Friday, March 9, 2012

Perkara yang wanita tidak tahu tentang badan mereka

Salam.
Ada perkara yang wanita masih tidak explore lagi tentang diri mereka. Perkara ini selalu kita buat tetapi mungkin kita tidak pernah terfikir kenapa ianya boleh berlaku.
Perkara tersebut ialah


1. Obsesi wanita terhadap kasut-kasut yang berwarna caramel sebenarnya adalah genetik.

Tahukah anda, gen yang membolehkan manusia untuk melihat warna merah hanya terdapat pada X chromosome? lelaki pula dilihat lebih cenderung mengalami mutasi(perubahan gen) yang boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk membezakan antara warna merah dan hijau. Namun, penyelidik baru-baru ini telah menemui bahawa kombinasi antara normal gen dengan salah satu X chromosome dan satu bermutasi(perubahan gen) di tempat yang lain yang mana berlaku terhadap 40percent di kalangan wanita?. Hal ini boleh meningkat keupayaan wanita untuk melihat spectrum yang lebih luas dalam kadar warna merah-oren. Saintis yang menyirakan penemuan mereka dalam "American Journal of Human Genetics" memberitahu bahawa jumlah perubahan ini terutamanya yang hanya memberi manfaat/memberi kelebihan kepada 1 gender sahaja adalah luar biasa dalam gen. Mereka berkata mungkin ia telah berkembang sejak dari zaman nenek moyang lagi di mana untuk membezakan antara pepijat dan dedaun.

2. Wanita mempunyai deria bau yang hebat berbanding lelaki.

Ini tidak boleh disangkal lagi. Kalau ada juga lelaki yang kata mereka mempunyai daya deria bau yang lebih baik, wanita sebenarnya lebih cekap mengesan bau menurut Pamela Dalton,PhD, dan penyelidik Monell Chemical Senses Center in Philaelphia. Menurut Dalton, wanita yang mempunyai anak mempunyai kebolehan luar biasa untuk mengesan bau walaupun bau tersebut di tahap yang paling rendah. Hebat bukan? Selepas sebulan membuat pendedahan ini, Dalton menyatakan bahawa wanita mampu untuk menghidu 1/1. 000th daripada kepekatan asal. Dalton mengesyaki bahawa perkara ini berlaku mungkin disebabkan hormon kerana pra remaja dan wanita selepas menopaus tidak menujukkan sensitif yang sama. Dalton juga menemui yang wanita mampu mengenalpasti (terutamanya pasangannnya) ketika tertekan hanya dengan menghidu bau T-shirt mereka. Wah, menarik bukan? Sila test dengan menggunakan T-shirt housemate anda jika tiba-tiba dia stress. Aha. Mungkin melalui pengesanan bau ini dapat memberi jawapan, mengapa wanita begitu bagus dalam menilai partner masing-masing. Tettt

3. Bila anda sakit, ya anda betul-betul sakit

Awal tahun ini, kajian telah dilakukan dan kajian menunjukkan wanita dan lelaki mengalami penyakit yang sama seperti cancer, problem dengan tulang belakang jankitan dan sebagainya. Wanita kelihatan lebih mengalami kesakitan tersebut. Para penyelidik daripada Stanford University membuat kesimpulan bahawa wanita akan merasa lebih sakit dari lelaki dan streotaip yang sukar dimana lelaki mungkin mengambil kira beberapa perbezaan atau penjelasan lain mempunyai kaitan dengan hormon. Kajian sebelum ini telah menunjukkan bahawa tahap ESTROGEN yang tinggi boleh mencetuskan ubat penahan sakit semula jadi untuk otak namun apabila tahap ESTROGEN turun semasa bahagaian tertentu kitaran haid atau selepas melahirkan anak, sistem akan dibuang. So wanita akan mempunyai tindak balas fizikal yang lebih teruk untuk apa-apa yang sedang mengalami apa-apa masalah/penyakit pada ketika itu.


4. Wanita biologically dibesarkan untuk menangis. Aha

Ok, yang ini BK suka. Sedarkah kita yang sebenarnya wanita dewasa menangis 5.3 kali dan lelaki dewasa sebanyak 1.4kali? So, lelaki jangan pertikaikan or cakap perempuan ini lemah sebab sudah terbukti bahawa perempuan semulajadi lebih beremosi sedikit tapi igat para wanita pun haruslah pandai mengawal emosi yep. Menangis telah terbukti mampu mengurangkan stress dan meningkatkan mood. Pasti ada segelintir yang akan assume ini adalah salah satu strategi para wanita yang inginkan sesuatu dari temannya namun tanggapan itu salah sama sekali yeh. Walaubagaimanapun, ada sebab lain yang membuatkan wanita "biologically"untuk mengeluarkan air mata. Pada tahap sel, kelenjar air mata anatomically berbeza dengan lelaki(ada kajian yang dijalankan memgatakan kelenjar tersebut lagi besar) dan itula seba kenapa wanita lebih banyak menangis kata William H. Frey ll, PhD, yang mana merupakan neuroscientist dan pengarang Crying The Mystery of Tears. Beliau menambah bahawa hormon PROLACTIN( hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar pituitari terletak dalam otak ) yang digunakan untuk lactation(rembesan susu dari mammary glands. ) juga diguna untuk mengawal pembentukan kelenjar pemedih mata dan membantu dalam pengeluaran air mata. Masuk sahaja 18 tahun, wanita mempunyai 50-60 percent lebih tinggi paras prolaktin dalam bloodstream berbanding lelaki.

Ada dua lagi perkara yang BK rasa kurang sesuai dibincangkan di sini. So, kalau nak tahu, tanya BK personal okeyh. Aha

OK

Sumber

TAMMAT







6 comments:

aizatshafiq said...

Ooooo..macam tu ye....
Baru la tau wanita ni macam mane.. ;)

Admin said...

suka lagu projek pistol wanita seluruh dunia

hucsna-B.K said...

aizat= uit .. aha.. thought prempuan yg 1st cmmnt.

phat
aha..me 2

Ikan_Pari@@ said...

hoh, kalau perempuan sakit lutut, memang sakit sungguh dari lelaki le ye?

hucsna-B.K said...

ye pariparisakura~ so jgn na merungut sgt2

xxxxh said...

tq for info ! :D