Tuesday, March 6, 2012

Jom cegah: Larangan menggunakan penghawa dingin sebaik menghidupkan kereta.

Salam
Segmen jom cegah kali ini berkisar tentang bahayanya memasang penghawa dingin sebaik sahaja menaiki kereta. Kita tentunya sudah terbiasa menaiki kereta dan terus memasang penghawa dingin bukan?. Sejak BK mengetahui larangan ini, BK sudah mula untuk membuka tingkap terlebih dahulu sebaik sahaja menaiki kereta. Mari kita lihat mengapa adanya larangan ini.

Berdasarkan kajian oleh pakar, dashboard, sofa, pewangi udara/perfume sebenarnya menghasilkan BENZENE(toksin). Benzene ini adalah bahan yang digunkan untuk membuat plastic, detergents, pesticides atau chemical yang lain. Pesticedes tu macam ridsect goodnight tak diganggu nyaaamukkk tu means spray yang digunakan untuk membunuh insect. Menurut kajian yang dilakukan pakar, BENZENE akan menjadi CARCINOGEN. Carcinogen ini adalah sejenis bahan, radionuclide ataupun bahan radiation yang boleh menyebabkan cancer. Kita sebenarnya terexpose oleh BENZENE apabila kita menghirup udara yang tercemar


Buka tingkap, dan biarlah udara dari dalam kereta keluar seketika =) Senang je
Sekadar gambar hiasan


Wah, dah macam zaman sekolah-sekolah balik pula belajar chemistry. Aha. Ok, Carcinogen inilah yang sangat bahaya dimana kita boleh kenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba barang plastic dalam kereta. Sungguh panjang lebar BK explain. Paham ke idok?

Ok, disebabkan inilah para pemandu terutamanya yang baru membeli kereta, better kita buka tingkap terlebih dahulu. Bagi udara dalam kereta keluar dahulu. Then, dalam 5-10 minit barulah meggunakan penghawa dingin.

Selain itu, CARCINOGEN akan menjadi racun bagi tulang dan ini boleh mengakibatkan anemia(low red blood cell count) dan mengurangkan sel darah putih (boleh mengakibatkan badan kita sukar melawan infection) . Dalam jangka masa panjang, kita akan terdedah kepada penyakit Leukemia selain punca keguguran.

Ingat BENZENE ini boleh membawa kepada keguguran. Jadi ingat rakan-rakan dan kaum wanita yang lain, BENZENE boleh membawa kesan buruk kepada kandungan anda.

Ok, kita lihat kadar yang dibenarkan bagi BENZENE dalam kehidupan seharian. Kadar yang dibenarkan hanyalah 50 mg/ kaki persegi. Semasa memparking kereta di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup, 400-800mg BENZENE akan terhasil. Wow, banyak bukan?

Jika dibiarkan di kawasan yang terdedah dengan tingkap tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap BENZENE akan meningkat sehingga 2000-4000, kira-kira 40 kali ganda tahap yang dibenarkan dan secara tidak sedar penumpang akan menyedut toksid secara berlebihan.

Jadi, pesanan untuk diri sendiri dan readers, jika anda parking di tempat yang terdedah dengan cahaya matahari, lebih lamalah anda kena membuka tingkap bagi membebaskan toksin tersebut. Better carilah tempat parking yang berbumbung kerana kadar benzene yang dikeluarkan agak rendah berbanding di tempat yang ter expose. Ingat BENZENE(toksin) atau udara yang tercemar ini sukar untuk dinyah toksinkan once kita sudah hirup.

Jadi, jom kita amalkan budaya membuka tingkap terlebih dahulu sejurus masuk ke dalam kereta.


Sumber asal

TAMMAT

2 comments:

Ikan_Pari@@ said...

kentot dalam kerete pon bahaye juge! pening!

hucsna-B.K said...

pon boley parisakurabebelz~lol