Salam
Jadi hari ini hanyalah nak berkongsi bagaimana untuk berjalan dengan heels dengan betul. Ini mungkin lebih berguna untuk mereka yang mungkin first time berjinak-jinak dalam pemakaian heels or mungkin yang sudah lama. Pengalaman aku dulu, pakai heels awkward bila berjalan, lama-lama bila dah cuba jadi better.
First rule, kalau anda beginner, start dengan memakai wedges. Ok, untuk berjalan, tips yang paling penting ialah, mulakan jalan dari HEEL TO TOE . Jangan sesekali berjalan dengan toe to heel sebab ini akan menyebabkan anda berjalan dengan awkward, tidak selesa dan apa yang lagi disaster anda akan nampak pelik selain rasa yang sangat pelik apabila berjalan. Jadi cara berjalan dari Heel to Toe akan membuatkan kita lebih seimbang dan tidak jatuh.
Kalau tempat yang memerlukan anda berjalan jauh, better gunalah kasut without heel.
Ok, kedua, bila kita memakai heel, bermaksud jarak langkah kita juga akan terhad, jangan sesekali melangkah terlalu besar. Apa yang boleh kita lakukan di sini ialah apabila kita perlu melangkah kecil, jadi kita sebernarnya lebih memerlukan fast step, berbeza dengan berjalan dengan memakai selipar. Berjalan dengan menggunakan selipar membolehkan kita melangkah sedikit besar dan kita tidak memerlukan fast step.
Pakai sport shoes pun lagi bagus sebenarnya. Aha
Ok, ketiga bila kita terpaksa berjalan atas rumput, jadi ini lah masa yang sesuai untuk kita berjalan dari TOE TO HEEL. Ini kerana jika kita berjalan dengan cara sebaliknya, kita confirm akan stuck dekat tengah-tengah rumput disebabkan oleh heels kita yang akan tenggelam.
Jika menggunakan tangga pula, apabila anda dikehendaki untuk "turun" tangga. Gunakan step HEEL TO TOE, dan apabila "menaiki" tangga. Gunakan step TOE TO HEEL.
Hal ini kerana apabila anda menuruni tangga, kepentingan kita lebih kepada heel dan dinasihatkan kalau ada pemegang , penganglah , itu lebih bagus. Begitu juga dengan konsep apabila kita menaiki tangga. Kepentingan anda haruslah kepada TOE sebab, tapak toe diameter nya lebih luas dan ia akan support heel, tapi hati-hati jangan sampai heel anda tersangkut. Scary tu.
Ok, last but not least, sila practice banyak-banyak kali, confirm lepas tu anda akan nampak gorgeous bila berjalan. Dan please try dengan floor yang berbeza.
p/s: Kalau anda seorang model, pergi cari satu line lurus, dan ikut line tu , caranya ialah 1 kaki hadapan dan another kaki dibelakang bila berjalan. Nampak macam susah tapi macamtula mereka berjalan bila di runway =)
Kbai. TAMMAT
Credit
AMIClubwear
4 comments:
dh biase jalan gune heel. tp wedges laa. hahaha :D
btw, selamat hari ryeee ;)
oyeke.. hee ..gud then =)
Baru nak pakai untuk majlis makan malam nanti dengan heel 5 inch ada jugak rasa neves nak pakai setinggi tu haha anyway thanx untuk tips ni ya!
Salam kenal...
Terimakasih atas tipsnya sangat membantu sekali.. oya klo bisanya biar nyaman saat pakai Heels / Wedges harus menakai kaos kaki wanita buat kaum wanita lebih cantik..
Terima kasih...
Post a Comment