Sunday, December 5, 2010

podas!!!



kolam air panas yang memang panas di Rembau


Sabtu, 5/12/2010, bertempat di kolam air panas pedas, telah berlangsung nya satu outing family bersama .Atas sebab anak-anak buah aku tak berpuas hati dengan kolam kat rumah yang kecil kata mereka, jadi mereka nak kolam yang lebih besar, so bawa la mereka-mereka ini ke kolam air panas pedas sebab tu je kolam yang paling besar kat kawasan aku. Ye2.

Tentatif program:

10.30 am: g beli something untuk bilik mak n ayah, bilik along and of course my bilik.yeayyy.Sambil anak buah aku pergi panjat semua katil kat court tu. bijak-bijak.


kat atas, pic ma n ayah, kaklong and anak-anak buah . Ma adala photographer setia family kami.Ma sangat suka ambil pic candid-candid taw.


Dengan Haikal and Aisyah yang suka mengexplore tempat-tempat baru terutamanya yang melibatkan tempat yang boleh lompat-lompat.Contohnya, katil.

12.45pm: gerak ke kolam air panas .vroom..

1.15pm: sampai.Makan-makan dulu then solat lepas tu terus terjun .debushh.Pic -pic tengah mandi semua kat camera ma.So tak dapat nak tolong.Untuk pengetahuan, ma dulu perenang taw, setakat berenang kupu-kupu la, berenang berirama la semua di hujung jari je.Aku je yang tak pandai berenang walaupun dah banyak kali abang-abang aku ajar. Huhu..malu-malu.



3.45pm : pulang

4.15pm: on the way balik , singgah dulu cendol leman dawi..fuh terbaik dari ladang beb. Cubalah..belum cuba belum tahu..ceh promote kejap..:P

ha.tengok free beb.Gila pemurah pakcik leman ni.Antara penjual cendol yang berjaya kat n9 or maybe Malaysia??.Program jalan-jalan cari makan la , program Nabil ada juga singgah sini.Pakcik Glamour yop. haha

minum cendol sambil mendengar celoteh pak cik leman dawi yang penuh dengan fakta.

4.45pm: balik. Oh , time balik Haikal and Aisyah ada cakap nak mandi-mandi lagi. Pastu dengan rasa confident nya ma cakap nanti letak serbuk cili kat kolam rumah tu, pastu sama jela macam kolam air panas pedas. Pandai juga ma aku berlawak rupanya.Selepas mendengar celoteh ma, ayah along dan aku ketawa -ketawa dalam perjalanan pulang. Apabila haikal and Aisyah mendengarnya, mereka berasa hampa dan terus tertido.

5.45pm: sampai rumah. semua flat kecuali aku.Malam tu aku kuar kejap pergi cc sambil mengupdate blog sebab rumah aku internet slow Sampai pukul 9.45malam kat cc, aku dikejutkan dengan bunyi msg ( dari along yang berpesan , "ayah pesan jangan balik lewat sangat").Jadi aku pun balik...overall weekend aku terisi dengan aktiviti yang berfaedah.

Sekian.

TAMMAT...

2 comments:

afifahramli said...

blnje cendol skett :p

boodark kewchik said...

haaha..meh..stkat rm1.50, tadahal broo