Sunday, August 5, 2012

Iftar at Ikan Bakar, Malacca

Salam
Kali ini aku berbuka dengan family dan destinasi adalah Crystal Bay Muara Ikan Bakar Alai  , sungguh panjang lebar. Kalau dulu ada jugalah makan kat Umbai, tapi abang aku kata kat sini lagi murah dan sedap walaupun destinasi nya agak ke dalam. 



Sesampainya di Melaka, ye let my brother drive, aku nak rehat pula duduk belakang like a boss. ahaha. Sebenarnya aku agak penat time ni sebab sebelum aku gerak , aku basuh kereta semua, check enjin minyak hitam. Dah boleh kerja part time mechanic sebenarnya aku ni. 


Ye, sebenarnya aku lagi suka basuh kereta sendiri, polish sendiri semua sendiri lah senang cerita sebab aku rasa lagi macam puas hati. Lagipun jimat kos dan jimat masa. Kalau pergi kedai aku rasa kadang-kadang tak bersih sangat, al maklumlah terlalu banyak kereta yang ingin di basuh .



So, sesampainya dekat tol Ayer Keroh, aku and family pergi lepak kejap dekat rumah abang sebelum bergerak. Bila bertolak dan  sampainya dekat sana, ya ampun sangat ramai umat manusia dekat sana, dan tak lupa banyak makanan sudah terhidang, aku fikir habis ke lauk banyak-banyak ni.Aha. Terasa suasana Ramadhan tu best, bila time berbuka je semua baca doa ramai-ramai, seronok seh. Cer try pergi sini


Haruslah bila makan ikan bakar ni kena dengan nasi lemaknya. aha, walaupun nasi lemak nampak kecil tapi bila dah ada lauk semua tu, confirm tak habis nasi tu. Percayalah



Last-last banyak yang bungkus bawa balik makan sahur. So, dah habis makan semua, aku ngan family lain jalan kejap dekat situ, tengok orang jual-jual sementara tunggu abang aku yang tengah beratur panjang untuk bayar. Aha, kesian abang aku.


So, time balik aku drive memandangkan abang aku macam dah letih sangat. Tapi kan kan kan, sebelum aku balik tu, aku sebenarnya telah membeli Lamborghini car model ni.Hee, aku dah lama dah nak idamkan beli model ni, tapi masa tengok dekat KL haritu harga dia sampai beratus-ratus, so aku simpan kan sekejap niat aku tu sesabar yang mungkin sehinggalah aku jumpa model ni dekat Melaka dengan harga yang berpatutan. Happy sekejap. boleh tambah collections.Abang aku pun sama beli model lambo juga tapi warna dark grey. aha. Masa balik tu, aku telah dipotong oleh kereta yang sangat menggugat sanubari, skyline tak silap aku, ta nampak sangat sebab dah malam kan , time tu dekat highway. Hai bunyi dia.  pffttt...


p/s : Time aku drive tu abang aku semua dah tidur, then aku layan lagu hindustan sensorang, masa aku drive tu, aku lihat bulan sangat cantik malam ni =)  Subhanallah..

Aku lepak sembahyang jamak and terawih kejap dekat rumah abang aku sebab aku ni insan yang banyak tak sempurna, then baru aku balik Jelebu, time balik Jelebu tu, ada sesuatu yang buat aku banyak berfikir sambil mendengar lagu klasik dolu-dolu. Tiba-tiba aku nak sedih sekejap. =' ..... Kbai. aha


TAMMAT






2 comments:

Mindbreaking said...

wah kerang rebus tu best!

hucsna-B.K said...

faiz: sila2 pergi crystal bay. hee