Thursday, August 30, 2012

Wajah terbaru Siti yang shining =)

Salam ,
Mari lihat wajah Siti terbaru yang licin tulus mulus suci gebu lagi gorgeous ni yang di upload melalui twitternya. Wow, shining kan.. hee


Embedded image permalink

p/s Untung Dato' K =), teruja aku tengok

Credit @CTNurhaliza11

Thursday, August 23, 2012

The Need for Speed with Michelin Pilot Experience

Hi and salam.


Jika sesiapa yang mengikuti aku di acc facebook, rasanya mereka akan faham dan sedia ketahui yang aku sangat suka akan fast car dan aku sangat tidak boleh tahan bila konvoi kereta ferrari depan rumah aku setiap kali hujung minggu. Walaupun aku ni hanya seorang wanita namun kencenderungan aku lebih kepada fast car. Sebenarnya, aku teringin sangat dari kecil nak bawa ferrari lambo, atau apa sahaja kereta fast car dan aku sangat berharap kalau-kalau ada insan yang sudi bagi aku drive seminit pun jadilah. Jadi, melalui contest ini, at least aku cuba berusaha ke arah untuk mendapatkan pengalaman memandu kereta fast car, kerana bagi aku, at least aku mencuba.


Pengalaman aku, aku pernah dikejar ferrari sebanyak dua kali di highway walaupun aku tahu tahap kereta aku, ia sangat membuatkan aku seronok dan gembira apabila seiring dengan kereta yang hebat seperti itu. Kereta aku sangat aku jaga dan aku rasa aku sukar hidup tanpa kereta disisi. Kereta tempat aku melepaskan tension dan kereta juga banyak memberi aku kenangan manis semasa membawanya.



Aku juga ingin buktikan wanita juga mampu membawa kereta dengan baik tidak seperti yang selalu disalah ertikan. Jadi disebabkan itu aku rasa aku sangatlah layak untuk memenangi this amazing experience ini disebabkan minat aku yang mendalam tentang kereta ini disamping dapat memperbaiki kualiti mutu pemanduan aku supaya dapat dicontohoi oleh pemandu wanita yang sejiwa dengan aku bukan sahaja dengan cara yang lebih selamat yang paling penting dapat mempelajari cara membawa kereta dengan betul apabila aku ada rezeki untuk membeli kereta fast car kelak.


Aku berharap agar pihak Michelin lebih terus maju dan berharap contest sebegini diteruskan supaya dapat meransang orang ramai yang mungkin tidak berpeluang atau tidak mampu untuk membeli fast car mencuba pengalaman memandu fast car melalui contest sebegini.

Terima Kasih
Credit Nuffnang, Michelin




Tuesday, August 14, 2012

Susunan kasut yang terbaik dari ladang

Salam
Tengok susunan kasut ni, apa yang anda nampak ?



Ha, cool bukan?. Jadi, kalau anda ada kasut yang macam dah tak pakai tu, try la buat art ni, mesti best. Hee

p/s: Kalau buat betul-betul ni boleh jual ni. Aha

Credit: Fun Rocks

TAMMAT

Monday, August 13, 2012

Tips Raya : Bagaimana cara untuk berjalan dengan kasut tumit tinggi ?

Salam
Jadi hari ini hanyalah nak berkongsi bagaimana untuk berjalan dengan heels dengan betul. Ini mungkin lebih berguna untuk mereka yang mungkin first time berjinak-jinak dalam pemakaian heels or mungkin yang sudah lama. Pengalaman aku dulu, pakai heels awkward bila berjalan, lama-lama bila dah cuba jadi better. 


First rule, kalau anda beginner, start dengan memakai wedges. Ok, untuk berjalan, tips yang paling penting ialah, mulakan jalan dari HEEL TO TOE . Jangan sesekali berjalan dengan toe to heel sebab ini akan menyebabkan anda berjalan dengan awkward, tidak selesa dan apa yang lagi disaster anda akan nampak pelik selain rasa yang sangat pelik apabila berjalan. Jadi cara berjalan dari Heel to Toe akan membuatkan kita lebih seimbang dan tidak jatuh.


Kalau tempat yang memerlukan anda berjalan jauh, better gunalah kasut without heel. 


Ok, kedua, bila kita memakai heel, bermaksud jarak langkah kita juga akan terhad, jangan sesekali melangkah terlalu besar. Apa yang boleh kita lakukan di sini ialah apabila kita perlu melangkah kecil, jadi kita sebernarnya lebih memerlukan fast step, berbeza dengan berjalan dengan memakai selipar. Berjalan dengan menggunakan selipar membolehkan kita melangkah sedikit besar dan kita tidak memerlukan fast step. 


Pakai sport shoes pun lagi bagus sebenarnya. Aha

Ok, ketiga bila kita terpaksa berjalan atas rumput, jadi ini lah masa yang sesuai untuk kita berjalan dari TOE TO HEEL. Ini kerana jika kita berjalan dengan cara sebaliknya, kita confirm akan stuck dekat tengah-tengah rumput disebabkan oleh heels kita yang akan tenggelam. 

Jika menggunakan tangga pula, apabila anda dikehendaki untuk "turun" tangga. Gunakan step HEEL TO TOE, dan apabila "menaiki" tangga. Gunakan step TOE TO HEEL.

Hal ini kerana apabila anda menuruni tangga, kepentingan kita lebih kepada heel dan dinasihatkan kalau ada pemegang , penganglah , itu lebih bagus. Begitu juga dengan konsep apabila kita menaiki tangga. Kepentingan anda haruslah kepada TOE sebab, tapak toe diameter nya lebih luas dan ia akan support heel, tapi hati-hati jangan sampai heel anda tersangkut. Scary tu. 

Ok, last but not least, sila practice banyak-banyak kali, confirm lepas tu anda akan nampak gorgeous bila berjalan. Dan please try dengan floor yang berbeza.

p/s: Kalau anda seorang model, pergi cari satu line lurus, dan ikut line tu , caranya ialah 1 kaki hadapan dan another kaki dibelakang bila berjalan. Nampak macam susah tapi macamtula mereka berjalan bila di runway =)

Kbai. TAMMAT


Credit 
AMIClubwear








Friday, August 10, 2012

Nama gerai makcik paling cool

Salam
Baru selesai aku tengok episod ulangan Apa Kata Wanita dekat TV2, last aku jumpa nama gerai makcik paling popular ni.Aha, cool gila. Jom tengok 




-----
--




Ha, kau hado? aha. Cool gila makcik ni. Teringin pula nak tengok cashier dia or pelayan-playan dia sombong ke tak. Aha


Credit Aliff Cullen

Thursday, August 9, 2012

Jom makan popcorn !

Salam
Aha, sangat terbaik, ok disebabkan atas permintaan beberapa pengunjung blog ini (beberapa sahaja ok. aha) untuk melihat segmen blog pilihan dalam rancangan apa kata wanita yang lepas, aku akhirnya telah jumpa website yang menyiarkan semula rancangan tersebut di bawah. Sila ke minit yang 39:39. Kalau tidak ada, terpaksalah tengok siaran ulangan TV2 hari Jumaat iaitu esok. Aha, 



Antara yang selalu bagi semangat dekat aku and termasuk Yani, our mummy tiger . aha


Tajuk di atas ada significant tersendiri, siapa yang faham fahamlah, kalau tidak duduk diam-diam .Aha, majoriti student ex U aku tahulah kot apa related nya dengan entry kali ini. Aha. Btw, terima kasih lah kepada yang bagi semangat dekat aku samada langsung atau tidak langsung. You know who you are =)

p/s: Haritu aku tak nak upload yang aku record sebab ada suara aku yang tengah excited. Ha, nasib baik ada website ni. Hee

TAMMAT

Kerepek pisang funky =)

Salam
Aha, sangat gorgeous bukan nama kerepek yang aku bagi dengan sesuka hati ni. Aha. Al kisah bermula petang tadi apabila parents aku berniat nak buat kerepek pisang sendiri sempena raya nanti memandangkan kerepek pisang cepat habis di pasaran sekarang. Tambahan pula, ayah dulu pernah buka kilang kerepek, so  mungkin dia macam nak turun temurunkan resepi dekat aku lebih kurang la. ahah



Aha. Jadi, chef yang ditugaskan adalah aku. So sebab tu aku bagi nama kerepek pisang ni funky di hujungnya sempena trademark salah seorang kawan aku.Yus kacak. ahaha. Honestly, ni first time aku buat kerepek ni. Best juga wow, minyak dia percik-percik. 



alat yang diperlukan


minyak



dan goreng


goreng sampai jadi golden color. Kelasss sangat. aha

Jadi proses mengupas sudah diselesaikan oleh parents and now turn aku adalah menyangat dan menggoreng.Senang je sebenarnya, (ceh cakap macam dah expert ) ahaha, dah selesai sagat then goreng. O and ayah ada letak secret ingredient dia. jeng jeng jeng.


macam mickey mouse pla. aha

Honestly, bab-bab menggoreng ni memang aku tak pandai sangat apatah lagi untuk mengukus dan mereneh. Aha, tengok, ada bermacam-macam color aku goreng. Aha. At least aku belajar ok. aha.Sesiapa yang nak rasa kerepek pisang funky lagi bermutu tinggi ni, ha kena buat sendiri.ahaha. Kbai =)

TAMMAT





Wednesday, August 8, 2012

Tahukah anda pendrive dicipta oleh orang Malaysia?

Salam 


Ha, mungkin kita tidak sedar yang penduduk Malaysia ni juga mampu mencipta device yang digunakan kini di seluruh dunia. Nama beliau ialah Mr Pua Khein-Seng, Malaysian Entrepreneur. So proud. Harap lepas ni aku boleh temuramah beliau pula. Aha. Pua started his company iaitu Phison Electronic Corp di Taiwan semasa umurnya 27 tahun. Aku harap aku pun dapat buat company sendiri sebelum umur aku 30.Aha. 




Pendrive launched in June 2001

Sedikit tentang profail Pua

Name: Pua Khein Seng 
Hometown: Sekinchan, Selangor
Education: SJKC Yeok Kuan, Sekinchan; Pin Hwa Independent school, Klang; Chiao Tung University, Taiwan
Occupation: Engineer/ president of Phison Electronic Corp
Current base: Taipei, Taiwan


Cheehoong.com

Tuesday, August 7, 2012

Gambar original agong pertama yang ada pada duit kita =)

Salam

Check this out. Tentu ada yang tidak pernah tengok kan?

Agaknya photographer ni pakai camera apa and mesti photographer tersebut perlu berbangga kerana hasil beliau digunakan dalam duit kita sehingga kini =)




Ha, aku pun honestly baru first time tengok. 

p/s: Mari sama-sama sedekahkan al-fatihan kepada beliau dan isteri 

Credit : Encek Manik Al Maaniq

TAMMAT

Dulu campur sekarang

Salam

Dari aku kecil sampai lah besar ni, aku ni kecil-kecil dianggap agak kasar sikit sebab masa primary school, kehidupan aku dikelilingi abang-abang dan sepupu ku sebab akak aku semua tengah study time tu. Bermula dengan melihat abang-abang aku duk experiment remote control, radio, dan pelbagai lagi then at last tak boleh guna terus sehinggalah penciptaan yang menarik abang-abang aku buat. Jadi disebabkan itu, aku sudah agak terbiasa dengan benda kasar-kasar . Tangan time tu memang tak macam perempuan .



New collection =) Harap dapat drive suatu jari nanti. Amin...

Then, bila naik secondary school, aku mula bermain kereta kawalan jauh, banyak kali jugalah beli, sebab kalau ada rosak sikit, abang aku akan tolong repair dan kadang-kadang terus tak boleh jalan. Aha. Then aku start minat dekat basketball sebab abang aku masa tengah study, dia meman aktif basket, so terbawa-bawa sampai ke rumah. Abang siap buat court untuk basket. Masa tu kalau aku nak menangkan, aku tarik baju abang-abang aku, kalau aku tak dapat bola, aku cakap" malas lah nak main, tak best" aha dan kemudian abang aku terus bagi bola dekat aku.Ha, pandai tak trick aku. aha.


Lamborghini

Kemudian, aku mula-mula terjebak dengan breakdance. Aha, tak percaya?. Dulu-dulu aku sanggup beli buku semata-mata nak belajar breakdance. Tapi aku sorokkan dalam almari. Ahaha. Then bermula dengan breakdance tu aku start mengenali dunia skateboarding. Owh, dulu-dulu pun aku gemar rapping sensorang.Aha. Btw,masa tengah jalan-jalan ngan parents kat shopping complex, aku nampak ada satu skateboard ni, cool. Then aku terus beli. Setiap petang aku akan practice. Yang bestnya time tu memang aku kenal ramai skateboarders , terutama senior-senior dekat sekolah, kitaorang selalu kongsi-kongsi ilmu dan yang paling bestnya, in order diorang nak encourage aku main sampai ada yang sanggup nak beli skateboard baru dekat aku. Aha, ditambah pulak dengan abang aku pun pandai skate. 

Then start aku form five macamtu minat aku terarah kepada jet-jet dan fast car. And minat aku sampailah sekarang. Kalau ada autoshow tu memang  selalu pergi. Dulu-dulu siap kumpul gambar-gambar , gunting-gunting . Sure korang pun pernah buatkan.Aha. 

Minat kepada fast car ni bertahan sampai sekarang, namun sampai sekarang juga aku still skateboard, basket,  tapi aku skate tak lah sehebat permain professional, aku ni amatur je , main sebab minat.Aha.Kbai

TAMMAT


Monday, August 6, 2012

Blog BK dalam Apa Kata Wanita, TV1 TV2 =)

Salam
Semalam dengan rasa rendah dirinya blog aku telah masuk dalam rancangan Apa Kata Wanita, TV1 dalam segmen blog pilihan. Aku pun macam tak sangka la pula sebab blog-blog terpencil aku ni boleh terpilih. Aha. Entah ada orang baca ke tidak aku main tulis je. Kalau ada tu Alhamdulillah lah.


Btw, semalam aku agak happy, tipulah aku tak happy. Kadang-kadang ada juga rasa puas dengan apa yang aku buat ni walaupun tak sebesar blog lain, tapi bila dah tengok hasil tersiar dekat TV, and tengok parents aku happy semalam, aku rasa best. Mungkin sekarang aku tak mampu lagi beri dalam bentuk wang, dan mungkin ini adalah salah satu cara aku nak buat parents aku tersenyum begitu juga dengan family and rakan-rakan aku dan sesiapa yang sokong aku walaupun mungkin ada separuh yang aku macam tak beberapa kenal sangat dekat FB Page blog ni.


Al-Kisah bermula bila aku tengah sibuk-sibuk mengupdate blog, aku tengok siaran Apa Kata Wanita ni, so dekat situ ada segmen blog pilihan. So aku just hantar jela email dekat rancangan tu, Tup Tup seminggu lepas tu aku dapat email dari rancangan ni cakap aku terpilih untuk segmen Blog Pilihan tu.  Ada yang pernah bagitahu aku, mereka ada juga hantar tapi macam tak terpilih. So, mungkin orang kata rezeki bulan Ramadhan. Syukur Alhamdulillah lah . Rezeki Tuhan nak bagi. =) 


Btw, dalam review tu mereka juga telah meng'riview agak ramai jugala kawan-kawan aku yang aku telah uploaded untuk beberapa entry. Aha. Gambar-gambar tersebut adalah di antaranya. Mereka juga ada cakap " apa yang lebih menarik lagi apabila Husna sendiri telah membuat tutorial pakaian selendang dengan memuat turun gambar di blognya" macam tu lah lebih kurang dan selepas tu segedabak banyak gambar tutorial aku keluar.Aha


Mereka juga telah me'mentioned kan link blog di akhir siaran segmen ini. Sekali lagi terima kasih Apa Kata Wanita kerana sudi memilih blog saya untuk blog pilihan. 

p/s : Sebenarya aku ade record segmen ni, tapi aku macam rasa tak perlu je upload sebab ada background sound suara aku dalam tu. Aha. Btw, kalau ada sesiapa yang rasa nak tengok balik tu, tak silap aku ada siaran ulangan dekat TV2 hari Jumaat pukul 1pm. Kbai =)


TAMMAT








Sunday, August 5, 2012

Iftar at Ikan Bakar, Malacca

Salam
Kali ini aku berbuka dengan family dan destinasi adalah Crystal Bay Muara Ikan Bakar Alai  , sungguh panjang lebar. Kalau dulu ada jugalah makan kat Umbai, tapi abang aku kata kat sini lagi murah dan sedap walaupun destinasi nya agak ke dalam. 



Sesampainya di Melaka, ye let my brother drive, aku nak rehat pula duduk belakang like a boss. ahaha. Sebenarnya aku agak penat time ni sebab sebelum aku gerak , aku basuh kereta semua, check enjin minyak hitam. Dah boleh kerja part time mechanic sebenarnya aku ni. 


Ye, sebenarnya aku lagi suka basuh kereta sendiri, polish sendiri semua sendiri lah senang cerita sebab aku rasa lagi macam puas hati. Lagipun jimat kos dan jimat masa. Kalau pergi kedai aku rasa kadang-kadang tak bersih sangat, al maklumlah terlalu banyak kereta yang ingin di basuh .



So, sesampainya dekat tol Ayer Keroh, aku and family pergi lepak kejap dekat rumah abang sebelum bergerak. Bila bertolak dan  sampainya dekat sana, ya ampun sangat ramai umat manusia dekat sana, dan tak lupa banyak makanan sudah terhidang, aku fikir habis ke lauk banyak-banyak ni.Aha. Terasa suasana Ramadhan tu best, bila time berbuka je semua baca doa ramai-ramai, seronok seh. Cer try pergi sini


Haruslah bila makan ikan bakar ni kena dengan nasi lemaknya. aha, walaupun nasi lemak nampak kecil tapi bila dah ada lauk semua tu, confirm tak habis nasi tu. Percayalah



Last-last banyak yang bungkus bawa balik makan sahur. So, dah habis makan semua, aku ngan family lain jalan kejap dekat situ, tengok orang jual-jual sementara tunggu abang aku yang tengah beratur panjang untuk bayar. Aha, kesian abang aku.


So, time balik aku drive memandangkan abang aku macam dah letih sangat. Tapi kan kan kan, sebelum aku balik tu, aku sebenarnya telah membeli Lamborghini car model ni.Hee, aku dah lama dah nak idamkan beli model ni, tapi masa tengok dekat KL haritu harga dia sampai beratus-ratus, so aku simpan kan sekejap niat aku tu sesabar yang mungkin sehinggalah aku jumpa model ni dekat Melaka dengan harga yang berpatutan. Happy sekejap. boleh tambah collections.Abang aku pun sama beli model lambo juga tapi warna dark grey. aha. Masa balik tu, aku telah dipotong oleh kereta yang sangat menggugat sanubari, skyline tak silap aku, ta nampak sangat sebab dah malam kan , time tu dekat highway. Hai bunyi dia.  pffttt...


p/s : Time aku drive tu abang aku semua dah tidur, then aku layan lagu hindustan sensorang, masa aku drive tu, aku lihat bulan sangat cantik malam ni =)  Subhanallah..

Aku lepak sembahyang jamak and terawih kejap dekat rumah abang aku sebab aku ni insan yang banyak tak sempurna, then baru aku balik Jelebu, time balik Jelebu tu, ada sesuatu yang buat aku banyak berfikir sambil mendengar lagu klasik dolu-dolu. Tiba-tiba aku nak sedih sekejap. =' ..... Kbai. aha


TAMMAT






Saturday, August 4, 2012

Untuk Ayah dan Ma =)

Salam


Walau apapun dugaan yang ayah terima, ayah tetap tabah dan sabar. Ayah is my Superman, and mom, you are my Superwoman. Hargai ibu bapa selagi masih ada =)





Dear Ayah:






Credit :Kahwin Muda Itu Indah

TAMMAT







Pengalaman sesi temuramah 1st BK bersama Lim Cheng Soon (Hackermonthly )

Salam , 
Seperti yang telah dijanjikan dalam previous post, inilah dia sebenarnya yang berlaku, pengalaman interview dengan beberapa Local Technopreneurs. Tapi untuk vid kali ni aku ditugaskan untuk menemuramah Lim Cheng Soon(Hackermonthly). Sebenarnya lakan, time ni aku tengah demam plus migrain, tu sebab lah suara sengau-sengau ala Mariah Carey tu (sengau ker?) aha. Tapi yang penting aku tak dapat 5 days MC s , mungkin sebab aku tak kena sore eyes. Ha, nampak tak apa yang cuba aku sampaikan di situ. aha


Test run, recording dengan Tekong(amanz) Obe (Blog serius) at Plug&Play Technology Garden ,IGB Building

Btw, demam semua tu bukan alasan la kan sebab memang aku teringin juga sebenarnya nak jumpa dan ambil ilmu tambah-tambah lagi ianya semua berkaitan apa yang aku belajar dekat U dulu, Information System/IT. Seronok jumpa dengan orang-orang berjaya macamni sebab minda kita akan lebih terbuka dan akan membuatkan kita belajar untuk berpandangan lebih jauh dan banyak berfikir





Apa yang buat aku tertarik bila dia cakap don't wait for funding, and learn how to code. Besides, our 1st problem dekat Malaysia ni ialah kita tidak innovate, dan yang kedua sebab kita tumpu kepada local sahaja. Make sense..Overall, aku banyak belajar dari beliau, selepas interview tu, aku sempat dengar beliau cerita kesusahan semasa baru-baru nak start. Memang penuh dengan kesabaran ...


Boleh juga mengikuti  di AMANZ

p/s Ikuti temuramah seterusnya .... =)

Credit : Tekong

TAMMAT

Friday, August 3, 2012

Video tutorial paling sempoi. BK sukeyh!

Salam
Bila ternampak kawan BK post vid tutorial ni terus rasa nak update. Aha



Tu dia, speaking utangha noh Peah dan Senah. 
Aha

p/s: Apa apa pun BK sangat terhibur dengan Video ini =) Teringin nak jumpa depa ni.Senang mesra and buat kawan. Aha. Sempoi na?? Aha

China : Ibu lahir kembar 7 dipaksa pilih 1 dan selebihnya dibunuh

Salam
Runtun hati dengar macamana lah nasib lagi 6 baby tu. Itulah kisah yang berlaku pada seorang ibu, Jinan Huang yang berumur 33 tahun. Dia sekarang dalam keadaan stabil setelah melahirkan kembar 7 selama 31 jam . Apa yang paling menyedihkan BK ialah dia diberi masa seminggu oleh kerajaan untuk memilih bayi mana yang ingin dibesarkan. Astaga. 


Gambar yang dipercayai Jinan

Jinan berkata selepas beberapa saat kelahiran ajaib tersebut, "Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan, Tetapi kami telah mempertimbang dengan serius unuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan kedua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti. 
"Kami tentu saja tidak menginginkan untuk membesarkan seorang pun dari dua bayi perempaun yang lahir" tambah suaminya. 

Wah, seorang bapa cakap macamtu???

"Kalau itu kami sudah yakin. "Keenam baki bayi yang tidak terpilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudah termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak kebijakan "Satu Keluarga Satu Anak" berlaku pada tahun 1993, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Mana sifat keperimanusiaan ?. Glad jadi rakyat Malaysia.

Jinan juga berkata : Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggungjawab ini.


Memalukan????

p/s : Banyak undang-undang kerajaan China ni tidak berperikemanusiaan bagi BK, dulu kita lihat kes budak kena langgar di China, kemudian , perempuan dibunuh mati oleh perompak di public dan isu olimpik baru-baru ini, and undang-undang mereka perlu ditukar. Bila manusia treatlah seperti manusia. 




TAMMAT

Budak menangis air mata darah.


Salam 
Para doktor berhadapan situasi pelik apabila berhadapan dengan seorang pesakit, Twinkle Dwivedi yang mempunyai penyakit misteri, dimana difahamkan mengalami pendarahan secara tiba-tiba melalui liang pori sehingga lebih 50 kali sehari. 

Gadis menangis air mata darah

Gadis ini mengalami gangguan kehilangan darah menerusi kulitnya tanpa sebarang luka. Dikuathiri, jika kehilangan darah yang banyak akan mengancam nyawanya. Kelihatan agak menyeramkan apabila darah mengalir melaui matanya. Ikuti kisah selanjutnya menerusi video ini



p/s : Inilah baru sesuai dengan pepatah Melayu, "walau mengalir air mata darah sekalipun". So, elakkan guna ayat-ayat macamtu. Katalah perkataan yang baik Apapun, kuasa Allah tiada siapa yang tahu, mungkin ujian bagi kanak-kanak ini. Semoga cepat sembuh. Kesian pula tengok budak ni.


TAMMAT

Orang yang lahir bulan 1 biasanya....

Salam

... dan yang lahir pada bulan 1 biasanya seorang yang penyayang, caring dan bersemangat. Namun, bila meningkat dewasa, dalam bahasa mudah, sifatnya akan menjadi bila disuruh, baru dibuat, dalam erti kata lain, agak pasif . Tapi jangan tidak tahu kekuatannya pada memasak. Kebanyakan yang lahir pada bulan satu sesuai untuk bahagian management. Pasangan yang sesuai mungkin bulan 9, 5



p/s : Statement hanyalah pandangan dan observation dari owner blog, terpulang samada untuk menerima atau tidak kerana masing-masing mempunyai pendapat tersendiri =)

Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina Tv1 & Tv2. - Blog BK blog pilihan minggu ini =)

Salam

Sebagaimana yang kita ketahui, pengacara Apa Kata Wanita iaitu Zamzarina juga mempunyai blog beliau tersendiri. Dengan penulisan yang bersahaja, BK lihat blog beliau banyak mengenai kaum wanita dan yang lebih menarik perhatian BK adalah bahagian fashion dan pandangan mengenai isu-isu semasa.



Jadi apa tunggu lagi, sila klik link di bawah



dan like facebook beliau




p/s : AKW juga dengan baik hatinya telah memilih blog BK untuk segmen Blog Pilihan minggu ini yang akan ditayangkan pada 5 Ogos(Ahad) jam 11am. Alhamdulillah

BK yakin rancangan AKW ini akan terus berjaya kerana ianya banyak memberi inspirasi dan motivasi yang diperlukan untuk kaum wanita dengan tetamu khas setiap minggu serta segmen yang menarik. Jangan lupa menonton Apa Kata Wanita yang di hostkan oleh Zamzarina setiap jam 11 pagi. =)

Terima kasih Zamzarina and the sempoi girl, Sakinah . Aha =)

Credit gambar : www.budiey.com

TAMMAT

Thursday, August 2, 2012

Lagi kasut wanita paling pelik.

Salam


Lagi kisah kasut pelik di dunia.



Kasut ini dnamakan kasut heal terbalik. Rasanya kalau pergi shopping pakai kasut ni, confirm balik kena beli ubat panas. Aha





Kat mana boleh pakai kasut ni agaknya





Macam kereta Gen-2 pula design ni kan. aha


Tidak digalakkan pergi ke pasar dengan kasut ni


Ha, kasut merah ni sesuai rasanya unuk ke pasar.Aha


Ada berani ?


Kasut iron lady


p/s Yang penting BK takkan pakai semua kasut ni. Aha

TAMMAT


Wednesday, August 1, 2012

iPhone cover nostril yang ohsemmm.

Salam
Sopan sungguh tajuk tersebut.aha, apa apapun idea membuat design ini sangat aku puji sebab aku rasa lebih selamat dan tidak mudah slide.





p/s: cuma aku khuatir macamana pengguna iPhone nak masukkan dalam poket seluar mereka. Aha



Credit
When I get a text from you, I immediately stop whatever im doing to read it

TAMMAT

Gambar ayam disembelih masih hidup selepas 9 hari

Salam


Agak miracle bagi aku membaca berita ini apabila ayam yang telah disembelih masih hidup selepas 9 hari. Menurut pemilik ayam sabung kacukan selasih tersebut yang lebih dikenal sebagai Oon, dia terkejut apabila selepas 2 jam beliau ingin mengambil ayam tersebut selepas disembelih, ayam itu berjalan dan memanjat pokok bersama ayam lain . Kalau aku time tu pun terkejut habis rasa.Aha





Walaubagaimanapun pada hari ke 9 beliau mengambil keputusan untuk menyembelih semula apabila kasihan ayam itu tidak dapat makan atau minum


Ikutu kisah selanjutnya di Harian Metro

p/s : Kuasa Tuhan tiada siapa yang tahu


Credit Harian Metro Online

TAMMAT


Gambar bayi dalam kandungan pegang tangan doktor

Salam
Gambar ini tidak dapat dipastikan kesahihannya, tapi kalau betul ianya terjadi, ini merupakan kekuasaan Allah.





p/s : aku teringat lagi semasa kematian arwah anak buah aku yang meningal dalam kandungan, tangan dia lebih kurang size dekat gambar. Tolong sama-sama sedekahkan Al-Fatihah pada anak buah aku. Aku teringat lagi time aku gali lubang kubur arwah bersama-sama abang-abangku dan ayah, tu first time aku pengalaman gali kubur , tak boleh tahan tak henti-henti air mata perempuan aku mengalir sambil gali. ='


TAMMAT