Tuesday, March 13, 2012

Khasiat tali pusat manusia

Salam

Dengan menggunakan tali pusat manusia, seorang wanita yang lumpuh selama 20 tahun kini kembali boleh berjalan seperti biasa setelah menjalani operation pemidahan stem. Perkara ini telah berlaku di Korea dan mulai dari itu, keupayaan sel stem yang selama ini tiada fungsi dan kemudiannya dibuang selepas bayi dilahirkan kini menjadi bahan bualan yang hangat diperkatakan di negara K Pop tersebut.


Jika entry sebelum ini BK ada post tentang derma darah, namun sekarang ini BK nak bercerita mengenai derma darah dari tali pusat pula / sel stem.
Sel yang diperoleh dari darah tali pusat bayi ini mula mendapat perhatian lebih kurang 20 tahun yang lalu dimana sel stem ini sangat membantu orang dewasa yang mengalami masalah kesihatan seperti kanser darah dan juga penyakit membabitkan darah like talasemia(blood disorder)

Sel stem ini boleh disimpan, dan sebenarnya proses ini tidak mahal jika hendak dibandingkan dengan fungsinya. Pusat Darah Negara di Malaysia telah menubuhkan Bank Darah Tali Pusat pada 2002 di mana menyimpan darah tali pusat untuk kegunaan awam. StemLife Bhd iaitu bank darah swasta turut menawarkan perkhidmatan ini.

Sel stem ini merupakan aset biologi yang mempunyai potensi untuk menyelamatkan nyawa atau melanjutkan nyawa seseorang jika ditimpa penyakit tertentu.Proses penyimpanan ini tidak menyakitkan dan tidak memberi risiko kepada ibu dan bayi.

Proses ini sebenarnya telah berlaku pada tahun 1988. Wa, time tu, BK pun tidak lahir lagi. Kemudian, lebih kurang 6000 proses pemindahan dilakukan dan kini sudah ramai yang tampil menyimpan darah tali pusat dalam pusat-pusat yang menwarkan perkhidmatan itu.

Walaubagaimanapun, orang dewasa juga mempunyai sel stem ini di mana ia terletak dalam sum-sum tulang. Namun, sel darah/stem ini lebih diterima badan selain risiko penolakan oleh badan juga lebih rendah kerana sel stem dalam tali pusat lebih segar tetapi ini tidak bermakna sel stem daripada sum-sum tulang ini tidak berkhasiat/ tak bernilai.

Proses mengumpul sel stem darah pada tali pusat bayi hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Masanya adalah ketika selepas si ibu melahirkan anak samada secara normal ataupun melalui pemedahan, sel stem yang berada dalam tali pusat akan dikumpulkan untuk dihantar ke lab untuk diproses dan disimpan.

StemLife kini memberi tumpuan kepada teknologi sel stem serta membolehkan penjagaan hematalogi(satu cabang ilmu kesihatan yang biasanya mempelajari darah, organ pembentuk darah dan penyakitnya) berkualiti tinggi, kos yang affordable.


Mari kita lihat sedikit fakta tentang Sel Stem ini. Tak silap time high school dulu ada juga belajar pasal sel stem ni kan? Aha


FAKTA: Sel stem

Sel paling bernilai kerana mempunyai pelbagai khasiat kesihatan penting, didapati pada tali pusat.
Boleh merangsang pembentukan sel lain seperti sel darah merah yang berfungsi mengangkut oksigen, sel darah putih (melawan jangkitan) dan platelet (membantu dalam pembekuan darah)

Digunakan untuk menyembuh lebih daripada 70 jenis penyakit darah dan senarai itu terus meningkat setiap tahun.


Kebaikan dan kegunaan sel stem

Pemindahan sel stem merawat penyakit seperti:

- kanser darah (leukimia dan limfoma)
- Penyakit darah yang diwarisi (thalassemia dan anemia sel sabit)
- penyakit metabolik
- penyakit kelemahan sistem keimunan
- penyakit jantung
- kecederaan saraf tunjang

Sel-sel stem juga digunakan dalam proses pemulihan rawatan kanser. Keputusan yang positif diperoleh dalam penyelidikan penyakit seperti:

- Alzheimer
- kencing manis
- Parkinson.

Sumber

Sekian

TAMMAT

2 comments:

Ikan_Pari@@ said...

aik macam mane nak gune? rebus dulu ke?

hucsna-B.K said...

pff.. bknlahh.. die kuarkan drh dlm tali pusat tuu.. kat drh tu ade sel stemm