Wednesday, March 7, 2012

Tips menurunkan berat badan dalam masa seminggu menerusi "Dukan Diet".Pasti Boleh!

Salam
Lebih mengejutkan apabila Kate Middleton juga mengamalkan Dukan diet ini. Mukanya tidak jatuh malah kelihatan segar bugar. Namun tahukah apa itu Dukan Diet?

Dukan diet ini sebenarnya telah dipopularkan oleh Dr. Pierre Dukan dari Perancis. Dukan Diet ini bukanlah sesuatu yang sukar kerana asas amalan yang di perlukan ialah "makan banyak protein , kurangkan karbohidrat" ataupun diet rendah karbohidrat dan yang lebih penting diet ini tidak memfokuskan kepada kalori.


Order air yang kurang gula
Sekadar gambar hiasan.

Mesti kita tertanya-tanya, betul ke ni boleh turunkan berat badan dalam seminggu je?
Ya , anda boleh!

Dukan Diet ini bukanlah sesuatu yang luar biasa di oversea. Caranya sangat mudah di mana kita hanya perlu mengurangkan pengambilan karbohidrat sesedikit yang mungkin ataupun gantikannya dengan sumber nutrisi yang lain. Misalnya, makanan seharian kita adalah nasi, kini anda perlu menghindarkan nasi dan gantikannya dengan sumber yang lebih baik iaitu protein. Contoh protein yang terbaik adalah putih telur, dada ayam, ikan dan sebagainya.

Selain itu, elakkan sumber makanan yang dipanggil FRUKTOS (buah- buahan yang kaya dengan gula) yang boleh membentuk lemak. Selain itu, gantikan dengan air kurang gula. Misalanya kita ke kedai makan, pastikan order air dan susuli lah order anda dengan air " kurang gula".

Kita kena sedar bahawa kandungan gula yang berlebihan dalam darah akan disimpan menjadi lemak sekiranya gula tersebut tidak diserap oleh tisu-tisu badan sebagai tenaga unless kita selalu bersenam. Ha, bahaya bukan?

Namun, jangan khuatir kerana kita juga berpeluang untuk makan makanan kesukaan kita pada 1 hari dalam seminggu yang dikenali sebagai "Cheat Day"

Cheat Day merupakan hari di mana anda berpeluang memakan apa sahaja makanan kesukaan anda ataupun makanan yang kita idam idamkan. Tetapi ingat SATU hari sahaja! So tetapkanlah dalam seminggu, satu hari sebagai Cheat Day kita. Makanlah nandos ke, pizza ke, tutti frutti ke asalkan dalam masa satu hari sahaja. Better ambil masa weekend sebab kita pastinya hendak keluar bersama dengan family dan rakan-rakan bukan?

Jangan khuatir dengan Cheat Day kerana makanan/minuman yang anda makan akan bertahan selama 24-48 jam sahaja dan seterusnya berat akan kembali normal.
Jangan terlalu memaksa jika anda kurang mampu untuk mengamalkan diet ini. Mungkin anda boleh start mengurangkan karbohidrat dan BK percaya lama-kelamaan kita akan terbiasa untuk makan tanpa nasi misalnya. Biasakan diri berubah. Kata nak fit kan? =)

Setakat ini, apa yang BK dapati, pengamal diet ini mampu mengurangkan berat badan mereka sekurang kurangnya 2 kilo dalam seminggu dengan displin dan boleh mencapai sebanyak 5 kilo jika melakukan senaman ringan. Tidak mustahil bukan?. Kalau kita semua tengok rancangan Biggest Looser, mereka pun mampu menurunkan sehingga berbelas-belas pound dalam seminggu. Why not kita kan?

Atkins diet/Dukan Diet ini BK rasa diet yang tidak memerlukan kos dan BK rasa semua mampu membuatnya asalkan mempunyai intention yang tinggi untuk mengurangkan berat badan dan jangan terkejut mungkin peminat anda bertambah ramai =P

Ok, sekian,
Selamat mencuba

Sumber

TAMMAT

4 comments:

Sam Banjamin said...

hmm... saya amalkan minum air suam... berjoging... dan ke gym.... alhamdulillah... badan tak la turun tak la naik... maintain dan makin bertenaga... (fit)...

jom kunjung blog saya. harap ade hubungan dua hala dari gang-gang gerila penulisan kreatif ni... tak follow tak pe, coz update masing-masing dapat dilihat dari ping di GPK. dengan rendah diri dan rendah hati, mengundang tuan/puan ke blog saya. tinggal2kan lag jejak atau komen di mana-mana

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/kejiranan-ku-yang-sesak-sesak.html

zul a.k.a sam banjamin
(pengasas gerila penulisan kreatif

:: nia rashid :: said...

so far....Cheat Day i mcm hari2 jekk! aiyohhhh...but this is interesting, the Dukan Diet. will read more about it. thanks for sharing dear! :)

hucsna-B.K said...

sam.. aha gud then =)
nia.. aha..lol.. dun 4get 2 try=) hee

Hazwan Hafiz said...

wah ! Tips yang menarik !