Friday, December 10, 2010

Tutorial shawl - (sweet&special) Part 5 -bergaya dengan si boodark kewchik~easy and simple in just 5 minutes!

Anak kuda berpusing-pusing,
Diikat pula dengan tali gasing,
Tok Leman(owner kuda) tengok cermin ada pimple,
bersama hari ini dalam easy and simple.


Ye, itu dia sajak yang dideklamasikan oleh peserta nombor 7, Miss boodark kewchik. Itulah dia, sajak yang begitu tragis sekali yang tidak dapat diperoleh dimana-mana tempat kecuali di blog ini sahaja.

Ok Hucsna , stop-stop.

Baiklah cikgu. Ok hari ini kita akan belajar macamana nak pakai shawl dalam masa 5 minit sahaja dengan mengikuti beberapa langkah mudah.
Mula -mula mestilah kena ada bahan-bahan dia:

1. Shawl
2. Anak tudung
3. 2 pin tudung
4. Extra(macam biasa untuk memeriahkan suasana )Untuk kali ini miss zaza kecewa kerana tidak dapat menjadi extra kerana kelewatan beliau menghadirkan diri ke sesi tutorial kali ini.Lepas tu dia kecewa sorang-sorang.Takpe, banyak lagi episod lain yang akan datang.
Baiklah, kita start...

1. Beberapa saat pertama- sila pakai anak tudung.Kemudian pinkan shawl di tepi sebelah kiri anda. Bawa lebihan shawl ke atas kepala untuk langkah seterusnya.

2. Kemudian kemas-kemaskan tudung dan make sure pin tak lari-lari.Gambar di atas menggambarkan Boodark Kewchik menunjukkan kedudukan pin tesebut.

3. Kemudian ambil satu pin tudung.Tarik shawl tadi di belakang dan pinkan.Sila lihat gambar di atas.

4. Tarik lebihan shawl ke hadapan .Make sure dia terletak betul di atas kepala dan buat diri rasa secure dengan shawl tersebut.

5. Lebihkan shawl di bahagian hadapan badan.

6. Bawa hujung shawl tadi ke tempat mula-mula pin yang digunakan tadi.

7. Buka semula pin tadi dan lapikkan penghujung shawl pertama dan kedua dan pinkan semula. Tujuan buka semula pin tudung tadi adalah bagi mengelakkan pengunaan pin yang banyak pada bahagian tepi kepala.

ok , done!!!5 minit bukan???

Then apa lagi, kita pose(suara ala-ala Nora Danish yang comel tu.wow)

Tu dia gigi arnab dah mai dah...

Pandangan sisi kiri dan kanan.

Lepas tu aku da mula bosan sambil diiringi lagu bengang dari akim yang berbunyi(~aku bosan dengan cerita mu, aku rasa buang masa...lalala~~~)

Buat-buat macam ada hal.Aduyai, pening bro.

Lepas tu gaya, ko pehal bro??? ada masalah ???

Then ala-ala peace...

Lepas tu ala-ala gangster Kampung Pisang yang jadi mat rock dalam zombie Kampung Pisang tu. Wa caya sama lu ..

Next ala-ala comel pipah.

Ditambah pula dengan gaya malu dan terus malu .Gaya ini sangat sesuai jika anda seorang yang pemalu lagi segan(bukan sama ke maksud???). Dengan melakukan 3 step mudah, iaitu :

a) Mata pandang bawah.
b) Ambil sedikit bahagian shawl dan tutup mulut dahulu
c)Selepas beberapa ketika, terus naikkan sampai ke muka bagi menujukkan anda tersangat pemalu sambil menyebut perkataan "daaa"

Dan secara tiba-tiba sesatnya ice cream cone Mc d yang beharga rm1.00. Boodark Kewchik tak makan ice cream yang mahal-mahal ok.

Then, baru perasan gigi arnab terlepas keluar.

p/s: Mcd sila bayar royalty lebih ye?.penat promote ni.

Ice cream cone ini menjadi kegilaan boodark kewchik dan pipah sejak hari pertama kami bertemu di Rajawali. Serius, aku rasa ayat aku ini sweet sangat.perghh...

Dan dah nak habis aku kerjakan.Padan muka ice cream, siapa suruh sedap sangat.Anyway, boodark kewchik siap tujukkan lagi logo Mc d , kalau tak dapat royalty juga tak tahulah nak cakap apa.(Ayat nak sedih je...)

Ignore the ice cream coz aku makan memang agak comot.Senang cerita aku tak reti makan ice cream dengan gaya yang cermat.

Dan tetiba muncul extra yang memakai seluar bunga-bunga bangi memeriahkan suasana. Seluar berbunga itu banyak kisah sejarahnya.Thanx Ira..heeeee.tettt

Sekian, selamat mencuba!!!

TAMMAT...









2 comments:

afifahramli said...

haha suar bunge2! wehh xberagak ala2 comel pipah tu. hehhhh

hucsna-B.K said...

haha,,lex ar..tu bru ckit tu..haha