Friday, December 28, 2012

Kita merancang, Tuhan yang menentukan =)

Salam

Di akhir penutupan 2012 ni, eloklah BK muhasabah diri sikit tengok plan yang berjaya dan plan yang belum lagi. Inilah dinamakan Allah perancang terbaik.



Ok, kalau tengok bulan January hingga March, hanya satu je plan berjaya iaitu Start writing novel. Alhamdulillah la juga cuz bukan senang nak writing novel. Kena feeling-feeling tulis ayat jiwang sikit plus BK ni manala reti sangat nak sweet-sweet ni. Lolz. 

Another two tu, BK rasa BK kena hold dulu sebab time tu pun BK masih study lagi last sem last year. So, takpelah , kira halal time tu. Haha. Study nak kena makan banyak wey ditambah pula dengan makan ngan member, memang harapan jelah nak reduce, just masa puasa haritu je turun 6 kilo lepas tu, raya, ambik kau , kembali pada berat asal. So BK consider Reduce 5 kg tu belum berjaya lagi. Haha. Pasal serious modelling tu BK indent kan pada bulan July, sebab BK ada hadir photoshoot dengan Blue T Production untuk majalah baru.

Pada yang tak pasti apa yang produksi ni buat, diorang la pengeluar majalah ana muslim tu. Yang ma BK selalu beli time kecil, sekali dah besar terus dapat photoshoot dengan depa. Hambik kau.




Menghabiskan masa dengan budak ni... hee

So, untuk bulan April to Jun pula, pergi Umrah je tade rezeki lagi walaupun kursus haji dah pergi. Huuu, tapi tape, usaha tangga kejayaan. Insyallah, mimpi tu memang ada nak pergi sana and terus tinggal dekat Mecca, semoga Allah permudahkan. Sebenarnya, kalau bolehlah , BK nak kumpul duit and plan nak pergi buat umrah/haji before BK kahwin... Kalau ada jodoh nanti. Hee. Kalau ada. Kalauuu tawww...

Ok, untuk bulan July-Sept pula, hanya satu je BK dapat ke arah itu iaitu be positive thinker. Ha, yang lain belum tertunai untuk tahun ni.  Insyallah, Tuhan tu Maha Mengetahui, pasti ada hikmah aku belum dapat lagi capai pada bulan tersebut. Eh "aku' pula? ahaha. k . malas na padam



                                           Alhamdulillah =')


Pada Okt-December pula, satu yang tercapai iaitu membuat Master. InsyaAllah, bulan satu tahun depan BK start class. Alhamdulillah. Thanks Ya Allah. Sesungguhnya Kau Maha Memahami lagi Penyayang ='). Azam yang lain tu masih lagi dalam perancangan, cuma BK kena lagi berusaha kumpul duit untuk kegunaan family BK sebagai membalas budi mereka yang selalu support and always be there whenever BK rasa down especially my Parents. =') Thanks Allah sebab bagi family yang sangat memahami dan penyayang =')


BK juga nak ucapkan terima kasih pada semua family, member-member, and saudara mara yang very supportive, sentiasa beri kata semangat yang mungkin dalam keadaan sedar atau tidak sedar sepanjang tahun 2012 ni. Honestly, BK ingat setiap orang yang selalu support BK. Kadang-kadang malam-malam sebelum nak tido, BK selalu fikir orang yang sentiasa ada bila BK needs someone to listen, terharu weyh seyes. Dan yang paling BK terharu bila Allah yang kita tak nampak ni rasa dekat sangat dengan BK bila BK nak mengadu.=') Tuhan tu Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Memahami. =') I Love Allah =') Thanks Allah.... =')



Back  to school. Hello UPM =) hee


------

p/s Untuk sebarang khidmat review/ pengiklanan produk mahupun event, sila hantarkan email anda ke lilhucsna@gmail.com. Harga berpatutan ditawarkan.

K bye. 

=')

TAMMAT






Wednesday, December 26, 2012

Meet Ahmad Zahid Hamidi, Defence Minister


Salam

BK berkesempatan menghadiri satu event di Royal Bintang baru-baru ini.

Bagi BK, Datuk Zahid ni boleh tahan juga ilmu pengetahuan dia tentang agama. Mukadimah dia pun, baca ayat fasih semua. Baguslah.




So, that time, BK  duduk depan dia. Kalau perasan dalam gambar tu, nampak tak phone nokia murah BK atas meja warna hitam tu.

Aha, tahu untuk apa tujuan phone BK tu? sebab nak record der. So that kalau ta sure, leh dengar balik.

Pengetahuan Am 
Menteri Pertahanan Malaysia ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi 

p/s Untuk sebarang khidmat review/ pengiklanan produk mahupun event, sila hantarkan email anda ke lilhucsna@gmail.com. Harga berpatutan ditawarkan.

TAMMAT

R Teyyy M

Salam
Ok, haritu  BK berkesempatan ke RTM untuk majlis konvokesyen kanak-kanak. Jadi, ni la first time BK pergi task sensorang. Cuak weyh.

Dengan muka slumbernya BK pun masuklah tanpa perasaan. Ok fine, semua muka gua tak kenal. Mujurlah, BK pernah pergi RTM before , so takdelah sesat nak pergi sana.



Jadi dekat sana BK duduk hujung sekali cuz kalau duduk depan nampak excited sangat pula sebab yang dapat scroll budak-budak bukan BK.. lolz 

Ok, masa tu teringatlah balik,  time tadika dulu. Pakai jubah ala-ala dapat degree gitu. haha.


Dengan DJ negeri.fm,(Radio Negeri.fm ada di RTM)  dia jadi juruacara untuk cousin BK dan sangat terhibur, dia cakap nogori kuat . aha

Apa yang paling menarik ialah bila diorang buat persembahan lakonan, happening gila. Rasa nak bab bab budak-budak tu. Kenapalah diorang chomel sangat!

Lepas terus balik office dengan perasaan gembira sebab rasa lebih excited for the next task. (ok ayat cliche).

ok

p/s Untuk sebarang khidmat review/ pengiklanan produk mahupun event, sila hantarkan email anda ke lilhucsna@gmail.com. Harga berpatutan ditawarkan.

TAMMAT




Tuesday, December 25, 2012

Berjaya buat ice cream goreng. Mari lihat resepi.

Salam

Hari ini BK nak kongsi cara-cara buat ice cream goreng. Ok, senang je sebenarnya. Tiba-tiba rasa tajuk tu macam excited pula, al maklumlah 1st time buat-buat jadi pulak.

Bahan-bahan
Roti, ice cream and minyak

Barang-barang
Kitchen roller
Cawan 
Kuali untuk menggoreng




1st, Baca bismillah

2nd, kempiskan 2 keping roti tu guna roller dengan seikhlas hati lenyekkan.
       (Ini bagi mengelakkan roti menyerap minyak sewaktu menggoreng nanti.)

3rd, Lapisan pertama letakkan ice cream di tengah-tengah.

4th, Then, tutup dengan lapisan kedua

5th, gripkan guna cawan. Ala, macam buat karipap tu.

6th, Next masukkan dalam freeze bagi dia keras

7th, Then bila na makan, baru keluarkan dan terus goreng.(barulah ice cream        
       tu still keras bila makan)

Siap!




Gorengs

Selamat Mencuba!

TAMMAT

Monday, December 24, 2012

Meet Mohamad Hj. Hassan, Menteri Besar N9

Salam

Masa awal-awal BK bekerja, BK berkesempatan berjumpa dengan menteri besar(MB) N. Sembilan. Masa tu dekat wisma negeri pergi dengan mentor a.k.a supervisor BK . 


After pc

Masa first dapat task, nervous la juga takut tersalah dengar ke apa, sebab kita kena dengar sebijik sebijik apa yang dicakap takut salah.

Masa tu, BK duduk dekat kerusi sebelah kiri mengadap Tok Mat. 

Then, masa balik tu supervisor BK telah memperkenalkan BK pada MB. 

MB N.S a.k.a Tok Mat ni bagi aku cara layan orang, macam layan seperti seorang ayah kepada anaknya which is baguslah.

Dia pun adalah tanya, belajar dekat mana before semua, terpalit jugalah nama Uniten masa berborak sekejap dengan dia.

Apapun best jugalah, dapat kenal dengan ramai orang. Semua macam support, and ada juga yang senior-senior yang lain bagi tunjuk ajar.

Pengetahuan Am - Nama MB N.Sembilan ialah Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hassan.

p/s Untuk sebarang khidmat review/ pengiklanan produk mahupun event, sila hantarkan email anda ke lilhucsna@gmail.com. Harga berpatutan ditawarkan.

TAMMAT

Sunday, December 23, 2012

Blog UzairOthman funky!

Salam

Baiklah, rasa dah lama sangat dah BK ta update blog ni, memandangkan kerja pun kena buat article juga, aha sampai blog sendiri pun macam invi je.


Uzair selepas shoot with Lisa


Ok harini, BK na update tentang satu blog yang rasanya sangat berguna for those yang rasa nak iklan or review product uolz. Ha, nampak first time kan BK review blog orang. 



Sebabnya BK rasa bersalah sangat dengan this blog owner, sebab terpaksa last minute cancel  shoot short video with lisa surihani.

So, BK harap dengan entry ni, sebagai tebus kesalahan BK. Yang penting owner blog ni masukTV ok dalam iklan Digi nanti with Lisa nanti. Ok, rasa sedih sikit ta dapat join. Aha



Btw, Blog ini merupakan blog seorang student dari ex U BK, dan banyak info-info berguna yang uolz boleh dapat dari kehidupan, pendidikan sehinggalah gajet terkini di pasaran.

Pendek kata all in one la. So, uolz takkan berasa rugi untuk melayari blog ini even BK sendiri selalu buka blog beliau, bukan stalk owner okeyh, hee, tapi untuk mendapatkan info berguna dalam blog tersebut.

Jadi kepada anda di luar sana, BK sarankan melayari blog ini dan sila follow beliau untuk sentiasa mengupdatekan diri dengan info terbaru yang berlaku di Malaysia mahupun di luar negara.

Owner blog ni pun rasanya selalu jugalah masuk paper and tv. So, rasa kalangan blogger pun ta perlu diperkenalkan lagi.

Yang penting Uzair ni pernah dijadikan sebagai default pic di twitter Pak Nil dimana PakNil telah letakkan gambar beliau bersama uzair baru-baru ini di acc twitternya. Kelas sangat okeyh. hee

Jadi jangan lupa melayari

                WWW.UZAIROTHMAN.COM

Tammat


Credit gambar

Uzair FB


Saturday, December 22, 2012

Hantaran "Truly Asia" yang ocem

Salam

Sempena musim cuti sekolah ni, tentunya ramai antara kalangan family kita yang buat kenduri kahwinkan?, ditambah pula dengan musim-musim buah-buahan yang tentunya sangat menggamit memori kepada peminat buah-buahan tempatan.

Apa kata, dalam kesibukan memikirkan buah-buahan apa yang sesuai untuk dijadikan hantaran, apa kata kita praktikkan buah-buahan di bawah bertepatan dengan musim buah-buahan sekarang ni.


Tadaaaaa!!!!


 Jimat dan menepati tema musim buah.Sekian,

Credit Himpunan Gambar Lawak

TAMMAT

Thursday, November 29, 2012

Alahai chomelnye

Salam 



Di China, Wu Conghan,101 dan isterinya Wu Sognshi, 103 yang telah berkahwin selama 88 tahun berpeluang untuk memperoleh gambar terbaru perkahwinan mereka dengan suit dan baju gaun yang berambu ramba. Sangat comelsz, dengan tade giginya.. Aha

Ni baru sweet =)

Kalau di Malaysia buat, confirm orang cakap buat tabiat. . .

Credit
Fun Rocks


TAMMAT

Tuesday, November 20, 2012

Beramah mesra dengan pelajar USIM

Salam

Aha, baru baru ini BK berpeluang membuat liputan tentang pelajar USIM melalui program SISPA iaitu program mencari dan menyelamat. 




Semasa mereka melakukan tempat mandi dan seterusnya



Tempat perlindunga mereka




Kalau mereka yang tidak tahu apa SISPA ni, ia merupakan satu unit Siswa Siswi Pertahanan Awam dan kebanyakan Universiti banyak menubuhkan unit ini.

Antara student USIM yang menyertai program ini.







Jadi, program mencari dan menyelamat ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam di Jeram Enggang. 






Untuk liputan ke Jeram ini, BK telah dibawa oleh dua orang Pegawai JPAM dengan menaiki kenderaan 4x4 yang sangat mencabar dengan jalan yang basah. Ke kiri ke kanan jugalah BK dalam tu,

Ok, enjoy




BK dah lama tak masuk hutan, sekali dapat task ni, terus excited sorang- sorang . Aha

TAMMAT









Monday, November 19, 2012

Shawl Tutorial Terbaru. B.K "Kemasnye" Style =)


Salam

Disebabkan ada yang meminta untuk membuat tutorial style pada profile pic pada fb BK sekarang ini, jadi untuk tidak menangguhkan-nangguhkan permintaan yang tentunya akan terbengkalai jika tidak terus dibuat,
jadi selepas BK pergi kenduri kahwin rumah member parents BK terus buat tutorial ni.



Senang, barulah dalam kepala ni tak berfikir, macam ada benda yang aku ta buat lagi ni??? Ha, tu la diri ini, selagi ada benda yang aku fikir macam tak buat lagi, mesti hidup aku tak tenteram. Aha, korang pun mesti selalu rasa benda yang sama kan3?? aha


K la, moga sikit sebanyak dapat membantu.


Selamat Mencuba

TAMMAT






Thursday, November 15, 2012

Teman se'sogo .

Salam

Mengimbau kembali zaman foundation di U, sangat seronok. Time tu bulan puasa and aku bersama teman yang lain iaitu Tasha and Mia ke sogo. Aha, kami berbuka dalam kereta dengan berbekalkan air soya.
and sampai sesat parking masuk shopping mall lain. xoxo


Tu dia, ada baju yang kami beli sama and merupakan kenangan terindah lah baju tu dengan statement dekat baju tersebut yang tak boleh bla.Aha


Ha, ni baju dia. Looney Tunes. ahah

K Da..

TAMMAT

Mari belajar tips post =)

Salam



Pahe dok?


Berchit chat pasal zaping untuk perform with kak dayah zaping and our leader noninz . Hee

Bye

TAMMAT

Monday, November 12, 2012

Video Strokkur Geyser di Iceland yang Super Awesome.

Salam
Strokkur Geyser ini dipendekkan cerita adalah campuran air dan wap yang akan membentuk letusan. Jom tengok video hebat ini



Strokkur adalah sebahagian daripada kawasan Haukadalur geothermal yang mana mempunyai geothermal yang lain seperti kolam lumpur, fumaroles, algal deposits  seperti Geysir. Strokkur ini berlaku selepas gempa bumi disekat saluran geysernya.

Strokkur ini ada kaitan dengan tekanan air yang ditolak ke bawah dan lebih banyak air akan mendidih seterusnya menjadi wap kemudian air da wap ini akan dipaksa keluar sehingga menjadi letusan yang superman.

Dah macam Geology dah aku ni. Aha

Lihatlah kekuasaan Tuhan.

Kredit
Youtube/Wiki

TAMMAT

Tips jimat minyak senang

Salam

Tentu kseringkali tension apabila banyak duit dihabiskan untuk mengisi perut kereta kita dengan minyak. Tanpa minyak siapalah kita untuk ke tempat kerja melainkan anda menaiki public transport atau mempunyai kuasa seperti Ultraman Max. Fuh sungguh tragis ayat aku. Baiklah tips penjimat minyak kali ini menerusi teknik yang di refer dari akhbar tempatan baru-baru ini dan pendapat tersendiri aku. Aha, terpulang nak ikut ke tak.

 So, dengan mudahnya tipsini  dari aku carilah stesen minyak yang murah dan banyak. Shell bagi aku agak berbaloi namun kalau kita terlebih kaya kita gunalah Petronas. Terpulang pada tahap kemampuan masing-masing.

    Kedua, bawalah kereta dengan mematuhi syarat yang ditetapkan. Kadang-kadang apa yang kita anggap buruk pada kita sebenarnya banyak memberi kebaikan. Contohnya, pemasangan AES. Lihatlah dari sudut positif, contohnya bila kita mengurangkan kadar kelajuan, dalam masa yang sama kita sebenarnya sedang mengurangkan penggunaan minyak selain dapat mengelakkan dari kemalangan jalanraya. Melainkan anda memang berniat untuk membahayakan diri sendiri dan melihat keluarga anda menangis.

   Pada pendapat aku, terpulang samada terima atau tak, pemasangan aes ni infact di luar negara sudah lama di praktikkan dan kelihatan masyarakat takde problem dengan pemasangan ini. Tahukah kita, Malaysia berada di tempat antara yang tertinggi  kemalangan jalanraya di dunia. ??? Ha, nampak tak. Jika kita ke Singapore, baru je nak masuk dah banyak syarat-syarat and undang-undang yang patut dipatuhi and masyrakat sudah terbiasa dengan undang-undang and they have no prob with it..

    Orait tips berikutnya adalah berpandukan akhbar tersebut

1. Minyak jangan di press terlalu kuat sebaik sahaja lampu isyarat bertukar hijau sebaliknya tekanlah slow slow dengan hati yang sabar lagi tenang,ok, ayat hujung tambah sendiri nak.

2. Bila dah nampak lampu isyarat oren nak ke merah tu, start lah brek kereta, jangan nak dekat sampai dekat traffic light break,


Kami pemandu berhemah, Tak percaya???
Tak percaya sudah. =)

Ingatlah lagi banyak tenaga diperlukan lagi banyak habis minyak, lagi banyak duit akan dikeluarkan,lagi banyak kena berusaha, lagi banyak  kena buat over time, lagi banyak stress, lagi banyak duit diperlukan untuk membeli ubat pening kepala, lagi banyak bebel'an dari suami/isteri sebab balik lambat overtime, lagi banyak kekurangan kasih syg untuk anak-anak, lagi cepat anda masuk kubur dan apa yang lebih menyedihkan kita tidak sempat bertaubat .

Okeuh

Sekian

Kenyataan hanyalah pendapat owner, terpulang samada mahu menerima atau tidak. Keep positive keep smiling yawl =)

Sekian, terima kasih

Kredit
Utusan






   

Sunday, October 28, 2012

Tips tak buncit

Salam
Disebabkan ramai antara kita yang selalu mencari tips untuk kurus, jadi harini aku nak kongsi tips untuk tidak buncit. Senang je sebenarnya. 

Pertama jangan makan bersulamkan air. Digalakkan minum selepas 15 minit or setengah jam selepas makan. Namun, jika kita tercekik, jangan teragak-agak untuk minum kerana jika anda tidak minum, kemungkinan besar anda akan berada di ICU. 

Lebih bagus minum air setengah jam or 1 hour sebelum makan, nanti tiadalah nafsu makan macam ikan buntal kelaparan


With zara, untuk kesan buncit menurun dengan lebih cepat, minta budak-budak untuk meloncat-loncat kegembiraan di atas perut tanpa rasa bersalah. Ok, jangan buat!

Yang kedua, banyakkan mengunyah kerana apabila kita mengunyah kita sebenarnya telah membantu perut untuk menghadamkan makanan. So, kita boleh bagi perut relax sedikit.  Sebab itu, sunnah Nabi kunyah makanan sebanyak 40 kali. Apabila kita mengunyah banyak, jadi selera kita akan kurang. Cuba untuk letakkan sudu sesudah kita menyuap makanan dan nikmatilah makanan itu.

Seterusnya, sebelum tidur, jangan lupa memberus gigi. Kenapa? Sebab pada waktu pagi, kita digalakkan terus minum air kosong. Apabila kita terus minum air kosong sebenarnya kita sedang mencuci perut kita dari toksin. Jadi the point untuk masalah buncit ini ialah permainan antara kita dengan air.

Kita juga boleh amalkan sit up untuk mengurangkan masalah buncit ini.

Sedikit tips kurus dengan cepat 

Lagi satu tips yang aku baca sebelum-sebelum ni, minuman caffeine tanpa gula mampu menurunkan berat badan 3 kali ganda dibandingkan dengan air biasa. Yang penting selepas minum kita terus buat kerja or exercise. 

Dan minum lah green tea but make sure without sugar okeyh sebab dia meninhkatkan kadar metabolism. So, selalulah pergi sushi king. =P 

And amalkan makan betik dan pisang kerana ia memudahkan penghadaman . Tryla dulu baru anda tahu. Jeng3


p/s Aku memang susah nak minum air 8 gelas sehari 

Sunday, October 21, 2012

The collections

Salam
Pastinya ramai antara kita semua mempunyai koleksi peribadi yang dikumpul dari kecil. Masih teringat dulu-dulu aku and my best friend nana adalah peminat fanatic Hello Kitty, siap kitaorang buat list dari pembalut hadiah yang ada gambar HK sampailah lampu-lampu bantal dan sebagainya. Namun yang pasti koleksi accessories adalah antaranya. Paling banyak bangle, pantang pergi mana-mana mesti nak kena beli bangle. Oh, girls. 



Ada separuh bagi kat orang lagipun bukannya pakai sangat pun, kumpul je lebih, dari semurah-murah hinggalah yang tak berapa mahal sampai berjuta-jutaan.




Selain itu, spec juga menjadi kesukaan aku untuk mengumpulnya. Just hiasan

Ada juga dari pemberian member. Niceee..



p/s =)

TAMMAT

Tuesday, October 16, 2012

Kecewa

Salam
Sebagaimana ramai jejaka kecewa dengan perkahwinan Siti dengan pasangannya, Lisa dengan pasangannya tak ketinggalan dengan aku yang kecewa dengan Chong Wei serta pasangannya. Ye, takpelah dah tiada jodoh. Aha, ok fine Chong Wei. Semoga berbahagia ke anak cucu.


Mula cerita pasal gosip dulu, aku dah kecewa habis dah and bila aku tengok gambar ni terus tawar hati ngan Choing Wei



p/s Ha, apa apapun Chong ei I tetap support you lah. Congrats Chong Wei!

Credit ANOVIA

TAMMAT

Thursday, October 11, 2012

Novel kita =)

Salam
Masa aku kecil dahulu, aku selalu berangan nak jadi pilot. Tapi berangan je lah. Last last member yang dapat. Argh jealous sekejap. Nasib baik dia lelaki kalau perempuan lagi bertambahlah jealous aku ni. Ok, tu nak habaq mai yang aku ni kuat berangan. Okeyh, sebenarnya cuti lama ni aku banyak duduk rumah menghabiskan baca novel. Sebenarnya aku ni bukan peminat novel di suatu ketika dulu, kira boleh kira dengan jari je bilangan .but lately aku tengok aku macam tiba-tiba minat pula nak baca novel. Novel yang baru-baru ini aku pinjam dari member aku nana telah membuatkan aku tiba-tiba minat pula nak membaca. Novel tersebut bertajuk "Takut Kahwin" . Ha, memang kenalah dengan aku cerita tu. Aha, takdelah kena sangat pun sebenarnya, best jugalah. Jadi minat membaca novel terbawa-bawa sampai mimpi kadang-kadang. Aigo. 



Kadang-kadang ada novel yang macam kena je dengan jiwa . Wah kelas. Aku pun sebenarnya tiadalah power sangat pun bab-bab cinta ni, tapi nak habaq mai, bagi aku kalau nak bercinta sekalipun, janganlah macam sayang lebih-lebih sangat takut terkecewa pon lebih. Baik macam 70% untuk diri 30% untuk cinta. Jangan bagi 100% . And lagi satu, jangan nampakkan sangat kita sayang dekat marka kita tu, nanti dia menggedik lebih. Better so-so je. Lainlah kalau dah kahwin. Tapi bagi aku dah kahwin pun tak bolehla nak bagi 100%. Mungkin ratio nye akan jadi 60 / 40 naik 10 % sikit je cause we never know our future yet. Taat tu taat lah tapi kena selalu beware. Even dah kahwin. Macam-macam boleh berlaku. Yang 60% tu lebih baik cinta dekat Tuhan, Nabi, Parents, family. Tu bagi akulah. Sebab aku ni takut juga tengok kes yang tak sepatutnya terjadi. Nanti duk sayang terlebih sangat, diri sendiri merana. Ha, anda pula bagaimana?




p/s Statement hanyalah pendapat owner blog ini sahaja. Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri.

TAMMAT

Monday, October 8, 2012

Aerobics classes

Salam
Tahniah pada akak sorang ni, dia turun 10 kilo. xoxo. Aku pun nak macam tu juga. Respect la. Baiklah disebabkan aku nak turun lima kilo, aku cuba la. Dua minggu cukup ke? Hurm, boleh rasa. Macam biasa aku telah menjoin kan diri aku ke kelas aerobic. Disebabkan ibu angkat yang handle so lebih mudah dan tiadalah segan sangat.  Lately aku rasa pernafasan aku lebih selesa dan bila nak buat something tu rasa ringan je badan. 

Masa aerobic aku banyak juga belajar teknik-teknik dan yang paling best all girls dan mostly yang join semua dah kahwin. So, aku kena bisakanlah mingle-mingle dengan akak-akak yang kelas gitu. Aww. Hee.


-5 kilo please!

Honestly, best la sebab aku pun memang minat benda-benda macam ni. Dancing banyak belajar tarian cha cha, tengo la and tarian melayu. Best. boleh hilang tension. Aku rasa kalau ada yang sedang stress putus cinta kat luar sana, kalau you guys join aerobic class mesti rasa lepas tension dan rasa diri begitu beharga. Aha..lol.. Tapi like seriously aku suggest join lah aktiviti-aktiviti sihat sebegini or tak pun pergi gym ke jog ke swimming ke or else even you aren t married yet. Muda-muda macamni aku rasa waktu yang bagus untuk sedar yang badan kita ni perlukan movement. Jadi jomlah join dimana class yang berdekatan dengan anda. Hee

So, basically, aku akan ke studio pukul 5.15 macamtu. Best best. 

Join! Aku pun minat zumba sebenarnya.

p/s Good luck pada adik-adik yang menduduki PMR

TAMMAT

Friday, September 28, 2012

Salam tak habis.

Salam
Harini ke tabika kemas Sg. Gadong tak silap depan sekolah Ampangan, Seremban tu untuk teman si budak kecik Haikal untuk pertandingan pelajar cemerlang peringkat negeri. Apa yang bestnya aku dapat tengok budak-budak cerdik pandai ni tiap-tiap orang punyai fe'el nya tersendiri. Tapi apa yang aku puji semua nampak tekun bila buat kerja. Bila di interview untuk setiap session mesti semua jawab dengan confident.  Sorang-sorang aku observe. 


Haikal sewaktu di interview


Ada one part student kena buat collage. So, one collage for two students. So, boy kebanyakannya akan ambil kerja menggunting dan yang girl pula mostly lebih intrested bahagian gam-gam ni. So apa yang aku nak simpulkan di sini, perempuan dilihat sangat details orangnya dan lelaki pula akan mengambil tanggungjawab more to technical stuff and sebab itulah aku rasa fitrah perempuan itu memang asalnya di dapur dan lelaki menukang. Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan? Ha..


Baju kuning mustard yang ringan dan simple dengan sedikit accessory untuk hari ini, =)

Ok. lah sebenarnya bukan itu intention entry ini. Aha. Sebenarnya aku pernah jugalah ada pengalaman di mana apabila salam kan, belum sempat aku nak cium tangan orang tu dah angkat/lepas tak kiralah pakcik-pakcik or makcik-makcik yang older than me. And masa aku pergi tadi pun, aku nampak benda yang sama terjadi. Sebab tu aku terasa nak tulis ni. Tadi aku nampak ada sorang girl ni salam tangan seorang makcik ni, tapi makcik tu tarik-tarik tangan bila girl ni nak cium tangan dia. Aku rasa ada antara korang juga alami benda ni, hurmm. Tapi selalunya bila dah second time jumpa orang yang sama, aku dah tahu dah ni untie ni tak perlu cium tangan.So, aku dah kenal pasti mana makcik yang patut aku cium tangan dan yang tak perlu.  Salam je macam salam dengan member-member tapi dengan senyuman dan hormat. Maybe aku rasa sebab " mereka" geli kalau ada orang cium tangan? or maybe sebab tak biasa? or maybe nak cepat?or maybe segan nak bagi orang salam tangan? or maybe  and maybe??? aha. Yang penting, kena bersangka baik ha sebab? Islam kan ajar supaya bersangka baik. Ha nampak? Indahnya Islam tu =)

Tapi, walau apapun aku tak kisah sebenarnya cuma curious juga apa yang diorang  rasa sebenarnya kalau kita nak cium tangan tu, tapi diorang macam tarik cepat-cepat tangan, apa rasa?. Maybe kalau ada yang membaca blog ni tahu sebab apa? mari lah kongsi. hee. K bai

p/s Cium tangan ibu bapa selalu, jadikan ia sebagai hobi.Target orang yang tak perlu dicium tangan agar hidung korang tak merah apabila ditepis. Aha. tett



TAMMAT

Thursday, September 27, 2012

Bersanding-sanding Part 2

Salam

Seperti yang telah dijanjikan, detik-detik sepupu yang kedua aku pula yang kahwin panggilan Tina ataupun kak Yong. 



Ketibaan




uolz nanti tolong make sure semua dapat lauk okeyh? Hee =p


merah tema




Kalau pergi je rumah diorang, mesti orang cakap  murah rezeki tuan rumah. Sangat best. Ok, berikut adalah gambar-gambar di sekitar majlis. 



Lauk pauks yang disediakan 


Aku lebih kurang ditugaskan untuk handle bahagian makanan pengantin. Best juga sekali sekala. Aha.



all the pak and mak saudara


ha, kenal tak? hee =P



Apa yang paling best, khemah dipasang dalam court tenis depan rumah mereka. Aha, best.




budak kecik


adik sepupu yang chomel


Kak Young



Ma and ayah


Kak Long




Aw, sweet =)



Apa-apapun aku happy kerana majlis berjalan dengan sempurna dan apa yang lebih best kami memasak beramai-ramai. Orang cakap erat silaturahim gitu. Nantikan perkahwinan sepupu seterusnya. Tett

p/s Anda bila lagi??? hee

TAMMAT