Thursday, March 15, 2012

Bagaimana untuk menjadi lebih independence bersama BK=)

Salam
Menguruskan diri sendiri bukanlah sesuatu yang senang namun jika kita selalu amalkan, pasti ianya hanya dihujung jari. Mulakan dengan satu movement yang kecil, dari movement yang kecil itulah selalunya kita akan sentiasa meng'improvekan diri kita supaya ianya akan berkembang dan memotivasikan kita untuk terus berjaya. Apabila kita mulakan dari kecil-kecilan dan jika kita gagal, kehilangannya tidak begitu dirasakan/tidak memberi impak yang besar kepada semangat anda. Berikut adalah perkara-perkara yang BK rasa dan berpendapat on how to be more independences.

Duit
Pastikan pengurusan wang mantap. Seboleh-bolehnya put aside 10% dari gaji or elaun ke tepi. Lagi banyak percentages tu lagi bagus Macam buat fixed account gitu. Rasanya dekat previous post, BK ada mentioned pasal fixed account ni. Then, kalau duit minyak tu, bajetkan dalam sebulan berapa limit nak guna. Then duit nak bagi kat parents berapa. Kalau yang masih study, duit yang dapat tiap-tiapa bulan itu , gunakan formula yang sama. Contohnya dalam sebulan parents kita masukkan duit dalam rm500. Jadi simpan rm50 ke tepi. Then, bajet untuk makan tiap-tiap hari. Contohnya dalam sehari kita makan rm6 sehari. So, kita kalikan dengan jumlah hari dalam sebulan. Then simpanlah dalam rm50 untuk anda keluar dengan family/rakan-rakan. Untuk menjadi independence, kita juga perlulah bijak menguruskan wang kita sendiri.


Luangkan masa dengan rakan-rakan =)
credit to photographer

Hati
Mengawal diri sendiri. Even kita ada perasaan dekat seseorang pun. We have to control ourselves. Jangan terlalu mengikut hati. Fikir sedalam-dalamnya jika dan melalui kawalan ini kita mampu menjadikan lebih independence tanpa memerlukan sesiapa untuk jangka tempoh masa tertentu.


Masa
Uruskan masa anda sendiri. BK rasa, it s better for you to create your own schedule and constantly follow it. Bahagikan masa untuk anda membuat kerja, kerja yang mana perlu didahulukan dan pastikan dapat rehat yang secukupnya. Luangkanlah juga masa untuk diri sendiri dan yang paling penting masa untuk bersama Tuhan dan kita harus sentiasa mengingatiNya supaya kita menjadi insan yang bersyukur. Berdoalah kepadanya, minta pertolongonNya dan bergantunglah kepadaNya setelah kita berusaha.


Exercise
Untuk menjadi independence, kesihatan juga perlulah dititikberatkan. Apabila kita mempunyai kesihatan yang bagus, kita akan sentiasa berasa cergas untuk memulakan hari baru dan bersemangat untuk membuat kerja. Independence membuatkan anda menjaga kesihatan anda sendiri. Jangan menyusahkan orang sebaliknya carilah langkah-langkah pencegahan dari sebarang penyakit. Dan makanlah makanan yang berkhasiat iaitu makanan yang mampu memberi kebaikan kepada badan kita. Lagi satu, carilah sukan-sukan yang mampu mencabar diri anda seperti panjat gunung ke, bungee jumping ke. Trylah semua sukan ataupun buatlah sesuatu yang kita teringin sangat nak buat.

Bersosial
Luangkan masa bersama masyarakat, jiran-jiran, hangout dengan family, dengan rakan. Luangkanlah lebih masa/bergaullah dengan orang yang mempunyai pengetahuan yang luas dan yang think out of the box dan yang paling penting orang-orang yang boleh memberi nasihat yang baik kepada kita.



Cabar diri anda melakukan sesuatu yang anda belum pernah cuba tetapi anda teringinnn sangat nak cuba dan lihat result dia. Sekadar gambar hiasan =)
Alhamdulillah, menang tempat pertama dalam pertandingan photography walaupun baru pertama kali masuk pertandingan macamni, rezeki Tuhan bagi. =) Thanks God

Berfikir
Jadi leader untuk diri sendiri dimana kita mengarahkan diri kita untuk melakukan sesuatu kerja. Ini merupakan cara yang paling mustahak untuk menjadikan kita seorang yang mampu bergerak atas kaki sendiri.Berfikir untuk menjadi lebih baik di dunia seta akhirat adalah sesuatu yang sangat mustahak. Kita harus fikir bagaimana untuk menjadi yang terbaik terhadap ibu bapa, family, rakan-rakan, saudara mara, jiran-jiran dan yang paling penting menjadi hambaNya yang terbaik.

Kita kena ingat, bahawa untuk menjadi independence bukan bermaksud kita mengasingkan diri sendiri dari masyarakat, tetapi bagaimana kita membawa diri kita untuk bersosial dan menguruskan diri sendiri dengan me'minimize pertolongan atau kebergantungan yang banyak terhadap orang lain.

Segala kenyataan di atas hanyalah pendapat dan pandangan dari owner blog ini. Terpulang untuk menerima atau tidak kerana setiap orang mempunyai pendapat dan cara masing-masing. =)

TAMMAT







2 comments:

Ikan_Pari@@ said...

aiseh tak tau nak komen ape. ok.

komen.

siap.

hucsna-B.K said...

loll.. parii niii