Wednesday, March 28, 2012

5 sebab anda tidak perlu membeli iPad terbaru

Salam.
Berikut merupakan sebab mengapa anda tidak perlu membeli iPad baru.






Sumber
Cnet



TAMMAT

Tuesday, March 27, 2012

Kita semua perlu kaya - Keserdahanaan dalam kekayaan.


Salam.
Tips kali ini berkisar tentang isu perlu kaya. BK pasti setiap di luar sana berniat untuk berjimat cermat, ingin mengumpul duit dan sebagainya untuk kaya. Tapi sering kali gagal berbuat demikian kerana mungkin perancangan yang sedikit kurang, dan tidak mampu mengawal nafsu untuk membeli. Jadi perkara ini kita harus sama-sama kendalikan dengan bijak agar kehidupan secara beserdahana dapat amalkan.


Berkongsi kegembiraan dan kekayaan untuk merapatkan silaturahim
Sekadar gambar hiasan

Kaya disini bukan untuk dimegah-megahkan, bukan untuk ditunjuk-tunjuk, dan jauh sekali untuk kita bersifat riak dan sombong, namun sebaliknya kekayaan kita perlu untuk membantu orang yang memerlukan, kita perlu kaya untuk memudahkan amal ibadat kita. Kita perlu kaya supaya kita tidak ditindas oleh orang lain or bangsa lain. Kita perlu kaya supaya kita tidak berminta-minta. Kita perlu kaya untuk membuat hati kita tenang kerana kita dapat menolong orang-prang yang susah-susah.
Kaya di sini juga membawa maksud cara menggunakan wang itu haruslah secara beserdahana, tidak terlalu boros kerana kita tidak akan pernah tahu bila duit kita akan habis kerana kadang-kadang duit berjuta-juta dalam sekelip mata sahaja boleh hilang.


Jadi banyak sebab untuk kita perlu kaya namun kita perlu kita ingat segala kekayaan yang kita cari dan perolehi bukanlah milik kita seorang, sebaliknya untuk dikongsi dan sebab yang paling besar ialah duit itu hanayalah pinjaman dari Tuhan semata. Kita tidak punyai apa-apa sebenarnya di dunia ini. Badan kita ini pun Tuhan pinjamkan. Jadi perlu adanya elemen sedar diri, muhasabah diri dan disebabakan semuanya dipinjam, tak guna kita bersifat angkuh, sombong berlagak, riak, takbur. Amalkan hidup keserdahanaan dalam kekayaan.

ps/ Segala statement hanyalah pendapat dari owner blog ini. Terpulang untuk menerima ataupun tidak kerana masing-masing punyai pendapat yang berbeza.

TAMMAT

Penggunaan Facebook di tempat kerja membuatkan pekerja gembira


Salam
Kini sudah banyak majikan sedar tentang penggunaan Facebook di office tidak membuang masa dan tidak membawa harm kepada prestasi pekerja. Begitu juga di office tempat BK intern ni, Facebook dan laman sosial lain tidak disekat. Kebanyakan majikan sedar bahawa pekerja bekerja kuat throughout the day.
Tak kurang, banyak pekerja yang bekerja lebih masa di office dan bekerja lebih di rumah. Jadi menerusi penggunaan laman sosial yang sedikit ini sangatlah adil antara pekerja dan majikanuntuk menggunakan facebook


Cuba bayangkan jika kita sepanjang hari membuat kerja mengadap pc sahaja. Tentu kita semua akan bosan. Sesetengah IT Managers percaya penggunaan Facebook di tempat kerja membuatkan pekerja gembira dan lebih kualiti dalam mengeluarkan output, reports Computerworld. Selain itu, kita secara tidak langsung dapat menambahkan pesaing melalui facebook.

Bagi pendapat BK sendiri, BK rasa penggunaan facebook di pejabat ini mempunyai pros and cons. Tetapi ia dilihat banayak kepada pros. Mengapa? sebab BK ini seorang yang tak suka buat satu kerja dalam satu masa. Jadi BK akan membuat 2,3 kerja dalam satu masa kerana bagi BK ia akan membuatkan otak BK berasa active. Biasanya BK akan letak ketepi tentang fokus kerana kadang-kadang fokus itu akan membuatkan kita tidak seronok untuk bekerja, hilang sifat ingin tahu, dan hilang tentang news tempat luar. Penggunaan facebook juga mampu menghilangkan perasaan mengantuk.

p/s . Kadang-kadang kita kena sedar bahawa dunia kini sudah berubah, dan penggunaan laman sosial seperti Facebook dan Twitter ini memberi banyak membawa manfaat kepada pekerja.

Sumber

TAMMAT




Friday, March 23, 2012

Youtube Malaysia Launch

Salam
Semalam BK berkesempatan untuk sama-sama mengikuti Youtube Malaysia Launch event yang berlangsung di Zebra Square, KL.


Cari-cari mana BK punya signature???


Hee.. here =)


Youtube Malaysia Country Manager, Google Malaysia and Zef Yusof =)

Terima kasih kepada Mr. Tekong sebab bawa ke sana. Event bermula pada pukul 5 petang ini untuk first session.


Goody bag =)




Norman KRU




As we know, youtube ini adalah online video sharing community yang terbesar di dunia. Disebabkan BK juga menggunakan youtube sebagai salah satu medium untuk meng'upload video tutorial BK, jadi BK pun hendak tahu juga bagaimana Youtube Malaysia ini beroperasi


Mizz Nina and them =)

Youtube Malaysia dapat membantu rakyat Malaysia untuk mencari content dan menyebarkannya ke seluruh dunia. Ini mungkin salah satu pilihan yang tepat untuk menyebarkan content dari negara kita sendiri.



wid penmerah owner


wid nisa kay, after event =)

Jadi, bagi yang suka upload video tu, apa kata kita guna Youtube Malaysia ini. =)

TAMMAT




Wednesday, March 21, 2012

Haram menonton konsert Lady Gaga- Mufti


Salam

Artikel yang dipetik menerusi Apesal.com mengenai konsert Lady Gaga. Menurut Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) , KH Kholil Ridwan menegaskanharam hukumnya untuk menyaksikan konsert penyanyi antarabangsa ini yang bakal berlangsung Jun 2012 ini.

"Tiket yang sudah dibeli harus dipulangkan segera kerana Lady Gaga boleh merosakkan moral umat Islam dengan membuka aurat", ujar KH Kholil Ridwan.


BK rasa senang cerita konsert Lagy Gaga tidak sepatutnya ada dekat dunia ini khususnya dekat negara-negara yang majoritinya Islam. Teringat BK bila Lady Gaga dalam satu temu bual di televisyen pernah mengutuk negara Malaysia, minta remaja Malaysia memberontak. Kisahnya bolehla rujuk di entry lepas.


Lihat? Senang-senang sahaja untuk mempengaruhi orang terutamanya remaja, mungkin dia ingat kita ini senang-senang ikut telunjuk orang kafir?. Ingat kita tiada otak?. Lihat, Malaysia pula menjadi sasaran kontroversinya. Buat konsert di negara kita, then nak kutuk . BK rasa better betulkan diri tu dahulu, baru betulkan orang lain. Mengapa? kerana bila kita buat benda yang betul, orang tidak akan mempertikaikan kita dan yang paling penting orang akan menghormati pendapat kita. Kalau minta buat benda-benda yang baik tu tidak mengapa. Tapi agak-agaklah nak ajar remaja kita benda tak betul. BK rasa agak silaplah kalau nak ajak remaja kita buat benda tak betul. Remaja kita ini berakal bukan senang-senang nak ikut telunjuk kamu Gaga.


BK harap, lepas ini tidak perlulah artis sebegini untuk datang ke Malaysia or negara-negara lain yang bersetuju dengan pendapat BK ini.


p/s Maaf tiada gambar untuk kali ini kerana kalau letak, kita seakan-akan mempromosikan pula Gaga ini.


Segala statement di atas ialah hanya pendapat owner blog ini, terpulang kepada readers untuk menerima atau tidak kerana masing-masing punyai pendapat sendiri.


Bak kata ayah BK, jangan ambil mudah benda yang mengaitkan isu akidah ini . =)



Sumber

Apesal.com


TAMMAT




Tuesday, March 20, 2012

Siapakah pemain bola sepak terkaya di dunia kini?

Salam
Karier sebagai pemain bola sepak kini telah memberi pulangan yang besar kepada pemain. Semakin tinggi skill pemain semakin tinggi peluang untuk memperoleh habuan yang besar. Namun adakah anda tahu siapakah pemain yang berjaya mendapat habuan yang besar dalam karier ini.

Mari kita lihat ranking untuk tahun 2011/2012 berdasarkan Forbes Magazine. Setakat ini David Beckham, Thierry Henry atau Ronaldinho tidak bermain untuk top football clubs namun mereka masih mampu berada dalam top 10 footballer list. Walaupun bola sepak ini bukan permainan utama kegemaran BK (I'm more to basketball actually) namun BK berminat untuk mengetahui pemain manakah yang berjaya mendapat pulangan yang besar dalam karier ini. Mari sama-sama kita lihat.

==> 10
Kita mulakan dengan tangga ke 10 iaitu Samuel Eto'o

Pada tahun lepas, pemain ini telah memperoleh sebanyak -> $15 million dan beliau bermain untuk FC Anzhi Makhachkala. Pernah memenangi "African Player of the Year" award sebanyak 4 kali, beliau sekarang telah menambah Puma dan Ford dalam list sponsors. Bukan setakat itu, gaji pemain ini meningkat dalam Russian club sebanyak $29 million a year, for a 3 year deal , membuatkan beliau pemain yang dibayar paling tinngi dalam sejarah sukan ini. Pada 23/8, beliau bersetuju untuk bertukar ke Internazionale Milano dengan $38.9 million transfer fee.. Wa


==> 9

Pemain ke 9 pula jatuh kepada Frank Lampard

Setakat ini pemain ini telah memperoleh $17 million, pemain Chelsea Club. Penyumbang utama kepada beliau ialah dalam Chelsea's field dalam &11 million meletakkan beliau sebagai Britain's highest paid sportmen namun terdapat juga beberapa sokongan yang membuatkan pendapatannya agak besar.

==>8

Pemain yang jatuh ke tangga no 8 pula ialah Zlatan Ibrahimovic

Pendapatan pemain setakat ini ialah . $17 million dari AC Milan Club

Pendapatan beliau dalam Italian club masih mengekalkan beliau dalam senarai top 10 footballer dalam dunia .

==> 7

Pemain no 7 pula ialah Wayne Rooney.

Siapa yang tidak kenal dengan Rooney, pemain untuk Manchester United ini yang kini memperoleh sebanyak $20 million pendapatannya. Memandangkan sikapnya yang berani, beliau kembali memaki di hadapan camera West Ham. Beliau berbuat demikian sujurus selepas tamat &600,000 a year contract dengan coca cola. Sponsor beliau kini ialah Nike and Electronic Arts, dan bekerjasama dengan Old Trafford, untuk kira-kira $8million a year, dan akan berakhir sekurang-kuurangnya 5 tahun. BK pun nak main bola sepak juga lah macamni. Ahaha.


==> 6

Jatuh di tangga ke 6 ialah Thierry Henry.

'

Beliau berjaya memperoleh $21 million dan kini beliau menyertai New York Red Bulls Club. Selepas berpindah ke MLS pada tahun 2010 untuk bermain dalam New York Bulls, belia telah membeli suite di New York for almost $15 million(baik sedekah kan je duit tu kan? =) selain partnership with Gillette started during the late 2010. Ok, guys yang pakai Gillette tu, ingat u all punya shavers tu, Henry pun pakai juga okeyh.


==> 5

No 5 disandang oleh Ronaldinho.

Setakat ini pemain bagi club Flamengo ini telah meperoleh x=sebanyak $24 million. Beliau merupakan pemain terbaik di dunia selama 2 tahun dan sekarang selepas moving to his home country untuk bermain dalam Flamengo, beliau still dapat appreciation. Deal beliau dengan Brazillian club akan berakhir 2014 dan sokongan beliau sangat menakjubkan.

==>4

Pemain ke 4 dalam list disandang oleh Ricardo Kaka

Setakat ini beliau telah berjaya memperoleh sebanyak $25 million dan beliau merupakan pemain dari pasukan Real Madrid. To be franked, BK pun kurang sikit dengan pemain ini. Memperoleh contract dengan EA Games, menjual sebanyak 100 million units of the game FIFA 2011, kehadiran beliau untuk package cover dan gaji yang besar dari Real Madrid serta iklan-iklan yang beliau involve lately

==> 3

Top 3 pula dimulai dengan pemain Lionel Mess


Setakat ini beliau telah memperoleh $32 million dan pemain dari Barcelona Club. Dikenali sebagai "world's best playe" sekarang, Mess kini di sponsored by Konami, Audemars, Chery, AirEuropa, PepsiCo dan Adidas , semuanya dari big companies dimana mereka sponsor player yang hebat. Annual salary adalah sebanyak %16 million adds to the numbers. Sangat bertuah apabila di sponsor oleg big company tersebut, hope lepas ni pemain Malaysia pun akan ditaja oleh syarikat sebegini untuk meningkatkan taraf pemaian dalam world class.

==> 2

Siapa tidak kenal dengan Cristiano Ronaldo ini.

Setakat ini, pemain yang berkulit sawo matang ini berjaya memperoleh pendapatan sebanyak $38 million dan kini merupakan pemain Real Madrid Club. Dia berjaya memperoleh 3 million followers on Twitter dan 26 million fans on FB. Nama-nama seperti Nike. Armani, Coca Cola dan Castrol sudah sebati dengan beliau kerana beliau mempunyai rupa dan skills yang diperlukan untuk memporomote product company-company tersebut. Pendapatan beliau di Real Madrid tersangatlah tinggi dan beliau banyak scores untuk team tersebut dan beliau deserve it.

==> 1

The one and only, pemain favorite BK yang BK kenal sejak kecil, My uncle David Beckham. Dan tua pun still looks cool.

Pendapatan kini beliau ialah sebanyak $40 million dan bermain untuk Los Angeles Galaxy. Selepas deal beliau dengan Adidas, beliau telah menandatangani another deal dengan samsung dalam bulan 5 2011. Tak silap BK beliau pun lahir pada bulan 5, menjadi main figure untuk games company tersebut mungkin sebab tu beliau bersetuju untuk menerima offer tersebut. Beliau juga turut membuat iklan for top fashion companies dan pendapatan beliau adalah yang tertinggi dalam MLS sekarang. Untung Victoria. =)


Sumber

Forbes

Ok, sekian

TAMMAT


Friday, March 16, 2012

Rahsia untuk mengekalkan kesihatan yang baik di usia tua

Salam
Mengekalkan kesihatan yang baik sehingga di usia tua sangat diidam-idamkan oleh semua orang. Kita tidak perlu tunggu sehingga usia kita 30 baru kita hendak menjaga pemakanan. Kita sepatutnya menjaga kesihatan dari usia muda lagi. Supposed to la.


Dance... Sekadar gambar hiasan
Credit to photographer

Namun, jangan khuatir, pada mereka yang sudah berumur 30 ke atas. Di sini BK ingin kongsikan beberapa rahsia supaya anda semua dapat menjana kesihatan yang lebih baik. Walaupun umur BK belum mencecah 30, tetapi ingin BK kongsikan rahsia ini yang BK peroleh melalui pembacaan yang lalu.

Pertama kembalikan nostalgia zaman kanak-kanak atau remaja anda dengan mendengar lagu-lagu klasik kesukaan anda ketika itu. Menurut kajian, pesakit (any illness) yang berumur 40 an ke atas, dan apabila di mainkan lagu pada zaman-zaman mereka, dapat menenangkan jiwa dan mengurangkan sedikit penyakit yang dialami. So, kalau parents kita dalam kereta buka radio sinar.fm ke, biarkanlah mereka menderngarnya. At least dapat generate aura positive dalam badan mereka.

Kedua. Pastikan tangan kita bergerak. Maksudnya sentiasa memastikan diri kita busy.Contoh, seperti bercucuk tanam. Macam parents BK. Selepas mereka berdua retired. Mereka selalu gardening sama-sama, panjat bukit. Meaning to say aktiviti yang boleh keluarkan peluh.

Pastikan kaki kita selalu bergerak. Maksudnya di sini, dalam 1 hari tetapkanlah masa untuk kita berjalan/bersiar. Tidak boleh tidur sahaja ataupun duduk di atas sofa. Kena rajin sedikit untuk bergerak.

Pastikan asas badan anda kuat iaitu tulang. So, untuk memastikan tulang anda sentiasa kuat. Hendak atau tidak, anda perlu minum susu untuk membekalkan calcium kepada tulang dan mengelakkan dari berlakunya osteoporosis.

Pastikan hati sentiasa tenang. Jangan terlalu memikirkan yang bukan-bukan. Dan jangan fikir tentang anak-anak kerana kena ingat mereka semua sudah besar. Pandai-pandailah mereka jaga diri. Dan ingatlah, anda sudah buat yang terbaik untuk anak-anak anda. Sekarang, anda hanya perlu menenangkan diri, mungkin boleh melakukan perkara-perkara yang lebih mendekatkan diri kepada Tuhan.

Lakukan aktiviti kebajikan seperti masuk mana-mana badan NGO, menolong yang memerlukan bersama pasangan. BK percaya dengan aktiviti-aktiviti sebegini, akan membuatkan kita sentiasa bersyukur dan sekaligus dapat melahirkan aura positif dalam badan.

Buat aktiviti yang mungkin anda sibuk sebelum ini, dan tak sempat lakukannya ketika bekerja. Go to aerobic class ke, dancing class ke dan pelbagai lagi. Pastikan badan anda bergerak.

Sumber asal

TAMMAT



Trello, aplikasi mudah untuk student khususnya (Group work)

Salam
Sekarang ini, untuk intership, BK telah meggunakan app dimana telah di introduce oleh CEO Amanz.my. Thanks. Personally BK dapati aplikasi ini sangatlah berguna dan tiba-tiba terfikir, kalaulah ada apps ini time belajar dulu kan senang. Tak perlu guna email yang selalu redundant user.



Ok, basically Trello ini adalah satu app yang sesuai digunakan untuk group work dimana kita boleh assign task dan function Trello ini pun sangat mudah difahami dan very user friendly. Anda tidak perlu masa yang lama untuk belajar menggunakan apps ini. Just tekan-tekan je and for sure readers boleh terus faham. App ini sangat mudah dan sangat menarik dimana kita dapat memantau pergerakan or flow task kita and others. Simply register with your google account and you can start using it.

Function Add Board adalah utk assign board for different task. Melalui Card , anda boleh menambah team member untuk menyiapkan tugas tersebut.
Status task juga boleh diubah kepada doing dan apabila siap tukar statusnya kepada Done

Melalui app ini, kerja kita and the way we deliver the task akan lebih efficient dan on time selain dapat memantau pergerakan status task tersebut.

Selamat mencuba

Sumber asal


TAMMAT


Thursday, March 15, 2012

Si teruna Playboy =) "L"

Salam
Jika berjumpa dengan orang yang tidak ikhlas atau bahasa mudahnya si teruna "Playboy" ini , jangan risau sebaliknya jadikan ia sebagai pengalaman hidup supaya kita lebih berhati-hati pada masa akan datang. Kenapa bila sesorang perempuan sudah tahu yang lelaki yang bertakhta di hatinya itu seorang playboy tetapi tetap ingin juga bersama dengan mereka?. Kita sebagai wanita kena ingat yang si teruna "playboy" ini sangat susah untuk berubah sebab mereka sudah terbiasa dengan kelalakuan yang mempunyai teman wanita yang banyak. Jadi, usahlah berharap dan berkenalan dengan lelaki sebegini kerana ini akan membuatkan anda mengalami tahap kekecewaan yang tinggi. Bagi anda yang rasa ingin tahu bagaimana watak-watak si teruna "Playboy " , mari kita lihat dahulu punca mengapa lelaki boleh jadi seorang " Playboy".


Berjumpa setiap hari dengan orang baru (lelaki khusunya) yang berbeza memerlukan daya fikiran dan observation yang tinggi supaya kita tidak terjerat dengan species lelaki player ini.
Sekadar gambar hiasan
  1. Pertama, seronok didampingi. Pantang lelaki ini kalau dia keseorangan, pasti ada sahaja yang ingin dibuatkan teman. Lelaki seperti ini sebenarnya mencari masalah dengan dirinya sendiri kerana kelak "( they will look like a kid)
  2. Punca kedua ialah, persekitaran yang mendorong. Maksudnya, sudah terbiasa dengan rakan-rakan yang selalu bertukar-tukar pandangan tentang wanita dan mencabar antara satu sama lain.
  3. Tiada cinta. Ingatlah wahai kita yang bergelar wanita. Sebenarnya lelaki playboy ini boleh dikatakan sebagai selfish dan surprisingly mereka tidak pernah cinta dan hargai wanita-wanita di sekelilingnya.
  4. Punca ketiga ialah mungkin mereka ada masalah keluarga. BK dapati kebanyakan yang menjadi player ini selalunya ada masalah dengan keluarga. BK sure pembaca yang baca blog ini bukan player kan3??? . Ye, kadang-kadang anak tidak mendapat contoh yang terbaik di rumah seperti berlakunya perpecahan dalam rumah tangga dan sebagainya
  5. Punca seterusnya ialah mereka berasa hebat tetapi sebaliknya, bagi wanita yang arif, player ini hanya akan menjadi bahan gelak tawa si wanita dan rata-rata akan tersenyum melihat gelagat si player ini. Jadi, masih hendak jadi player juga kah? =)
  6. Tiada duit. Maka bila species ini tidak mempunyai wang, mereka akan mencari wanita dijadikan sebagai sumber pendapatan mereka. Jangan disebabkan sayang kan lelaki, kita sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk mereka atau bagi pinjam. So, wanita, tidak perlulah layan lelaki seperti ini cuz end up dia pasti akan tinggalkan kamu, dan kamu akan kecewa kerana memberi mereka wang tanpa ada balasan cinta dan penghargaan darinya. So, jangan membuang masa dengan si teruna playboy ini okeyh. BK perasan perkara ini dah selalu berlaku. Kesian jugalah kalau kita berjumpa dengan species ini, namun tidak mengapa, jadikan ia sebagai pengalaman.
  7. Punca yang terakhir ialah mereka tidak matang dan mempunyai ilmu yang tinggi. Sorry to say. Ya, si player ini rata-rata tidak mempunyai ilmu yang tinggi. Tidak kiralah lelaki player ini sudah berpangkat dato' atau professor sekalipun, jika mereka tidak mempunyai ilmu , memang agak sukar hendak berubah. Ilmu yang BK maksudkan ini ialah ilmu agama. So, lelaki seperti ini memanglah bukan calon yang sesuai untuk kita para wanita menjadikan lelaki seperti ini sebagai calon. Even umur sudah 40 lebih pun belum tentu lelaki itu matang kerana BK rasa lelaki agak lewat matang. BK sudah observe bermacam-macam ragam perangai si teruna 'playboy' ini. Terlalu ramai, dari peringkat umur belasan sehingglah yang sudah mencapai 50 + tahun. Rata-rata tersangatlah sweet talker. Sweet la sangat. Maaf tak berminat =)

Ingatlah wanita sekalian, jenis-jenis player ini

  1. Lelaki yang diam pun boleh jadi seorang player yang berjaya.Ha ini sangatlah menarik. Jangan tidak sangka lelaki diam ini boleh me'tackle wanita dengan hanya senyuman sahaja. So, wanita jangan mengelabah atau perasan sangat kerana si player jenis ini akan berbuat perkara yang sama dengan wanita-wanita lain yang diingininya.
  2. Lelaki yang bukan super duper handsome pun boleh jadi seorang player yang berjaya. Ha, bagaimana ? Melalui kata-kata yang yang sweet(ataupun kita boleh gelarkan mereka sweet talker). So, wanita, kalau jumpa dengan lelaki yang ayat berbunga-bunga ini. Kita sengeh je dekat mereka ini. Kalau susah sangat, cakap ngan dia" kau ni dah kenapa?" (ha. ganas tak?) hee.Jangan terkejut kerana lelaki seperti ini juga sangat pandai ambil hati orang tua dan pandai pula memujuk.
  3. Jenis lelaki yang ketiga haruslah lelaki yang mempunyai rupa yang menawan. Menawan di sini tidak semestinya muka handsome sebab kadang-kadang ada orang yang anggap muka bujur itu cool, tetapi tidak semua orang rasa sebegitu. Maksudnya di sini handsome di pandangan kita. Tetapi ingat, tidak semestinya lelaki yang ada muka itu semuanya player. Ada sesetengah yang ok. =)

Jadi, mari kita lihat , mengapa wanita still terjerat dalam kalangan lelaki species ini walaupun wanita sudah tahu lelaki tersebut penuh dengan keraguan.

  1. Yakin dapat ubah. Wanita itu yakin dapat merubah lelaki tersebut
  2. Yakin dah berubah. Akibat kata-kata manis si lelaki ini, wanita tersebut yakin si player ini sudah berubah tetapi hakikatnya ...

Ingatlah dan hati-hati kerana lelaki player sangat sukar untuk berubah. Even usia mereka semakin meningkat sekalipun, belum tentu mereka dapat mengubah habit mereka melainkan si player ini membuat perubahan dan timbul kesedaran dalam dirinya sendiri dan meningkatkan ilmunya. Kebiasaanya mereka agak sukar berubah dan sukar menerima nasihat dari orang sekeliling tentang habitnya.

Bagaimana nak megesan yang lelaki tersebut sesuai ke tidak untuk menjadi calon. Jom, kita lihat tipa-tips di bawah
  1. Si dia tidak pernah memberi phone dia kepada anda
  2. Sentiasa mencari alasan bila sudah terkantoi
  3. Gabra bila soalan demi soalan dikemukakan

So, jika ada antara salah satu.. We better stay away from them. Of course, we are nobody like we are not the one to judge, but we have to be aware before it's too late

Jangan jadi mangsa. Kalau jumpa lelaki seperti ini, just leave them =) It s better now or never kan . Jangan kecewakan diri sendiri, jangan sakitkan diri sendiri. Jangan risau, ramai lagi lelaki yang setia dan baik di luar sana =)

BK harap, dengan adanya article ini, para wanita termasuk diri BK sendiri lebih berhati-hati apabila ingin memulakan perhubungan. Janganlah seksa diri kita okeyh =) Kalau yang sudah ada timbul keraguan itu, tinggalkan sahaja. Ikhtiar dan berdoalah supaya kita dipertemukan dengan lelaki yang lebih baik, lebih setia, lebih elok rupa parasnya, lebih baik agamanya, lebih baik keturunannya. Yakinlah dengan Tuhan dan meminta-mintalah kita kepadaNya, mesti ada punya. =)

p/s segala statement di atas hanyalah berdasarkan observation owner blog ini dan melalui pembacaan demi pembacaan. Terpulang untuk menerima atau tidak kerana semua orang mempunyai pandangan masing-masing =)

TAMMAT



Bagaimana menghadapi orang yang terkena seizures?

Salam.
Agak terkejut jugalah bila melihat seorang lelaki terbaring di tengah jalan dalam keadaan hujan di U BK tadi. Kejadian berlaku ketika BK mahu menuju ke bagunan admin, dan tiba-tiba BK nampak ada orang dah terbaring di tengah-tengah jalan raya. Nasib baiklah ada student-student dan pekerja di situ yang lalu membantu. Menurut teman yang membawa pesakit itu, ketika sedang menunggang motosikal, dengan tiba-tiba pesakit yang duduk di bahagian pembonceng tidak sedarkan diri, namun bernasib baik kerana disedari oleh rakannya yang berada di hadapan dan cepat-cepat temannya menerkam badan. Namun pesakit terjatuh juga akhirnya. Pesakit kemudian di bawa ke bus stop berhampiran memandangkan hujan.

Semasa BK di bus stop tadi, kaki pesakit tiba-tiba berasa sangat berat apabila kakinya tiba-tiba terjatuh atas hujung kaki BK sehingga BK terpaksa mengalihkan kakinya menggunakan tangan even pesakit bertubuh agak kecil. Agak pelik bukan?

Jadi atas kesedaran ini, BK pun terus mencari maklumat tentang penyakit sawan ini. Nak tolong orang pun kena ada ilmu juga, tak boleh main redah je gerak pesakit sana sini, takut-takut jadi benda lain or lebih teruk lagi.

Mungkin anda ingin menyelamatkan pesakit sawan ini, tapi bagaimana caranya?.Pertama mari kita mengetahui apa itu sawan or dalam english epilepsy?

Sawan babi / kekejangan otak/ seizures(BI). Sawan adalah pergerakan seluruh anggota otot badan bersilang-silang mengeras dan melembut (generalised tonic clonic). Terdapat sawan yang melibatkan pergerakan satu bahagian badan sahaja seperti satu tangan satu kaki. Sawan yang berupa kejang kebiasaanya disertakan dengan pergerakan mata hitam ke atas atau ke tepi mata, lelehan air liur, terkencing dan terbuang air besar. Kadang-kadang, mulut atau hidung pesakit akan kelihatan kibiru-biruan (tanda tidak cukup oksigen).

Tempoh kekejangan boleh jadi dalam saat ke beberapa minit. Kemudian, pesakit akan tidur selama beberapa minit.

Terdapat juga sawan dari pelbagai jenis Petit atau Absence di mana pesakitnya tidak mengalami sebarang kekejangan otot dan mata tetapi mata mereka tiba-tiba memandang ke satu tempat selama beberapa saat atau minit tanpa badan, suara atau mata menunjukkan sebarang reaksi/respon kepada stimulasi(Staring into space without jehe eye nusckesrjing movements of the eye muscles)

Berikut adalah langkah-langkah dari Dr. Muna.

Bagaimana untuk mengesahkan anak atau jagaan anda mengalami sawan?

Cuba pegang anggota badan mereka contohnya tangan atau kaki, jika ia masih lagi mengejang dan mengeras semasa dipegang, maka itu adalah sawan. Ini berbeza dengan keadaan menggigil. Ramai juga ibu bapa yang tersilap menganggap menggigil adalah sawan. Kemudian simptom akan diikuti dengan simptom mata, air liur dan buang air kecil atau besar seperti yang saya terang di atas. Kemudian pesakit akan berasa mengantuk selama beberapa minit.

Apa yang boleh anda lakukan?

1. Jangan panik!

2. Terus menunggu di sebelah pesakit iaitu jangan tinggalkan pesakit walau seketika (jika hanya berduaan dengan pesakit).

3. Catatkan tempoh sawan dan perhatikan simptom-simptom di atas sama ada ia ada atau tidak.

4. Tidak perlu memegang pesakit. Cuma, perlu jauhkan pesakit daripada sebarang objek atau perabot keras. Dan mungkin boleh alihkan pesakit ke atas tilam atau alas yang lembut.

5. Jangan letakkan apa-apa barang ke dalam mulut pesakit.

6. Selepas sawan berhenti, segera letakkan pesakit di dalam keadaan mengereng supaya sebarang muntah atau lelehan air liur tidak menyebabkan pesakit tersedak atau tercekik.

recoveryposition

7. Kemudian, baru dapatkan bantuan daripada orang lain atau menelefon 999 atau 112 (telefon mudah alih). Semua sawan mesti dirujuk ke hospital dan bukannya ke klinik-klinik kecil.

8. Redakan sebarang demam panas dengan membasahkan (tepid sponging) badan mangsa supaya pesakit tidak mendapat sawan yang ke dua.

9. Jangan beri sebarang ubat demam melalui mulut semasa atau selepas sawan. Boleh gunakan ‘ubat punggung’ (suppositories).

10. Pemerhati sawan atau witness mesti hadir ke hospital supaya doktor dapat mengambil keterangan dengan teliti dan jelas.

Pencegahan

1. Setiap ibu bapa, guru atau penjaga mesti tahu sejarah kesihatan dan alergi anak atau jagaan mereka.

2. Kenal pasti sebarang faktor atau trigger yang boleh mencetuskan sawan seperti pemakanan, televisyen, komputer, kekurangan tidur, stres, keletihan atau penat dan yang paling biasa ialah demam panas.

3. Rawat segera keadaan demam panas. Pastikan anda menyimpan paracetamol suppositories (panadol per rectal) untuk keadaan kecemasan seperti sawan.

4. Penjaga harus lebih berhati-hati dan prihatin dengan anak-anak yang demam dan segera bertanyakan kepada ibu bapa sekiranya ada sebarang kes-kes yang istimewa seperti sawan.

Sumber asal

Bagaimana untuk menjadi lebih independence bersama BK=)

Salam
Menguruskan diri sendiri bukanlah sesuatu yang senang namun jika kita selalu amalkan, pasti ianya hanya dihujung jari. Mulakan dengan satu movement yang kecil, dari movement yang kecil itulah selalunya kita akan sentiasa meng'improvekan diri kita supaya ianya akan berkembang dan memotivasikan kita untuk terus berjaya. Apabila kita mulakan dari kecil-kecilan dan jika kita gagal, kehilangannya tidak begitu dirasakan/tidak memberi impak yang besar kepada semangat anda. Berikut adalah perkara-perkara yang BK rasa dan berpendapat on how to be more independences.

Duit
Pastikan pengurusan wang mantap. Seboleh-bolehnya put aside 10% dari gaji or elaun ke tepi. Lagi banyak percentages tu lagi bagus Macam buat fixed account gitu. Rasanya dekat previous post, BK ada mentioned pasal fixed account ni. Then, kalau duit minyak tu, bajetkan dalam sebulan berapa limit nak guna. Then duit nak bagi kat parents berapa. Kalau yang masih study, duit yang dapat tiap-tiapa bulan itu , gunakan formula yang sama. Contohnya dalam sebulan parents kita masukkan duit dalam rm500. Jadi simpan rm50 ke tepi. Then, bajet untuk makan tiap-tiap hari. Contohnya dalam sehari kita makan rm6 sehari. So, kita kalikan dengan jumlah hari dalam sebulan. Then simpanlah dalam rm50 untuk anda keluar dengan family/rakan-rakan. Untuk menjadi independence, kita juga perlulah bijak menguruskan wang kita sendiri.


Luangkan masa dengan rakan-rakan =)
credit to photographer

Hati
Mengawal diri sendiri. Even kita ada perasaan dekat seseorang pun. We have to control ourselves. Jangan terlalu mengikut hati. Fikir sedalam-dalamnya jika dan melalui kawalan ini kita mampu menjadikan lebih independence tanpa memerlukan sesiapa untuk jangka tempoh masa tertentu.


Masa
Uruskan masa anda sendiri. BK rasa, it s better for you to create your own schedule and constantly follow it. Bahagikan masa untuk anda membuat kerja, kerja yang mana perlu didahulukan dan pastikan dapat rehat yang secukupnya. Luangkanlah juga masa untuk diri sendiri dan yang paling penting masa untuk bersama Tuhan dan kita harus sentiasa mengingatiNya supaya kita menjadi insan yang bersyukur. Berdoalah kepadanya, minta pertolongonNya dan bergantunglah kepadaNya setelah kita berusaha.


Exercise
Untuk menjadi independence, kesihatan juga perlulah dititikberatkan. Apabila kita mempunyai kesihatan yang bagus, kita akan sentiasa berasa cergas untuk memulakan hari baru dan bersemangat untuk membuat kerja. Independence membuatkan anda menjaga kesihatan anda sendiri. Jangan menyusahkan orang sebaliknya carilah langkah-langkah pencegahan dari sebarang penyakit. Dan makanlah makanan yang berkhasiat iaitu makanan yang mampu memberi kebaikan kepada badan kita. Lagi satu, carilah sukan-sukan yang mampu mencabar diri anda seperti panjat gunung ke, bungee jumping ke. Trylah semua sukan ataupun buatlah sesuatu yang kita teringin sangat nak buat.

Bersosial
Luangkan masa bersama masyarakat, jiran-jiran, hangout dengan family, dengan rakan. Luangkanlah lebih masa/bergaullah dengan orang yang mempunyai pengetahuan yang luas dan yang think out of the box dan yang paling penting orang-orang yang boleh memberi nasihat yang baik kepada kita.



Cabar diri anda melakukan sesuatu yang anda belum pernah cuba tetapi anda teringinnn sangat nak cuba dan lihat result dia. Sekadar gambar hiasan =)
Alhamdulillah, menang tempat pertama dalam pertandingan photography walaupun baru pertama kali masuk pertandingan macamni, rezeki Tuhan bagi. =) Thanks God

Berfikir
Jadi leader untuk diri sendiri dimana kita mengarahkan diri kita untuk melakukan sesuatu kerja. Ini merupakan cara yang paling mustahak untuk menjadikan kita seorang yang mampu bergerak atas kaki sendiri.Berfikir untuk menjadi lebih baik di dunia seta akhirat adalah sesuatu yang sangat mustahak. Kita harus fikir bagaimana untuk menjadi yang terbaik terhadap ibu bapa, family, rakan-rakan, saudara mara, jiran-jiran dan yang paling penting menjadi hambaNya yang terbaik.

Kita kena ingat, bahawa untuk menjadi independence bukan bermaksud kita mengasingkan diri sendiri dari masyarakat, tetapi bagaimana kita membawa diri kita untuk bersosial dan menguruskan diri sendiri dengan me'minimize pertolongan atau kebergantungan yang banyak terhadap orang lain.

Segala kenyataan di atas hanyalah pendapat dan pandangan dari owner blog ini. Terpulang untuk menerima atau tidak kerana setiap orang mempunyai pendapat dan cara masing-masing. =)

TAMMAT