Sunday, December 12, 2010

Benda yang kita kena tahu walaupun kita tak nak tahu!!!

Perihal 17 benda yang kamu kena tahu bila kamu menjadi orang!!!

1. Agama (Tak kira anda muslim or non-muslim )

2. Keluarga (termasuk sepupu sepapat)


3. Tempat tinggal (benda yang terjadi di sekeliling kamu bukan bermaksud busy body)

4. Kesihatan (badan kamu, apa jantung kamu tu sihat enough?, apa usus kamu berfungsi dengan baik, apa pancreas kamu buat? Adakah kamu tahu bahan-bahan yang terdapat dalam ubat or pil-pil yang kamu ambil?Adakah kamu memeriksa bahan-bahan kosmetik kamu ,instead of pasal kesihatan gigi kamu, muka kamu. )


5. Keselamatan (Adakah kamu cukup selamat, adakah kamu tidak diperhatikan orang? adakah kamu selamat bersama dengan bf kamu atau sebaliknya?, adakah kamu rasa selamat dengan tempat tinggal kamu ? Apakah negara yang kamu duduki sekarang selamat, apakah kamu jangka/ sedar jika berlakunya peperangan di negara kita?adakah facebook kamu dengan meletakkan profile pic selamat?apa yang kamu kena buat adalah berhati-hati .)

6. Pakaian (Adakah pakaian kamu disukai dan diredhai Tuhan?, adakah pakaian kamu dipandang elok dan sedap mata memandang(sopan)? )

7. Mati (Adakah amalan kamu cukup jika / kalau kamu mati petang ni, malam ni, esok , 2,3 bulan lagi or beberapa saat sahaja lagi?)

8. Politik (Walaupun kita tidak suka politik tapi at least kita kena ambil tahu sedikit sebanyak tentang politik? Tahu perkembangan semasa. )

9. Hiburan (tahu apakah hiburan kamu diredhai? Adakah kamu tahu sumber hiburan kamu itu?)


10. Sosial (Adakah kamu mengenali rakan-rakan kamu ? Adakah cara percakapan kamu itu sesuai, adakah cara percakapan kamu itu matang ? .

"Cara percakapan menggambarkan ilmu yang kamu ada". Jika selalu bercakap besar dan meninggi diri, orang dapat tahu ketinggian ilmu yang kamu ada.rasa kamu faham apa yang cuba disampaikan.). Fuh, rasa macam bagi ceramah motivasi kat sekolah dulu.

p/s: gambar menunjukkan housemate-housemate yang baru siap untuk ke kenduri


11. Ekonomi (perkembangan ekonomi negara dan dunia, adakah kamu tahu apa akan terjadi 20 tahun akan datang, adakah duit kita cukup untuk menampung kehidupan kamu akan datang)


12. Pemimpin ( Adakah kamu tahu siapa pemimpin yang memrintah sekarang, adakah kamu tahu apa rancangan kuasa barat menakluk dunia pada masa akan datang, adakah kamu ambil tahu perkembangan negara kamu yang duduk sekarang?)

13. Undang-undang ( Adakah kamu sudah mengkaji/ mengetahui undang-undang Tuhan, negara dan dunia?)

14. Alam Sekitar (Adakah kamu tahu berapa banyak tanah runtuh yang berlaku atas perbuatan kamu sendiri, adakah dengan pengunaan air-cond dapat meningkat suhu di luar sana ? Adakah kamu tahu punca-punca setiap pencemaran? )

15. Kebersihan (Adakah dengan hanya mandi kotoran badan kamu hilang? Adakah dengan memotong kuku , kuku kamu bersih? Adakah hati kamu bersih?

16. Motivasi (Adakah diri kamu cukup bermotivasi tanpa mendengar ceramah-ceramah yang dapat memberi banyak kebenaran dan kesempurnaan?)

17. Cita-cita (Apakah kamu tahu cita-cita kamu, apakah kamu tahu cita-cita negara? apakah kamu tahu cita-cita pemimpin barat untuk menakluk dunia? apakah kamu tahu cita-cita budak kecil terhadap masa depannya?)


Persoalan demi persoalan harus ditanyakan pada diri sendiri selagi kita dinamakan seorang manusia.

p/s: kamu merujuk pada semua makhluk yang bergelar manusia.

No comments: