Friday, December 3, 2010

perkara-perkara si boodark kewchik selalu lakukan untuk tenangkan hati dan jiwa bila dugaan datang

Hi and hi semua. kali ini si boodark kewchik nak cakap pasal apa? Tak reti-reti nak baca tajuk kat atas tu.ha, garang ta. gurau je.Im sorry..heee..Ok2 lah. Ini aku kongsi jer tapi kalau korang semua nak ikut pun wa ok je beb.Tadahal. Benda baik. ha.tetiba aku rasa aku ni gangster walaupun aku tak ganster pun..heee. Okla, aku rasa semua orang buat perkara-perkara ini, so tak kiralah, aku nak cerita juga.Taknak baca pun tak kisah.heeee.Aku kenkadang ada juga melalui hard time dalam hidup aku tapi aku macam kena la cool sebab kalau aku duk menangis je bukan boleh selesaikan masalah pun, betul tak.??? Oklah, berikut perkara-perkara yang aku selalu lakukan untuk tenangkan hati ku. Jom tengok!!!

3/12/2010
Lokasi: dalam kereta Yani
Situasi: kelas cancel , pastu perasaan tak tahu nak cakap camne.Tapi muka tetap cool walaupun mengatuk gila tido lewat semalam.

1. Of course pertama mestilah ingat Tuhan macam amalan yang korang semua buat sehari-harian, macam banyakkan zikir, baca Al-quran , solat, puasa, banyakkan lihat kejadian Tuhan. Ingat hucsna!!!jangan tinggal solat!!! .. (nasihat untiuk diri sendiri.)Ala yang selalu kita wat setiap hari la senang cerita.. Aku percaya kalau kita semua tak tinggal benda-benda ni , mesti jiwa tenang punyalah walaupun ada dugaan besar melanda.Ha, lagi satu baca Yassin setiap pagi, confirm aku rasa kehidupan hari tu lancar je.Kononnya, aku g Alamanda kan, mak ai, nak alamanda je, tanak warta ke, pkns ke, ha takisahla. .Mana-mana shopping complex kat Malaysia ni.sMacam senang betul cari parking kalau aku baca Yassin pagi tu.Kalau tak baca, alamatnya parking kat roof la aku,padan.

2. Banyak muhasabah diri. Sebelum kita berkata-kata tentang orang lain, fikirkan orang yang tak mampu nak cakap-cakap apa.Kira lebih kurang macam tu la.Kiranya berpk panjang sebelum lakukan sesuatu benda tu supaya aku tak menyesal dikemudian hari.Kira contoh kalau jari tangan kita ni asyik duk salahkan orang jer , cuba tengok balik berapa banyak jari yang tunding kat arah kita balik???.. 4 jari beb. ha.Sebab tula aku cam selalu muhasabah diri.Lagipun Im not 99%perfect .Nape 99%? sebab tak de sesiapa pun 100%perfect kat dunia ni.

3. Banyakkan masa dengan parents and family. Kiranya aku banyak buat aktiviti-aktiviti yang best-best dengan diorang.That's why aku selalu balik weekend.Sebab rasa jiwa tenang je.hee. Selain jiwa tenang, aku juga boleh makan yang sedap-sedap.Jadi, tidak hairanlah kalau badan aku naik berkilo-kilo setibanya aku sampai di rumah.

4. Maafkan orang lain setiap hari sebelum tido dan minta maaf.Ha. benda ni confirm korang semua sedia maklum kan, banyak la ceramah-ceramah yang bagi nasihat macamni.Even, kalau kita tak bersalah pun, kita minta maaf je sebab kadang-kadang mana tahu orang tu salah faham ke , apa ke kan. Kalau aku, aku minta maaf je walaupun aku tak bersalah sebab tanak lah gaduh panjang-panjang macam budak-budak tak matang.Aku rasa kita dah mature enough nak gaduh-gaduh ni. So , kalau orang tu tak nak maafkan, aku wat tak tahu je sebab I already do my part. anda bila lagi???? hehehhhee.Wah macam iklan banci penduduk pula, "anda bila lagi???"

4. Kurangkan bercakap banyakkan mendengar dan melihat.Sebab ada hadis cakap, janganlah bercakap melebihi zikrullah(zikir pada Allah/mengingati Allah) .Maksudnya macam cakap bila perlu sahaja. Tapi banyak mendengar cerita yang baik-baik je la okeyh. Kalau ada orang yang nak mengumpat ke mengutuk ke, aku lari cepat-cepat jauhkan diri. Lagipun pada aku, lagi banyak cakap and the way kita bercakap menggambarkan ilmu yang kita ada.So, better aku kurangkan bercakap tapi tak bermakna aku sombong tau.

5. Ikhlas dalam setiap perbuatan. Yang ini aku rasa korang pun sedia maklum. Janganlah kita mengharapkan sesuatu balasan kat seseorang itu selepas kita melakukan kebaikan kat dia. Kalau harapkan balasan, itu tak ikhlas disisi Tuhan sebenarnya. So, aku tak nak harapkan balasan apa-apa.Kira tak kisahla kalau dia nak buruk-burukkan ke, dia nak buat fitnah ke , dia mengutuk ke sebab Tuhan tu Maha Mengetahui. Jadi biarkan sahaja.Yang penting aku kena ikhlas, so bila dah ikhlas, kalau orang tu buat tak baik kat belakang aku, tak mengapa. Tak kisah. Uishh.. teringat pula kisah Nabi dulu-dulu. Orang duk letak duri-duri kat depan rumah baginda, Tapi dia sabar je. End up, bila orang yang selalu tu sakit, Baginda siap datang menziarahi rumah orang tu melawat.Subhanallah. Baik nya.

6. Jaga penglihatan. So, macam biasa la.aku pun macam semua orang juga, Nak jaga mata.
Elakkan tengok benda-benda yang tak sepatutnya.So, faham-faham sendiri la yeh.

7. Cakap dengan suara perlahan, rendah diri.So, bagi aku, biarlah aku tidak disukai disisi manusia tapi mulia disisi Tuhan.Jangan aku hina disisi Tuhan, tapi mulia disisi manusia.Itu mengundang padah namanya.Biarlah orang nak fikirkan apa-apa pun pasal aku, sebab I really don 't care what people say.Yang penting aku tahu apa yang aku nak buat, dan I ll do whatever I love to do. Sebabnya, kalau kita asyik nak dengar orang cakap , ini tak kena itu tak kena, kita takkan berjaya . So, lebih baik aku ignore je benda-benda yang boleh menjatuhkan aku.betul tak??

8. Banyak baca quotes , motivation quotes ,love quotes, friends quotes,ala-ala qoutes yang related dengan kehidupan seharian aku, setiap pagi supaya aku boleh fokus dengan apa yang aku nak buat. Itulah aku, selalu memerlukan sesuatu untuk meningkatkan confident level aku everytime nak buat sesuatu.Pastu barula tenang hidup aku.

9. Buat jadual harian. So, bila aku dah ada jadual, aku rasa tenang, rasa hidup ini bermakna sangat sangatlah senang cerita,sebab aku tau apa yang nak buat next.Walaupun jadual tu kadang-kadang ada juga aku ter miss, tapi at least aku rasa tenang dengan jadual hidup yang tersusun.Rasa diriku begitu beharga.

10. Busykan diri,macam sekarang, aku tengah free ni, aku tulis blog, kadang-kadang baca cerpen sebab kalau aku baca novel yang beribu-raban page tu confirm aku tertido. Pastu, aku juga suka dancing.Kalau kat rumah tu, memang tempat aku la nak wat aksi free style yang tak power langsunh tu.Tapi pedulik hapa aku, asalkan gua tenang beb..haha..ganas sungguh boodark kewchik ni.Kadang-kadang tu nyanyi-nyanyi karok sensorang, jangan tak tahu, nasyid pun gua layan juga bro. haha.

11. Elakkan fikir benda yang remeh temeh.Ha, yang ni memang aku expert betul. hehhee.. Memang aku jarang layan benda yang korang sendiri boleh fikir baik ke tak untuk korang, perlu ke tak buat benda tu, dan macam-macam lagilah.Benda yang kecil-kecil buat apa nak dibesar-besarkan, cuz nanti kita juga yang tension.Relax sudah.

12.Say mmmmmmm:)Maksudnya, banyakkan senyum, jauhkan dari gelak yang melampau-lampau sebab my mum pesan kalau banyak gelak benak hati,Pastu ilmu susah nak masuk pastu hati tak tenang. Cukuplah aku senyum-senyum kucing .

13. Pilih kawan.jauhkan lah dari kawan-kawan yang negatif dan berkawanlah dengan orang-orang positif dan yang berfikir tentang masa hadapan.Aku akan elakkan orang yang menjatuhkan semangat aku. Tapi tak bermakna aku sombong ataupun benci kawan ngan korang. Aku tegur sesiapa sahaja .Lagi satu, aku cuba elakkan dari ada kawan yang rapat-rapat sangat sebab aku tak nak terikat dengan rule-rule yang membebankan hidup akau sendiri.Cukuplah aku mempunyai kawan-kawan yang serdahana dan biasa-biasa sahaja.


Ha. ni la dia nana.kawan dari zama Hello Kitty.Kitaorang ni peminat and pengumpul barang-barang Hello Kitty taw.Kalau dia ada lampu Hello Kitty, aku pun mesti ada satu.
Situasi: on the way pergi photoshoot kat Putrajaya



Namun, aku mempunyai seorang sahabat yang setia dan baik dengan aku iaitu nana. :) Dia juga merangkap akak angkat aku sebab family dia tu family angkat aku.so, untuk pengetahuan, aku ni banyak juga family angkat sebab dulu-dulu parents aku kerja, so my parents akan hantar pergi rumah family angkat aku ni la.hehe..

Yani, pepah. member yang banyak bagi nasihat lagi supportive.Thanx korang and semua la kawan-kawan .
Lokasi: dalam kereta Yani juga, sebelum menegetahui kelas cancel
Masa: dalam kul 10.50am


14. Banyakkan bersabar. Banyak consider.Ntahla, semua orang sebenarnya mempunyai tahap kesabaran masing-masing.Tapi aku fikir, kita memang kena banyak-banyak bersabar walau macamna pun. Sebabnya, Nabi Muhammad lagi diberi pelbagai macam dugaan , tapi baginda still sabar. Oh , hebatnya. jadi aku kena mencontohi beliau.korang juga boleh kan???..hee

15. Oklah.Now ini yang terakhir yang aku selalu lakukan untuk dapat ketenangan iaitu mengingati mati and aku rasa korang semua pun buat perkara ni.So, hari-hari aku mengingati mati , aku rasa aku kena isikan masa-masa dengan perkara yang berfaedah.Appriciate life. Aku rasa hidup lebih bermakna dan tiada masa nak fikir pasal dugaan-dugaan hidup.
Kenapa mesti pic mereka berdua???Sebab tadi kitorang pergi dispenseri tadi.So aku rasa macam ada kena mengena.Sihat sebelum sakit.Ada kena mengena ke
???





Then jadilah kehidupan yang tenang.heee

TAMMAT...


2 comments: