ok, papai

p/s segala statement adalah pendapat dari owner blog ini sahaja. Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri =)

TAMMAT




Monday, February 13, 2012

Sekerja bersama obe (blogserius) n nisa kay ~ under A.N=)

Salam.
Kalau dahulunya just usha-usha blog serius ini tanpa mengenali owner blog , and usha video-video nisa di 1tube. Sekarang dengan tiba-tiba BK dapat kerja sekali dengan mereka. Aha, tak sangka.




Mereka ini tersangat peramah dan BK rasa macam dah kenal lama dengan mereka. Wife obe pun tak kurang petahnya peramah and sangat happening!!!. Honestly, so far rasa senang sekali dengan mereka. Sempoi dan relax je=)


Ha, yang kacak pakai topi tu lah founder Amanz Network ~ hee

Aha, btw thanks bos belanja haritu. Hee =)


serius~


K Papai ~

TAMMAT


Setelah sekian lama~


Salam
Baru-baru ini, BK ditugaskan untuk mempromosikan company, jadi ia memerlukan BK untuk bercakap. Wa, sudah sekian lama tidak bercakap dengan orang ramai. Ingat masa secondary school dahulu, boleh dikatakan setiap pagi Isnin dan Rabu kena jadi mc. Isnin in Bahasa and Rabu English, bagi talks, jadi debater. Masa tu tiadalah kekok sangat macam baru-baru ini. Aiyak, sudah lama tak bercakap nih.


with mrs mean(obe-blog serius'wife) and nisa kay


Btw,seronok juga bila kerja kat luar ni instead of office. Hari Jumaat BK pergi naik LRT seorang and this is my first time naik LRT untuk pergi kerja since sebelum ini selalu pergi dengan member, thanks kepada housemate yang banyak membantu.

Hari Sabtu pula, BK putuskan untuk naik kereta since housemate-housemate lain tidak kerja, and BK rasa jalan ke stesen itu agak sunyi. So, macam agak bahaya jugalah kalau walk alone. Pergi pukul 7.30am sampai pukul 8am.

Tetapi balik, memang superb la, BK salah masuk jalan, dan BK sesat. Nak dekat dua jam jugalah BK lost. Sampai ke Sg Buloh tu. Tetapi nasib baik BK teringat pepatah , malu bertanya sesat jalan. Ececeh. Jadi BK pun berhenti di stesyen minyak. Stesyen minyak pertama tidak tahu, then BK berpindah ke stesyen seterusnya, dengan slumber BK tanya, nasib baiklah cashier itu tau jalan. Thanks brother cashier.

Btw, pengalaman kerja kali ini pastinya memberi memberi kenangan manis buat BK. Dengan warga kerja yang happening so jadi seronok bila nak buat kerja.

Kalau boleh, BK nak setiap hari rasa happy dan hargai setiap pengalaman yang BK dapat. Walaupun penat, tetapi ianya berbaloi. Btw, time dekat exhibition itu BK terjumpa dengan jiran BK. Tak sangka pula dia pun dah kerja. Wa, cepatnya kami membesar ~~~

K Papai

TAMMAT






Saturday, February 11, 2012

1 Tube founder


Salam

Salam.
Secara umumnya BK telah post tentang NEF dekat previous entry. Ok, basically pada yang masih belum tahu (Malaysian Association of Bumiputera ICT Industry and Entrepreneurs)exhibition , sila layari NEF.


Dari kiri, En. Rafil Ramli, radz wartawan the sun, nisa kay, ceo amanz n me ~

Jikalau anda mengikuti video-video tutorial BK, selalunya youtube dan 1tube akan menjadi medium untuk mengupload video-video tersebut. Dan menurut statistik kebanyakan views tutorial tersebut adalah dari 1Tube. Mungkin kerana ianya lebih mengfokuskan kepada viewers dari Malaysia.


Mungkin ada yang belum tahu apakah itu 1Tube, anda bolehlah melayari 1Tube.my untuk maklumat lebih lanjut.

Jadi, jika sebelum ini BK hanya upload video tanpa mengenali founder 1Tube ini, tetapi melalui Amanz, BK berpeluang berjumpa dengan founder website ini, Encik Rafil Ramli.

Jadi agak bagus juga, BK mengenali beliau kerana dapat mengetahui lebih lanjut tentang 1Tube ini as BK adalah 1 of the user yang menggunakan medium ini.

And jangan lupa datang ke PWTC hari ini(last)
K Papai

TAMMAT






Thursday, February 9, 2012

BLOGR.MY, aggregator terbaru dan hangat diperkatakan oleh para bloggers.


Salam.
Jika dahulu anda menggunakan facebook, twitter atau innit by nuffnang untuk ping link blog . Kini ada medium yang lebih mudah dan simple dimana anda boleh ping link blog anda iaitu di BLOGR.MY .

Blogr.my ini telah dicipta oleh seorang anak muda tempatan iaitu dari universiti BK bagi membantu para bloggers untuk ping blog anda or any new post di mana secara tidak langsung menambahkan lagi viewers blog dan seterusnya meningkatkan bilangan follower.

Antara keistimewaa pada aggregator terbaru ini ialah ianya dikendalikan dalam bahasa Melayu


Terdapat juga shoutbox di bawah untuk anda berkenalan dan berkongsi-kongsi pendapat dengan para bloggers yang lain/komuniti blogr.my.
And anda akan diberi point setiap kali anda memasuki website ini.

Jangan tidak tahu yang website ini juga telah masuk dalam salah satu entry di Amanz Network. =)

Bagaimana untuk ping?

Anda hanya perlu mendaftar dengan menggunakan account twitter anda dan kemudian anda boleh mula untuk ping link blog anda di situ.



Tekan ping di bahagian atas, then masukkan url blog anda, pilih kategori dan ping.

Jika tiada blog?

Boleh sahaja berkongsi link blog lain untuk dikongsi.



Jadi, apa tunggu lagi. Layarilah BLOGR.MY dan ping link blog anda sekarang!

p/s apa yang dibuat oleh developer/programmer ini sama sekali berbeza dari apa yang dia belajar. Hebat !

K Papai
TAMMAT


Update kegoje. 8/2/12,week 2~

Salam
Pagi breakfast dan menyiapkan mockup dan bakal diteruskan keesokan hari. Basically, harini BK dapat coklat Daim. Best tu. Lunch dengan akak office. Wah, best sekepala la akak. Then balik. Makan banyak harini. Nasi harini je makan dua kali plus domino's. No no Husna! Esok kena exercise and kurangkan makan.


untuk mengetahui lebih lanjut tentang gambar di atas sila klik di sini

Duk tengah relax-relax tadi tiba-tiba ada orang tanya tentang bf. Aiyak, ini merupakan satu soalan yang si owner blog ini kurang sikit nak menjawabnya. slumber , I ve no boyfriend, and I 'am not ready yet. Kalau kawan lelaki itu adalah. Tapi yang betul-betul rapat tiada. So, lepas ini harap tiada la lagi soalan-soalan macam ini muncul. I am just not ready. Tolonglah faham... =)

K Papai

TAMMAT

Wednesday, February 8, 2012

Pari-pari~


Salam.
Sekadar ingin berkongsi kes ragu-ragu BK tentang seorang jejaka Malaya ini. Amboi perahsia betul. Kalah bieber. Aha. Mula-mula BK kenal nama dia ini dekat twitter ke g+ tak silap. Bagi BK, rasa agak pelik . Sebab dia tak letak profile pic and nama pun bukan nama sebenar.(Macam artis pula). Tetapi BK tahu dia peramah orangnya sebab banyak jugalah dia comment-comment membina. Membinalah juga~Mungkin juga sebab BK tak banyak sangat kenal orang even dekat U.

BK rasa dia lahir bulan October tak pun bulan February kalau tengok cara comment la.
Guessin'


Pari pari sangat sinonim dengan hello kitty. Tak dapat dipisahkan bagai aur dengan tebing.
Jangan tak tahu, dulu owner blog ini pengumpul koleksi Helllo Kitty okeyh =)

Bukan apa si pari-pari ini pelik sikit, aha BK tak pernah jumpa tapi duk comment macam dah kenal dari tadika kemas. Jarang jumpa lelaki yang tak letak profile pic gambar sendiri ini. Kalau perempuan itu tidak hairanlah and I think you know why.

Apapun di harap si pari pari ini dapat mendedahkan identiti sebenar. Gambar misai pun jadilah. LOL.

K Papai

Plan 2012



Salam
Sekadar ingin berkongsi plan owner blog ini yang tak seberapa. Macam orang lain BK pun adalah sikit plan sepanjang 2012 ini. Dan ada yang sedang dijalankan. Harap kepada yang sudi baca entry dapat tolong sama-sama doakan BK supaya apa yang BK plan ini tercapai dan semuanya berjalan lancar =)


Sebenarnya BK buat plan ini awal-awal tahun dulu mengambil kira kewangan BK dan persekitaran. Rasanya u all punya plan lagi awesome kan.And pic di atas telah menjadi wallpaper lappy supaya BK sentiasa beringat.

BK harap semua berjaya dan mencapai kejayaan yang diingini. Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan~ lalala

Imaginasi atau gambaran tidak salah kerana ia merangsang kita untuk terus bersemangat dan mencapai apa yang diingini.=)

K Papai

TAMMAT



Tuesday, February 7, 2012

Sepetang bersama Dr. Hm Tuah~


Salam
Tanggal 4 February 2012 bertempat di PWTC. Dengan niat untuk mengetahui jalan ke sana kerana ada urusan Sabtu ini, BK dan housmate ke sana yang kebetulan ada pesta buku dan kami menggunakan voucer rm200 untuk membeli buku




Jalan punya jalan terjumpalah Dr. No worry Dr., saya beli dah buku motivasi Dr. =)

Basically BK tahu pasal Dr. ini dah agak lama juga la, since di bangku sekolah and kebetulan ada member BK pun ada koleksi dia. Secara keseluruhan, buku motivasi Dr. sangat santai and sangat sesuai bagi-bagi orang macam owner blog ini.

finished =)

Ok, jangan lupa membeli buku motivasi dari Dr. Hm Tuah and rasailah kelainannya dan jangan lupa ke PWTC hari Jumaat dan Sabtu ini dan marilah ramai-ramai lawati booth Amanz.network untuk maklumat lanjut tentang Amanz. BK akan ada di situ ~ =)

K Papai

TAMMAT



Monday, February 6, 2012

Kenapa nak kutuk diri sendiri?


Salam
Kutuk orang itu kita dah selalu dengar dan memang tak patulah kan nak kutuk orang. Siapa kita nak judge orang. Tapi kenapa nak kena kutuk diri sendiri?. Mengutuk diri sendiri sebenarnya menjadikan kamu insan yang tidak bersyukur dan manusia yang mengutuk diri sendiri sebenarnya merancang untuk gagal. Tidakkah kamu terfikir yang semua yang diciptakan itu semuanya dari sumber yang terbaik. Cuma tinggal kita sahaja lagi yang menentukan corak hidup kita.


Gambar untuk dijadikan sebagai motivasi kepada semua dan kepada owner blog sendiri. Walaupun tiada dslr, tetapi camera phone ini juga mampu memberi kejayaan tempat pertama. Siapa kata tidak boleh berjaya dengan benda murah?


BK rasa tidak patut apabila disebabkan kekurangan diri, kita mencari dan mempebesarkannya dan end up dengan sesuatu yang negatif. Mengutuk diri sendiri ibarat kamu tahu kekurangan tapi kamu tidak memperbaikinya. Sepatutnya, bila kita tahu kita lemah, kita kena bersyukur sebab kita sekurang-kurangnya sedar kita ada kelemahan dan tugas kita sebagai manusia haruslah berubah. Ya berubah! bukan kutuk diri sendiri! Faham? tak boleh itu ini, sampai bila?

Contoh, saya tak cantik, saya kulit gelap, saya memang tak pandai nak buat macamna, saya ni memang dilahirkan dalam keluarga miskin. Siapa kamu nak cakap macamtu?, berani nak kutuk diri sendiri lagi? . Sedar tak siapa yang ciptakan kamu? Sedar tak rezeki itu siapa yang bagi? Berani nak salahkan ibu bapa sebab kamu dilahirkan dari keluarga yang miskin?

Bak kata pepatah Steve jobs, lahir dalam kehidupan yang miskin bukan satu kesalahan, tetapi mati dalam kemiskinan adalah kesalahan diri sendiri.

Berubah! jangan jadikan kelemahan satu sebab anda tidak boleh berjaya, tidak kelihatan menawan, tidak boleh jadi jutawan. Helllooo??? Orang felda pun boleh jadi jutawan ok?(rasanya semua tahu siapa). Tidak mustahil kita pun boleh jadi jutawan semuanya bergantung kepada usaha doa dan tawakal. Perancangan Tuhan itu hebat dan Tuhan Maha Mengetahui setiap apa yang terjadi. Jadi usaha gigh untuk berjaya. Usaha gigih untuk jadi lebih baik. Lagi banyak kegagalan sebenarnya lebih banyak dan berganda lagi kejayaan yang kita akan dapat. Jangan takut gagal sebab kegagalan memberi kita kekuatan.

Ingat, mengutuk diri sendiri akan menghasilkan aura yang negatif dan seterusnya menjurus ke tindakan-tindakan yang negatif. Tak patut tak patut. Mungkin kamu tidak berjaya dalam sesuatu bidang, cuba dan cuba lagi, kalau tak boleh juga, cuba cari bidang yang menjadi minat kamu. Hidup ini lagi seronok dan lagi ekstrem jika kita suka mencuba dan selalu bereksperimen. Jadi berubah. Kita boleh! Yakin boleh! Jangan ada perkataan 'MALAS' dalam hidup. Kamu malas sebab kamu terlalu selesa dengan kehidupan sekarang dan kamu tidak mahu berfikir untuk kehidupan lagi baik. Kalau bukan untuk kamu, untuk generation kamu nanti.

Segala cadangan hanyalah pandangan dari owner blog ini. Terpulang kepada individu untuk berubah kerana masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk berjaya =)

K Papai.

TAMMAT



Sunday, February 5, 2012

Penjimatan semasa bekerja


Salam.

Harini bercerita tentang penjimatan semasa bekerja dimana BK pun sedang alaminya sekarang. Jadi berikut adalah apa yang BK cuba praktikkan dalam kehidupan BK. Maybe kebanyakan penjimatan ini banyak tertuju kepada perempuan.
Penjimatan adalah dari segi =


1. Makan
Ada beberapa tempat kerja yang diberi subsidi untuk makanan. Macam tempat BK bekerja, breakfast, lunch percuma. So, better kita makan benda yang telah disediakan dan elakkan pembaziran makan di tempat berbayar. So, kita dah dapat berjimat dari segi makanan.

2. Minyak
a) Pada waktu pagi BK rasa tak salah jika membuka tingkap semasa kita ke kerja kerana cuaca masih sejuk. Hal ini boleh mengurangkan pengunaan minyak.

b) Ok, let say pada waktu malam, kita lapar dan kita hendak membeli makanan melalui 'drive thru' . Apa kata sementara menunggu kereta di hadapan. Kita berhentikan enjin. Ini dapat mengurangkan penggunaan minyak kereta. Nampak macam tak masuk akal tapi itulah sebetulnya. Sedarkah kita yang kita boleh membazirkan minyak dengan jumlah yang kita tidak sangka-sangka sementara menuggu kereta di hadapan? Ataupun, lagi bagus pergi park kereta, then bungkus makanan.




3. Kurangkan sms, kurangkan call
Gunalah medium yang ada. Kalau kita dah ada internet, better kita guna sahaja internet untuk berinteraksi contoh ym, skype, fb, twitter ol else dari topup selalu yang kadang-kadang kita tidak sedar sebenarnya kita telah habiskan banyak duit untuk topup sahaja.

4. Alat solek
Make up sinonim dengan wanita. Waktu belajar dulu BK ada la juga beli barang make up sikit-sikit tapi sejak start bekerja ini. BK tak pakai make up sangat pun. Just moisturizer sebab duduk dalam aircond , kulit muka pun cepat kering.

5. Fixed account
Ataupun bagi istilah BK iaitu " put aside money". Means, bila kita dapat duit tu, kita simpan 10% or 20 % dekat tempat lain, dalam tabung ke. So, jangan guna duit itu unless bila ada benda yang betul-betul penting or kritikal.

6. Bijak membeli
Hendak membeli barang berjenama? Tiada masalah. Tapi kita perlu beli time sale yang turun sampai 50% or 70 % sahaja. Kita juga boleh beli time ada jualan gudang. Biarlah kita agak ketinggalan zaman dari segi berfesyen or tak up to date, ataupun tidak memiliki limited edition punya barangan, tapi bersyukurlah dengan diri anda kerana anda sebenarnya berjaya membantu dan mencipta masa hadapan yang cerah.

7. Sabar
Jika kita ingin berjimat. Kita haruslah mempunyai kesabaran yang tinggi. Kejayaan mengawal nafsu untuk shopping, nafsu makan sebenarnya kunci kejayaan pada masa hadapan.

Itu sahaja.
Segala tips-tips yang dinyatakan hanyalah pandangan dan apa yang diptaktikkan oleh owner blog ini. Terpulang kerana masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk berjimat cermat. Janji kita pandai uruskan wang sendiri

TAMMAT

=)


Promo Seminar " Kejayaan Kerjaya Anda"



Salam

Sudahkah anda mencipta nama dalam kerjaya anda atau mungkin anda baru melangkah dalam satu alaf baru iaitu alam pekerjaan?
Jika anda ingin penambahbaikan dalam hidup. BK suggestkan supaya marilah ramai-ramai sertai Seminar Kejayaan Kerja Anda". Yuran hanyalah RM 50. Apa salahnya laburkan sedikit wang untuk masa hadapan anda!

Segala maklumat lanjut boleh rujuk pada poster di bawah :




Jadi, tunggu apa lagi, sertailah sekarang dan rasailah kehebatan penyampaian di dalam seminar ini!!


TAMMAT

Saturday, February 4, 2012

pertama kali bercuti sebagai orang bekerja. Nak pergi kemana yep?



Salam.
Harini merupakan hari pertama BK bercuti sebagai seorang pekerja. Barulah rasa nikmatnya cuti ini. Sebelum ini BK tengok parents BK non-stop bekerja. And wonder kenapalah mereka selalu tidur awal. Rupanya supaya kita tidak mengantuk time kerja nanti dan BK sedar kehidupan bekerja bukanlah kehidupan seperti pelajar lagi.


Ahaaa

Btw, Malam tadi BK tengok movie dengan member tersayang. Cerita The Grey. Keseluruhan cerita quite ok tapi ending dia tergantung. Mungkin cerita ini boleh dikatakan more to friendship.

BK belajar satu benda dari kerja ini iaitu penjimatan. Untuk megetahui apakah penjimatan yang BK sedang praktikkan. Tunggu entry selanjutnya cuz BK nak breakfast dulu. Hee

K papai
Thanks sudi baca

=)
TAMMAT

3/2/12 update


Salam.
Then harini for the first time BK breakfast dengan officemate since breakfast lunch n even hi tea are provided. Hee. Word baru yang BK belajar dari my bos " kalau segan rugilah" and "kalau nak berjaya dalam business, kena banyak bertanya". Aha.


Member seangkatan yang internship juga sem ini~


Basically, harini hanya buat the last task which is mockup. Best juga. Munggu depan BK akan ke PWTC Jumaat and Sabtu, Amanz.Network ada membuka booth di sana. So jangan lupa untuk datang yep.

Hooyay. Cuti.

Selamat menyambut Maulidul Rasul and Happy Thaipusam.

K papai

TAMMAT




Friday, February 3, 2012

World Bloggers and Social Media Awards Media 2012 ! Please vote for Amanz Network!


Salam.

Hi everyone. Would you please help me to vote for Amanz Network. Amanz Network currently one of the nominees for World Bloggers and Social Media Awards Media 2012!!! .
It will take less than 5 minutes to vote!!!



Procedures

1. First you have to register at


2. Then please vote Amanz Network for


and


and


Thanks for those who wish to help. Appreciate =)

K papai


TAMMAT


Komen tentang pakaian Irma Hasmie~


Salam
Begitu susah nak update pasal artis ni, and harini dengan sengajanya BK mengupdate tentang artis tanah air iaitu Irma Hasmie. Blog ini semakin panas nampaknya. ~~~Huu. Al-maklumlah dah belajar networking. Hee


Komen tentang pakaian Irma. Sebenarnya Irma sangat cantik dengan busanah Muslimah ini. First time tengok, terus cakap chomelllnyeee Irmaaaa!.. Sedap mata memandang. Orang pun tak banyak cakap-cakap malahan BK rasa orang lebih suka tengok and memuji and even respect jika artis-artis berpakaian macamni. Artis lain yang menghadiri event ini BK no comment lah.

Diharap semoga Irma dapat mengekalkan pakaian yang sebegini or seangkatannya dengannya supaya dapat menjadi role model artis yang terbaik. And BK tak hairan jika lepas ini peminat Irma lagi ramai.

Eh,eh .. Ustaz Don macam sesuai dengan Irma kan?
Hee

K papai

Sambung kerja ~

TAMMAT


Kredit gambar

Update kegoje. 2/2/12,4th day~

Salam

Harini pagi dengan mata sepet pergi kerja. Wa, kerja tu. Wuu. Yeay. harini barulah nak mula-mula bermesra dengan warga office. Lunch dengan mereka. Topik pun haruslah pasal applications. Wa, lajunya diorang cakap pasal apps.


Mood sepoi sepoi bahasa~

Ades, dah harus sebenarnya beli lappy Apple satu.
Tadi siap 4 tasks and tinggal lagi satu task je lagi. Oh, common Husna! Mockup review -review sikit tadi after siap kerja. Then balik. Pergi jog dengan housemate. Then minum dekat upten kejap. Malam, keluar makan dengan classmate.
Haih, Rindu pula zaman belajar.~

K papai
Thanks sudi baca update ini.
Update internship
TAMMAT



Thursday, February 2, 2012

2nd&3rd days~



Salam.

Agak kelewatan update internship. =)


Second day(Tuesday)
Basically, start dengan buat flowchart for bysellads and the diff between Nff and other competitors. Macam biasa pagi pergi kerja, then lunch dengan housemate dekat Upten, then continue kerja then balik. On duty for cleaning actv at the end. Lol. Ok, then, balik then pergi jog dekat stadium. Balik rumah. Malam, pergi dinner with my senior.


Third day. (Wednesday)
Continue flowchart and present diff between those two to my supervisor, Mr. Tekong. Then lunch with my housemate. Then continue with my work. Then ada satu game ni, best called Color Magic. I wish I have one. Then balik. For God's sake, after Maghrib terus tertido and now like tak boleh tidur dah. Huu.O btw, tadi Astro Awani ada datang office.And BK terpaksa berlakon cakap-cakap dengan bos. Huuu.... Tiba-tiba jadi pelakon kan.. Huu

p/s Thanks kepada yang sudi baca cuz entry ini just untuk update progress internship BK =)
K papai.

TAMMAT